Pada 3 minggu yang lepas, aku ke Program Mentorship Blogging (Siri 2) dibawah kelolaan Hasbul Aqill dan Aqif Azizan, dari Majalah Niaga, Aku yang kini separa journalis perlu banyak belajar demi membangunkan web muzik ku, Sajakiri.com .
Google Analytics : Sajakiri.com
Alhamdulillah, kini pelawatku berjumlah 993, dan pelawat unik adalah 709. Secara purata, pembaca meluangkan masa lebih kurang 3 minit 49 saat di sajakiri.com. Tidaklah banyak sangat, tapi ini permulaan yang baik untuk ku sekaligus menaikkan semangatku untuk terus mengeluarkan pos yang berkualiti.
Kata Aqill, aku boleh mula untuk menawarkan iklan jika pelawat unik ku berjumlah sekurang-kurangnya 1000 sebulan. Sekarang baru 709.
Aku selalu mengikuti blog mereka, MajalahNiaga.com . Dan ada juga 'meniru' sedikit banyak cara mereka, terutamanya temuramah bersama personaliti niche kami.
Setelah beberapa ketika mengikuti blog mereka, mereka ada menawarkan e-book berjudul "Rahsia Trafik". Oleh kerana sudah mengikuti blog mereka, aku terpanggil untuk membeli e-book yang berharga RM40 ini.
Kenapa aku membeli dari mereka?
Aku percaya kepada mereka kerana mereka sangat berdisplin mengeluarkan artikel2 perniagaan yang sangat berkualiti. Temuramah, tips, menjemput penulis jemputan. Aku percayakan 'keikhlasan' mereka untuk berkongsi ilmu. Saya sarankan anda mengikuti mereka juga di sini.
Oleh sebab itulah aku membeli ebook ini. Ternyata, menggunakan pengalaman mereka sendiri, mereka tidak lokek ilmu, berkongsi rahsia bagaimana mereka menjana 10,000 pelawat unik setiap bulan. Ternyata ia sangat membantu, dan semestinya anda masih perlukan masa dan kesabaran untuk mencapainya.
Oleh kerana ebook ini bagus, aku mula mengikuti Seminar Blogging mereka selama 8 jam yang berharga RM100 sahaja. Berbaloi2.
Bukan itu saja, selepas itu, aku join Mentorship Blogging mereka, kerana aku begitu serius untuk berjaya di sajakiri.com, dan menjalin persahabatan dengan tim mereka.
Serius berblogging
Serius berblogging
Jika anda serius berblogging, anda boleh mulakan dengan ebook ini. Dan aku harus akui, jika anda semua berdisplin dalam menghasilkan blog berkualiti, web/blog anda boleh menjadi platform yang sangat bernilai untuk menunjukkan kepakaran anda.
Contoh : 2 idola muzik saya, Karl Cromok dan Zulkif Headwind bersetuju untuk ditemuramah kerana percayakan platform saya (sajakiri.com), dan 'mencabar' saya untuk mencipta lagu untuk tujuan berkolaborasi bersama mereka.
Modal saya?
Displin dan platform blog ini (sajakiri.com) saja.
Ayuh, mulakan!
1 ulasan:
Tahniah. Teruskan usaha dan salam kejayaan. Saya kan menyusul di belakang, insya Allah.
Catat Ulasan