Hasil dari entri terdahulu, saya mengalami anjakan paradigma yang dinamik. Saya bersyukur kerana Tuhan memberikan saya idea ini.
Apa matlamat saya secara spesifik?
Saya mensasarkan pendapatan 5 angka terlebih dahulu, jadi saya harus mendapat 4 atau 5 angka sebulan (pendapatan termasuk tuisyen).
Berapa harga satu projek?
RM2,579. Marginnya melebihi 100%, kerana upah saya sebagai produser.
Bagaimana untuk saya mencari projek sebulan?
- Saya harus mensasarkan 10 projek Saya harus lebih agresif dalam menggunakan FB ads.
- Landing page saya lebih harus kelihatan profesional
- Untuk penjenamaan, pertandingan Sajakiri Vokal akan diteruskan 3 bulan sekali.
- Saya harus teruskan menemuramah penggiat muzik tempatan, sebagai pendedahan.
Jadi siapakan audiens saya? Bagaimana untuk mensasarkan mereka?
Ini bukan mudah kerana terdapat 2 golongan ,
- penggiat muzik
- peminat muzik
Perlukah saya memberi mereka layanan yang berbeza? Bagaimana? Ini soalan sukar.
Bagaimana jika 'beza'kan mereka?
Tukar Tajuk : Jadi apa displin baru saya?
- Target untuk memperolehi 5 job sebulan. Saya kena affirmationkan setiap malam sebelum tidur. Umpama doa.Saya akan sediakan satu worksheet dan framework untuknya, sepertimana saya menguruskan kerja tuisyen saya.
- Target untuk mempunyai SATU demo seminggu. Ini sekadar demo ringkas. Juga satu cabaran untuk saya kerana saya seorang yang cerewet. Untuk membuat demo yang ringkas adalah sukar bagi saya. Juga perlukan worksheet dan framework
Ini sajalah yang saya terfikir setakat ini. Jom mula!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan