Selasa, 10 Mac 2009

11th : Success is going from failure to failure without no loss enthusiasm - Winston Churchil

Kelemahan aku yang utama ialah aku mudah berputus asa.

Sebenarnya berputus asa adalah perkara yang paling mudah untuk dilakukan

It's no brainer.

Go on needs courage.

Definasi berjaya bagiku ialah 'orang yang meneruskan perjuangan dalam menghadapi siri-siri kegagalan (atau mungkin, siri-siri kejayaan).

Tapi bak kata Bill Gates , 'success is good, but failure is a better teacher'.

Usah terlalu beremosi ketika meraikan kejayaan, atau menangisi kegagalan.

Rilek aje.



Kematian

Ini mungkin pendapat yang radikal. Kematian bagiku hanyalah noktah kecil di penghujung ayat.

NOktah tidaklah sepenting isi makna ayat tersebut.



Karya Seni

Adalah lebih mudah bagiku untuk berkarya atas nama seni itu sendiri.

BUkan menghambakan pada sebarang objektif dan material semata.

Seni sepatutnya umpama pokok yang tumbuh dan membesar secara semulajadi.



Falsafah


For every masterpiece creation, the creator itself IS the masterpiece creation.

Khamis, 5 Mac 2009

Dari Yah - Tag – 25 random things about me

1-Secara jujur, aku rasa tulis tag ini tidak berfaedah dan membuang masa.

2-Aku ingin membeli set mainan Dinobots (Transformers)

3-Hidup aku bahagia walaupun aku tiada harta dan rupa.

4-Aku percaya semua wanita dilahirkan sebagai bidadari.

5-Aku seorang yang pandai ‘mengayat’

6-Aku tak tahu mengapa, semakin hari ku merasakan aku semakin muda, macam Benjamin Button.

7-Aku ingin berkahwin dengan orang Trengganu semata-mata kerana ‘boleh balik kampung main gitar tepi pantai’.

8-Heliza! Aku cinta padamu!

9-Cita-citaku ketika 8 tahun : ingin bekerja di Amerika Syarikat sebagai pereka cipta robot Transformers.

10-Aku pandai masak air dan nasi sahaja.

11-Magee pon tak berapa nak jadik.

12-Aku rasa ‘menyakat adik beradik’ adalah satu nikmat hidup yang tidak ternilai.

13- Huish. Banyak lagi nak kena tulis ni.

14-Kalau aku Ultraman, akan aku ukur ketinggianku dengan KLCC.

15-Aku hairan mengapa Donald Duck hanya memakai topi dan baju tetapi tidak seluar.

16-Alang2 tulis la wasiat : Kalu aku mati, aku ingin menderma organ2ku yang masih OK kepada mereka yang memerlukan.

17-Serius aku tak main-main ni.

18-Aku berpendapat M Nasir berhak mendapat gelaran Datuk.

19-Aku tidak menyokong mana2 pihak; cuma aku berpendapat Sultan Azlan Shah dapat menunjukkan ‘keadilan dan saksama’nya dengan membubar DUN Perak supaya pilihanraya negeri boleh diadakan semula.

20-Aku enjoy tengok wayang sorang2 pada pukul 11 pagi hari Rabu.

21-Aku tidak berpihak mana2 ; aku berpendapat sampai bilapon Chelsea tidak akan dapat menyaingi MU selagi adanya sikap gopoh dan ambitious yang tidak terkawal itu.

22-Sesat ketika memandu adalah aktiviti yang ku enjoy.

23-Salah satu bakat anugerah Tuhan padaku ; Aku boleh memandu kereta sambil tidur di Lebuhraya Plus dan Lebuhraya KL-Kuantan sahaja.

24-Aku wonder adakah orang Belanda tahu yang kita panggil mereka ‘orang Belanda’?

25-Aku berpendapat sesiapa yang membaca Notes ini juga membuang masa secara efektif sekali.

Sekian Trimakasih.

Selasa, 3 Mac 2009

10 th : Please vote our song 'Darah' by TuLanG at http://www.hotfm.com.my/hotfm_prelude.asp.

Music

Every fortnightly, I will record my new composition into Cubase.

And at least one studio production a month.

Check out : http://www.gua.com.my/Entertainment/Feature-Detail.aspx?ArticleID=3150




Faith

What is faith? Is our destiny are all pre-determined? If that so, are we capable of re-write it?

Philosophically, I always prefer to believe as it never written beforehand. I want to believe as if I am the one who write my own destiny.

Is that possible?

I donno.

Im honestly donno.

I think, FAITH is the answer.


.......................................................


Faith. What is faith?

I donno how to answer it either. But I know one way to measure it :

“The ability to get up in every fall”

What's ur opinion?

Khamis, 26 Februari 2009

9th : Please vote our song 'Darah' by TuLanG at http://www.hotfm.com.my/hotfm_prelude.asp.


I want to be somebody in music.

I donno how great I want to be. Im just want to be someone essential in music industry.

And this all just beginning
.



Jatuh Cinta
Aku akui aku seorang yang sukar jatuh cinta. Aku mudah suka atau sayang seseorang. Tapi mencintai seseorang adalah berbeza.

Di usia begini, aku mengerti, bahawa cinta adalah satu proses. Bukan sekadar ‘feeling at the moment’ semata.

Aku akui aku belum sampai ke peringkat itu lagi.

Seumur hidup aku, serasa aku jatuh cinta hanya sekali saja.

Oleh itu aku umpama ‘kaktus di padang pasir’ menanti cinta ideal.

Baru kini aku mengerti – aku takkan temui.

Tanpa proses itu.



Perancangan masa depan I
Aku rasa aku sudah punyai kabel yang kuat dalam dunia muzik. Housemate ku Ahmad Fedtri Yahya. Penulis lirik dan host MHI yang berjaya. Aku boleh menumpukan perhatian kepada penciptaan lagu, terutamanya Pop, dan Fedtri sebagai penulis lirik.

Aku ingin menjadi the most sought-after produser/komposer di Malaysia.

Dan TuLanG adalah luahan sebenarku.

Amin



Perancangan masa depan II
Aku in the midst untuk membeli rumah. Mungkin apartment. Selewat-lewatnya awal tahun depan. Namaku clear di Sicriss. Aku perlukan tunjukkan konsistensi dalam aliran masuk di akaun bank ku.

Ini kerana aku tidak punyai slip gaji.



Latin
Aku mula berangan untuk menubuhkan Latin band.

Idea penubuhan ia sangat mengembirakan aku.

Jaja sebagai bassist, Wahid sebagai drummer dan aku sebagai pemain gitar bertali nylon cukup mengujakan.

Ehm. Buat masa sekarang ia hanya wujud di anganku.

Isnin, 16 Februari 2009

8th: The riskiest thing is : not taking essential risk

Tag dari Yah
First time nih aku buat tag orang

a) Answer the questions below, do a Google Image Search with your answer, take a picture from the first minimal words of explanation.
b) Tag 5 other people to do the same once you've finished answering every question page of results.





1. The age you'll be on your next birthday :



I donno why me age stop 4 years ago




2. A place you'll like to travel to :



Nebula Cloud




3. Your favourite place :

Susah senang bersama



4. What is your favourite food(s)?




Goreng pon sodap!



5. Your favourite pet :




Naga kepala empat



6. Your favourite colour combination :


Dark Red n Black



7. Your favourite piece of clothing :



Lambang kejantanan




8. Your all time favourite song :

Lagu diorg sume sedap



9. Your favourite tv show :


Dari umur 3 tahun lagi..


10. First name of your significant other/crush :

Sexy n evil !


11. The town in which you live in :




Subang Jaya



12. Your screen name or nickname :


JZ : Jenal Zulia



13. Your first job :


Menyusu



14. Your dream job :

Papa lego!



15. Your worst fear :



Even this scares me


16. The one thing you'd like to do before you die :

Yeay!

17. The first thing you'll buy if you get $10,000,000 :

For 2nd time! Yeay!




5 tags
1. Dr Mahathir
2. Anwar Ibrahim
3. Dato Nawar
4. Romizi
5. Fadhilah

Rabu, 11 Februari 2009

7th – Don’t bother to be better than ur contemporaries or precedors. Try to be better than urself

Salam
Aku andaikan blogku ini umpama rencana/majalah yang terbit seminggu sekali ie weekly edition. Aku kurang pasti pasal marketing atau bilangan pembaca, but writing like this does stimulate my mind.

Music



Wings – Bazooka Penaka (1993)

Aku ada membeli album ini. Wings adalah influence ku yg terawal, terumatama Joe kerana pemainan gitar kidalnya. Lagu pertama yg kupelajari adalah Misteri Mimpi Syakila dan Sejati (diajar oleh abg suadaraku, Uda Sham) pada tahun 1991 ( ketika ku berusia 12 tahun).

Bagiku ini album terbaik Wings. Dari segi sound dan authentic rock value yg tinggi. Dari sini aku mencorakkan composition aku skrg. Muzik yang tight. Band seperti Search dan Hujan adalah loose. Tapi TuLanG adalah band yg tight.

Sistem rakamannya juga adalah analog. Aku seperti tidak gemarkan recording digital, although soundnya kemas. Analog akan membuatkan soundnya lebih raw dan real.


Pengabdianku Kekasih

Segala isi buni
Restui pengabdianku
Kekasih



Music II


Diorama – Siverchair (2003)

Silverchair adalah band genius bagiku. Dipimpin oleh Daniel Johns, mereka benar2 berani melangkaui dimensi muzik rock itu sendiri. Mereka bertuankan hati mereka sendiri, bukan peminat atau orang luar. Aku benar2 respect mereka dari segi hal itu.
Album ini bertemakan semi-orkestra rock. Reference ku untuk mencipta lagu2 epik bertemakan orkestra.

Across The Night

Across the night
It was the moon that stole my slumber
Across the night
I fell in love with people sleeping

Rabu, 4 Februari 2009

6th – Sesuci salju putih

Salam
Sesuatu untuk aku mau tulis. Aku tak tau apa lagi hendak diperkatakan. Aku pun tak tahu mengapa. Jika aku mahu menulis, aku akan bermula sebegini. Sama aje intronya. Aku harap aku akan berubah.

Last week aku gi wedding sebelah Ken di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. Lebih kepada mini konsert famili. Semua anak beranak nyanyi (termasuk ayah Ken!). Menghiburkan dan makanannya agak sedap, Syabas Ken. Semoga behagia ke anak cucu. Amin.





Music
Pada Sabtu Feb 7 ini, kami akan merakamkan Syorgaku versi Pop Jazz, yg akan didendangkan oleh isteri Ken, Intan Sarafina. Versi ini lebih light dan menghiburkan, walaupun aku lebih prefer versi TuLanG, dimana ia lebih sayu dan dark. Aku juga berkira2 untuk bertemu dgn Aizat AF5, untuk present lagu klasik ku berjudul “Surina” aka “Hairiza”. Aizat punyai vocal yg firm, konteks dan merdu. Sangat sesuai dgn lagu itu, bagiku.




Sehalus sutera cina
Bisa membelai hati ini

Sesuci salju putih
Bisa menjernih hati ini







Virtual School

Aku dan cikgu Zul mula memasang impian untuk mewujudkan Virtual School. Dia muda setahun denganku. Masih muda dan bersemangat untuk memiliki bisnes dalam education ini. Dia sudah punyai pusat tuisyen sendiri, Pulau Ilmu, di Subang Perdana.

Dia memilih aku untuk menjadi partner dalam bisnes ini. Dia seorang pakar Matematik PMR dan Matematik Moden SPM. Sedangkan aku pula pakar Matematik Tambahan SPM dan Matematik Pre-U. Combination yang serasi.

Masih di peringkat brainstorming.



Creative Visualisation



•
Private School
• Science/Math based.
• Form4, 5 and Pre-U/Form 6
• Lab for Research and Development for Science Invention.
• Might expand into College, or perhaps University.

Amin







Falsafah

•
Aku selalu berfikir ; apakah itu cinta. Walaupun isu ini agak cliché. Bukan cinta antara berlainan jantina sahaja maksudku. Tapi yang lebih besar, menyeluruh dan universal maksudku.

• Bagi aku makna sebenar cinta adalah tanggungjawab. Cinta itu bukan datang selepas, tetapi ketika menunaikan tanggungjawab itu.

• Itulah nikmat sebenar.

• Nikmat yang ku maksudkan di sini bukanlah ‘nikmat-nikmat biasa’. Contohnya orang yang memancing ikan. Yang dicintai nya adalah ‘memancing’ bukannya ‘ikan’.

• Kalu dia cintakan ‘ikan’, baik beli di pasar saje. Atau kedai akurium.

• ‘Memancing ikan’ adalah kerja (verb) dan ‘nikmat sebenar' bagi kaki pancing. Ia umpama 'tanggungjawab yang seronok dibuat' bagi mereka. Hanya ‘kaki pancing’ sahaja yang mengerti hal ini.

"Memancing" adalah aktiviti/action/perbuatan. "Ikan" hanyalah sekadar benda/objektif.




Bagiku:-
• Cinta bukannya kata nama (noun). Tapi kata kerja (verb).

• Cinta bukanlah destinasi. Cinta adalah perjalanan.


Terpulang.

Selasa, 27 Januari 2009

5th – Aku ingin hidup sebelum ku mati



Story 1

One foggy night at sea the captain of a ship saw what looked like a lights of another ship heading towards him. He had his signalman contact the other ship by light. The message was “change your course 10 degrees to the south.”

The reply came back, “ change your course 10 degrees to the north.”

Then the captain answered, “Im a captain, so U change your course 10 degrees to the south.”

Reply : “Im a seamen first class. Change your course 10 degrees to the north.”

The last exchange really infuriated the captain, so he signaled back, “I m a battleship-change your course 10 degrees to the south”.

Reply: “And Im a lighthouse. Change your course 10 degrees to the north.”




Story 2

What will I do if I earn RM20,000 a month.

• I will give my mum RM2,000, and my father RM1,000 each month.
• I will spend only RM1,000 for my car installment.
• I will spend maximum RM3,000 for my house installment.
• I will spend RM1,000 for my music.
• I will spend RM1,000 for donation.
• I will spend maximum RM3,000 for household expenses; bills, petrol, food etc
• The remaining, RM8,000 approx, is solely for investment : unit trust or ,or probably property investment, which eventually will give me either capital gain or income.

Amin



Story 3

Note : Colornya telah distorted kerana masalah resolution. Harap maklum
Ini mini-album terbaru TuLanG : Ep1.5. Kesemua lagu adalah ciptaanku.
• Darah
• Syahid
• Tinggal Rangka
• Syorgaku
• Reput

Walaupun lagu2nya bertajuk agak brutal, tapi cover album ini (design oleh Am Touchess) agak cool, dan sedikit comel :-vespa tu. Memang kami sengajakan begitu.

1000 copy pertama adalah untuk diberi percuma. Kepada kawan2, sahabat, saudara-mara, dan kepada bakal pengunjung gig kami – ini untuk anda. Kami ingin mencari mereka yang benar-benar menyokong dan percaya kepada karya kami – TuLanG TeMuLanG (nama cadangan untuk fan club kami, haha)



Story 4

• Aku senantiasa akan lebih berminat dengan soalan berbanding jawapan. Dan aku ‘having fun’ dalam mencari jawapan itu.

• Kebanyakkan orang berminat dengan ‘jawapan’ sahaja, atau short-cut. Sungguh boring.

• Bak kata ayahku tentang aku; “Ko ni Nal, kalu orang dah cakap cerek tu panas, ko akan nak pegang jugak. Degil sungguh. Sekarang ni baru abah paham. Ko memang sengaja pegang sebab nak rasa ‘ape itu erti cerek yang panas’".

• Lebih kurang macam tu la pendapat ayah aku. Kepanasan adalah kesakitan. Bagiku, kesakitan adalah warna hidup.

• Dulu, ketika student kesayanganku, Dina, didiagnosis dengan kanser, aku terkedu. Dia budak yang comel, baik, hormat orang tua (selalu salam cium tangan aku), pandai nak mampos (silibus setahun, 2 minggu je aku ajar), malah berbakat dalam seni; melukis dan bermain gitar (dia lagi terer dr aku mase aku umurnya). Serta dalam keluarga yang berada.

• Ada soalan yang besar menerjah kepala otakku (bukan maksod aku menyoal qada’ dan qadar, tapi lebih kepada sebagai manusia yang ingin mempelajari sesuatu): –

“Adakah hidup ini seumpama bermain dam ular (snake & ladder)? Untung-sabit naik tangga. Untung batu, kena makan ular. Maksod aku; adakah hidup ini cuma probability of dice? Hanya probability of chances?”


• Aku akan tinggalkan soalan ini begitu sahaja. Kerana, mcm aku cakap tadi, aku lebih sukakan soalan.

Wasallam.

Isnin, 19 Januari 2009

4th : “Work is life ultimate seduction”, Pablo Picasso

“Work is life ultimate seduction”, Pablo Picasso

Salam readers,
• Serasa seperti ada harimau di dalamku; seperti ingin menerjah keluar tapi ditahan-tahan olehku.

• Setiap hari ku rasakan ada makna dan warna tersendiri. Mungkin maksudku menghitung hari-hari yang tinggal yang tidak ku tahu berapa yang tinggal.

• Munculnya bidadari. Kerana hariku ada maknalah dia muncul. Bukan sebaliknya. Alhamdulillah.

• Serasa aku lebih spesifik lagi bagus. Blog ini bukan hiburan kepada pembacanya. Lebih kepada peringatan untuk diriku sendiri.

• Inspirasi datang tidak kira masa. Mungkin inilah maksud ‘harimau’ tadi. Aku layan aje.

• Baru aku paham sesuatu. Menang itu ‘datang’ dulu sebelum apa2pun bermula. Bukan sebaliknya. Ini lebih kepada atititud maksudku. Manchester United tidak menang 100% perlawanannya, tetapi, ‘winner’ attitude menjadikan ia terhebat. Bukan sebaliknya.

• Ayat-ayat yang keluar dari mulut juga adalah input kepada telinga dan hati. Kalau ingin baik hasilnya, katakanlah yang baik-baik saja supaya telinga dan hati menjadi senang. Sama seperti tulisan; juga input kepada mata dan hati.

• Aku ingin menjadi jutawan. Tapi penyataan ini serasa begitu selfish dan kosong. Tukar : Aku ingin berbakti kepada masyarakat, dan menjadi jutawan kerana itu; ini lebih bermakna dan berisi bagiku.

• Menulis sebegini menjadikan pancainderaku semakin peka. Warna-warna di sekelilingku menjadi lebih jelas dan sharp. Aku lebih boleh menikmati lagu2 yang selama ini bosan bagiku. Kunyahanku lebih perlahan untuk menikmati rasa. Serasa bisa untukku mengilhami karya2 baru yang lebih segar Insya-Allah.

• Aku juga baru paham sesuatu juga. “External world is merely an idea. We are the one who give meaning to it”. Akan ku kupas dengan lebih lanjut pada entry lain.

• Mungkin juga ‘Add Math Programme’ akan dibuat berperingkat berpandukan keluaran bulanan.

• Aku ingin mencapai income RM20,000 sebulan, Hasil daripada contribute ku pada masyarakat dalam education.

• Kadang2 serasa lebih mudah hidup dalam impian berbanding realiti. Masakan tidak, daripada impianlah wujudnya realiti.

p/s : Aku gembira kerana pembacaku telah bertambah satu lagi menjadi 2 ; Romizi & Arzim. Kegembiraanku bukan kerana diberi perhatian. Tetapi kedua2 menyatakan ‘terinspirasi untuk melakukan perkara yang baik2’ dgn membaca blog ini. Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan kalian.

Rabu, 14 Januari 2009

3rd

To be comfortable is NOT the point of life

Salam

• Ketika ini aku perlukan masa untuk berfikir. Segala-galanya tampak seperti sudah bersedia. Hanya menantikan execution. Aku tidak boleh lagi hidup dalam masa yang perlahan, atau keadaan yang terlalu selesa. Otak mati. Hidup ini bukan untuk menjadi selesa semata. Hidup adalah satu growth yang dinamik.

• Aku perlukan membeli CD-CD yang pelik untuk mengembangkan lagi horizion seni muzikku. Lagi pelik lagi bagus.

• Aku mula bercita-cita untuk mengasaskan intitusi pengajian sains peringkat menengah. Untuk melahirkan lebih ramai cendekiawan sains dalam negara ini. Mungkin juga berteraskan agama. Melahirkan lebih ramai Ibnu-Sina, Ar-Razi, atau Al-Khwarizmi. Bukan sains semata. Tapi falsafah sains. Amin

• Aku masih bercita-cita tinggi dalam bidang muzik. Aku ingin karyaku dimainkan di Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO) dengan lagu-lagu di nyanyikan oleh pelbagai penyanyi yang terbilang di rantau ini. Amin

• Back to earth : Ketika ini aku sedang memikirkan format “Add Math Programme” ciptaanku untuk dijual ke seluruh negara Insya-Allah. Untuk membantu para murid untuk mencapai kegemilangan dalam bidang matematik dan sains.

• Dan juga TuLanG:Ep1.5 juga baru di hantar untuk printing dan CD stamping, minggu lepas. Insya-Allah siap di hujung minggu ini.

• Muzik vs Matematik. Art vs Logic. Right Brain vs Left Brain. Yin & Yang. Aku perlukan kedua-duanya dalam hidup aku. Aku tak boleh tinggalkan salah satu dan hanya buat yg satu sahaja. Pincang jadinya. Ia harus bergerak simultaneously. Inilah Core ku.