Sejak ingin menjadi Komposer Bertaraf Dunia, ada beberapa perkara yang harus saya rombak, dengan kata lain menaiktaraf imej dan tujuan Sajakiri Music.
Sebenarnya saya sendiri pun tidak pasti, adakah perubahan ini perlu. Ia cuma mengubah perasaan dan mood saya sendiri, untuk merasai sedikit perasaan 'antarabangsa' itu.
Harga Servis
Buat masa sekarang, harga servis produksi muzik saya adalah sekitar RM3-4 ribu. Saya ingin naikkan ke RM7 ribu. Walaupun saya sedar klien saya masih tidak banyak.
Tema laman web
Saya ingin menukar lagi, supaya ia kelihatan ringkas, responsif dan profesional. Saya masih teragak-agak kerana tema sekarang, Fadelicious masih kelihatan cantik lagi. Saya perlukan masa untuk memikirkannya.
Tujuan
Saya sebenarnya masih memikirkan lagi halatuju Sajakiri Music. Inilah perkara pokok yang harus saya fikirkan:
- Prioriti : Adakah Sajakiri Music ini label rakaman, ataupun sekadar komposer dan produser?
- Blog : untuk apa dan tujuan blog sajakiri.com? adakah ia masih relevan?
- Imej : apa yang ingin saya tonjolkan pada pengunjung web? adakah penukaran tema itu perlu?
- Rancangan masa panjang : apa yang betul-betul ingin saya capai dalam masa 10 tahun?
- Laman web : apakah tujuan sebenar ia ditubuhkan? Manakah lebih penting, portfolio muzik, ataupun penulisan blog?
Saya akui, masih kurang jelas. Tapi saya masih mengekalkan displin 'Cubase setiap hari'.
Tuisyen
Selari dengan perubahan ini, saya ingin menaik kadar sejam saya dari RM50 ke RM70 untuk sesi tahun depan. Saya mula terasa maha kaya (abundance) apabila saya punyai impian untuk menjadi 'World Class'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan