Saya telah menukar lagi tema WP untuk sajakiri.com. Saya membeli tema Super-Skeleton ini dengan harga USD45 dari Themeforest, setelah membaca reviu. Super-Skeleton adalah diantara 20 tema WP terbaik 2012.
Saya sukakanya kerana ia lebih ringkas dan elegan. Masa lodingnya juga lebih pantas. Dan ia kelihatan lebih profesional bagi saya. Selari dengan impian saya untuk menjadi komposer bertaraf dunia.
Saya mengambil masa 4 hari untuk mengemaskinikannya. Saya mengambil cuti dari Cubase SX (muzik) dan blog ini. Setakat ini, saya berpuas hati.
Ke mana tujuan selepas ini?
Soalan ini masih sukar dijawap. Kadang-kadang saya fikir saya menukar tema WP ini lebih kepada kehendak kreativiti saya, bukan kerana ianya perlu. Semestinya, saya akan terus mencipta lagu, lagi dan lagi. Ini tiada masalah. Masalahnya adalah penulisan blog :
- Saya tidak pasti sama ada saya yang patut menulisnya, ataupun upah penulis lain?
- Jika saya yang menulisnya, saya akan bahagikan kepada 5 bahagiana) Cerita : akan hal peribadi sayab) Berita : apa saja berita yang relevan dengan muzikc) Tips : perkongsian bergunad) Isu : persoalanan dan kupasane) Temuramah/Featured : Sajakiri Interview akan diwujudkan kembali, dan Featured adalah ruangan promosi untuk artis baru atau lama.
- Saya akan menulis lebih banyak ; sebelum ini hanya 200 patah perkataan, tapi kini saya mahu mencecah sehingga 350 patah perkataan.
Dilemma saya adalah melihatkan betapa banyaknya projek penulisan saya ini. Jadi saya seleraskan terbitannya hanya 2 minggu sekali. Ini kerana saya ingin lebih fokus kepada penerbitan muzik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan