Khamis, 8 September 2011

Dina (Part 6...The Outro)

Dina dan Imran ketika sekolah rendah.

Semalam aku menghadiri Hari Ke 7 - Yassin dan Tahlil untuk Gemullah anakanda Irdina di rumah mereka di Shah Alam. Pn Ida sempat lagi memberikan ku 'hadiah', perfume jenama Coco Chanel sebagai Hantaran ku kepada bakal isteri. Terimakasih Pn Ida. Sampai bila-bila pun aku akan ingat jasa baikmu.

Kami sempat berbual tentang keadaan Dina sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

"I am ready to go, Mama. I hope you ready to let me go. Please don't cry, okay. Semua ni dah nasib. Kita dah cuba" kata Dina kepada ibunya. Tapi mereka sempat berjenaka "See U later Alligator", dan Pn Ida membalas "In a while Crocodile", sebelum ventilator dipasangkan ke atas Dina. Pemergiannya juga tenang, dan berlaku perlahan-lahan, kebiru-biruan bermula di kaki, dan naik perlahan-lahan ke kepala, sebelum 3 'henjutan' kecil, tanda nafas berakhir.

Kata Pn Ida lagi, selepas jenazah dibawa ke rumah, jenazah 'tersenyum' sampai menampakkan gigi. Masyallah. Kemudian, ketika memandikan jenazah 20 jam kemudian, badannya selembut bayi, tidak keras langsung. Pn Ida sempat berjenaka 'ha tengok kubur dia, meriah dengan bunga, hari-hari I datang bubuh haha!" Sungguh cool Pn Ida ni. Aku benar-benar kehairanan. Tidak sedihkan dia?

"Alhamdulillah saya OK. Dina pergi dengan sempurna, cikgu. I cannot ask for any better. Selepas 4 tahun menderita dengan sakit dan chemo nya, sebenarnya kepergiannya adalah satu kelegaan pada semua. Kami redha dengan ketentuan Allah. Saya tak sedih, cuma rindu", ada sedikit getar pada penghujung ayat tersebut.  

Aku cukup kagum dengan ketabahan famili ini. Sedangkan kita sendiri pun mengeluh pabila hal-hal kecil. Apatah lagi hal-hal sebesar ini. Ini pengajaran untuk kita semua. 

Aku tanya lagi, bagaimana dengan adik-adiknya?

"Hasya jelah yang meraung di kubur, yang lain OK. Cuma kesian kat Imran. Sebenarnya Dina ada buat 'poem' untuk abangnya, yang ditulis pada Feb tahun ini, tapi tidak siapa pun tahu, sampai selepas kematiannya", kata Pn Ida sambil sms kan ku link nya.

Dear Brother, I Love You


Agak mengharukan, kerana Dina ada menulis ; 
"Okay, maybe I do feel a bit down that he'll probably never read a word of it considering how many tissues I used up to finish writing this, but I never planned on letting him read it anyway. I just needed to get it off my chest :shrug: "

Dan aku ada buat video khas untuk tujuan itu. Sila lah hayati. Terimakasih.




Update


"Ya Allah, janganlah jadikan masaku ini masa terakhir bagiku dengan rumah-Mu. Jika sekiranya Engkau jadikan masa ini terakhir bagiku, maka gantikanlah syurga untukku dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Pengasih.." - Pn Ida
 
 *Dina ketika mengerjakan umrah bersama keluarganya pada Disember 2009.


Kata Pn Ida , " The one thing I paling bersyukur is I dah bawa dia ke Mekah after PMR dulu - when she was at her healthiest. Memang rasa sempurna as a mother. Tambah2 lagi masa kita pergi masa lepas haji, time Mekah kosong & cuaca sejuk. Dina dapat buat semua- cium Hajarul Aswad sepuas2nya, solat dalam Hijir Ismail, tawaf betul2 sebelah Kaabah etc."

**Ketika makan 'kambing mandi' inilah dia sms aku akan result PMRnya.

Al-fatihah.

Rabu, 7 September 2011

Dina (Part 5)

2010
Tahun ini paling seronok bagiku kerana akhirnya akan ajar Add Math kepada Dina ! Baru 'challenging' sikit. Berbanding matematik PMR sebelum ini. Dina juga sangat sukakan Add Math, dan cabaran yang ada dalam subjek ini.

Keadaan masih sama seperti tahun sebelumya; masih lagi saspen, Dina masih menjalani chemo, berulang-alik hospital dan sekolah, tapi masih menduduki ranking antara yang terbaik di sekolahnya, walaupun rasanya lebih banyak hari tidak ke sekolah. Tapi lebih menggembirakan Dina pernah dapat 90+ untuk Add Mathnya, kalau tak silap.

2011
Pada awal tahun ini, Dina dikhabarkan akan menjalani chemo terakhir, dan tumor kansernya semakin mengecil dan menghilang. Cuma ada perpindahan 'bone marrow' dari abangnya Imran. Aku tak berapa faham, tapi ianya petanda baik untuk kesihatan Dina.

"Imran's Gift of
 Love ♥" kata Pn Ida

Pada tahun ini juga Dina kerap ke sekolah, kelihatan paling sihat, dan rambutnya paling lebat. Semua orang bersyukur dan optimis tentang kesihatannya. Alhamdulillah.

Disamping belajar, Dina juga sedang berseronok membuat projek seni sekolahnya, dan menunjukkan kepadaku. Begitu ghairah (passionate) sekali. Agak jarang sebenarnya menemui orang yang boleh menguasai kedua-dua belah otak dengan cemerlang; pemikiran logik dan kreativiti. Tapi Dina boleh.

Juga aku tak lupa bagaimana dia memayungi aku ketika ke kereta tika hujan, habis saja kelas. Manis. Sungguh baik dia.

Kelas terakhir aku bersamanya adalah pada 9 Julai (pada hari perhimpunan Bersih). Dan ketika ini Dina kelihatan sungguh aktif dan sihat sekali. Tiada tanda sakit langsung. Kami buat revisi Form 4. 

Dina begitu bersemangat untuk mengambil Percubaan SPMnya (baca blog post nya yang terakhir ini). Pada pertengahan Ogos, ketika bersemangat untuk mengambil peperiksaannya itu, Dina menghadapi Jaundice. Kulit dan mata putihnya menjadi kekuningan. Apa yang aku dengar, itu petanda awal buah pinggang dan hatinya, tidak berfungsi lagi.

Tapi dia masih positif untuk mengambil peperiksaannya itu. Malah juga bersemangat untuk ke Majlis Perkahwinan ku pada Oktober kelak. Sungguh mengharukan.


Dina diletakkan pada ventilator selama hampir 20 jam, sebelum menghembus nafas terakhir pada 1234 tengahari pada 31 Ogos 2011. Setelah 4 tahun berjuang, setelah hanya dikatakan hanya ada 3 bulan sahaja.

Sungguh kuat gadis kecil ini.

Alfatihah.

bersambung...outro.

Selasa, 6 September 2011

Dina (Part4)

2008
Pada tahun ini Dina selalu di bawa ke SDMC (Subang Jaya) untuk rawatan chemo. Perubahan fizikal pada terjadi tubuh Dina : keguguran rambut, kening, serta berat badan yang pasang surut. Aku difahamkan oleh Pn Anita, Dina hanya ada 3 bulan sahaja (untuk detail ; klik sini). Masyallah, kataku dalam hati. Sungguh saspen.

Aku juga difahamkan bahawa Dina tidak mahu keluar dari TKC. Tetap mahu bersekolah di situ dan sanggup mengambil cuti beberapa bulan lamanya demi rawatan chemo nya itu. Tapi seperti biasa, jika dia OK sikit, dan tidak bersekolah, Pn Ida mesti memanggil aku untuk tuisyenkan Dina, selalunya sebelah pagi. Ketika inilah aku lebih mengenal hati budinya.

Ya. Dina adalah seorang yang kuat. Tidak pernah sekalipun dia 'mengadu menderita sakit'. Tidak pernah. Rawatan chemo adalah sesuatu yang berat dan dasyat sebenarnya. Kalau adapun, dia cuma mengadu 'boring duduk hospital, nak balik sekolah.' Dan fokus dan semangatnya masih jitu pada pembelajaran matematiknya. Aku cukup kagum.

Dina juga lebih ekspresif bercerita tentang pengalaman di sekolahnya, dan di rumahnya. Pernah juga dia menyatakan 'dah tak mahu jadi doktor, dah muak duduk hospital'. Juga dia sering menunjukkan lukisan-lukisan indahnya padaku. Bercerita betapa minatnya dia pada Super Junior (SuJu), boyband dari Korea. Dan dia lebih terbuka, dan mudah ketawa, tak kira betapa ringannya lawak ku. 

Agaknya tuisyen sebegini membuatkan dia lupa untuk sementara sakitnya itu, dan mengubat kerinduannya pada sekolah dan ilmu.

Paling tidak boleh kulupakan, di laman web Myspace nya, tertulis ini:

Your Favourite Teacher : My Math Tutor (he is so fun!)

Wah! cair aku dibuatnya.

2009
Aku dikhabarkan tumornya hilang. Alhamdulillah.Tapi tak tau untuk berapa lama. Tahun ini juga lebih banyak tuisyen kerana Dina akan menghadapi PMR untuk tahun ini. Walaupun lebih kerap berada di rumah dan hospital berbanding sekolah, dia tetap berusaha belajar bersendirian, dan tetap menduduki Top 10 ranking di sekolahnya. Wah sungguh hebat. Kalau aku buat ujian matematik padanya, markah sekitar 98-100%. Patut dah tak payah tuisyen dah.

Pada Disember 2009, Dina sempat menghantar sms padaku ketika dia dan familinya mengerjakan umrah.

Cikgu. Dina dapat 8A !! Terimakasih cikgu XD!

Dina di Majlis Anugerah Cemerlang TKC 2009 bersama ibubapanya, Pn Ida & Mr Medi. Tahniah!


Bersambung,...




Isnin, 5 September 2011

Dina (Part 3)

Ketika ini Dina sudah nyatakan cita-citanya untuk menjadi doktor perubatan, sedangkan Imran masih blur lagi nak jadi apa.

2007
Mengikut perkhabaran dari Pn Anita (kawan baik dan introducer kepada Pn Ida, juga ibu kepada muridku Aina Faten), Dina sudah bersekolah berasrama penuh di TKC, dan sungguh bergembira di sana. Ya lah kan, Dina mula meniti alam remaja dengan mengenali hidup di luar rumah,bersama teman-teman baru, serta meneruskan minatnya untuk menimba ilmu pengetahuan.

Dina dan Imran masih mengambil tuisyen bersamaku, asal aje cuti sekolah.

Ketika ini juga aku mengagumi bakat muziknya; bermain gitar. Selaku pemuzik, aku dapat menilai permainannya yang agak 'advance' pada usia semudanya. Lagu kesukaannya pabila main gitar adalah lagu ini : 'Right Here Waiting' oleh Richard Marx. Dia suka main ala-ala 'plucking+melody' gitu. Bravo!


 Ini bukan Dina ya, tapi permainannya lebih kurang macam ni la.

Sekitar Ogos, Pn Ida dan suami Mr Medi ada membelikankan ku baju pasukan favouriteku, Real Madrid ketika mereka shopping di Rantau Panjang, Kelantan. How sweet! Terimakasih.

Tapi pada masa ini jugalah Dina dikhabarkan menghidapi kanser. Aku benar-benar terkejut kerana dia kelihatan ceria,sihat dan aktif, tanpa ada sebarang kesan kesakitan langsung. Aku sungguh keliru, dan mula mempersoalkan takdir ; kenapa benda ini terjadi kepada orang-orang yang baik?

Jadi aku tulis doaku (kebetulan tepat 4 tahun lepas) di sini : Dina (Part 1)

Ketika ini Imran bakal menduduki PMR, dan hanya dia tuisyen bersamaku. Dina 'berjuang' di hospital. Mr Medi ada memberitahuku
"Usah risau cikgu, Insyallah Dina pasti akan OK. Dan kembali sambung tuisyen dengan cikgu".

Bersambung...

Ahad, 4 September 2011

Dina (Part 2)

'I love you! Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin. Pray 4 me^^'

Aku menerima sms ini dari Dina pada Hari Raya Pertama yang lepas, Selasa 30 Ogos, pada pukul 1120 pagi, ketika di kampung halaman di Tangkak, Johor. Aku buat dek aje kerana menyangkakan sms Hari Raya yang biasa, tapi berasa sedikit janggal kerana ada perkataan 'I love you'. Tapi tepat pukul 1627 petang, ibunya Pn Ida pula sms :

 'My dearest friends, Irdina was just placed on the ventilator. She requested it. She had wudhu', performed her Dzuhur, Taubat, recited the Penghulu Istighfar & we had a beautiful goodbye & her last words to me were 'See you late Alligator!' With the Syahadah on her lips, she drifted off to sleep. She's comfortable now at last. We are at peace with this path God has placed on us on. Love u all & I pray the best for you & your beloved family always.'

Aku terkejut dan mula tidak sedap hati, meskipun mendapat sokongan ventilator. Tepat pukul 1738 petang besoknya, abangnya Imran membuat pengumuman di FB:

‎'Dina Shah or her full name Irdina Binti Izzuddin shah is no longer with us... She is now in a better place. She left peacefully at 12.34pm. On behalf of all my family members, I thank you all for your faith, concern, support, and prayers.. She will forever be in our memories.. And in our hearts. This has been Imran bin Izzuddin shah.again I thank you all.. Selamat hari raya. Innalillahi wainna lillahi rajiun...'

Walaupun sudah menyangka, aku terkejut sekali lagi sambil Al-fatihah meniti di bibirku, dan merasa sedih atas pemergiannya. Terus malam itu aku pulang ke Subang Jaya, dan sempat pergi ke rumahnya di Shah Alam keesokkan paginya, dan sempat menatap wajahnya buat kali terakhir, dan bersembahyang jenazah untuknya.

Siapa Dina?
Dina, atau nama sebenarnya Irdina binti Izzuddin Shah (dilahirkan pada 23 May 1994), adalah murid terawal untuk tuisyen peribadi ku. Aku mula mengajar di rumahnya pada Disember 2006, ketika dia baru sahaja habis UPSR. Dina sangat pintar, dan berjaya menghabiskan silabus Tingkatan 1 dalam masa 2 minggu sahaja (6 kelas x 2 jam). Aku agak kebingungan kerana tak tau nak buat apa, tapi ibunya Pn Ida suruh 'ulang-balik' saja , dan Dina setuju dan 'tidak bosan' untuk ulang balik, kerana dia sangat meminati Matematik. Lagipun fokus ketika itu lebih kepada abangnya Imran, yang akan menduduki PMR, dan matematiknya agak kritikal.

Alhamdulillah, Dina berjaya memperolehi 5A untuk UPSRnya, dan berjaya memasuki sekolah elit Tunku Khurshiah College (TKC) di Seremban (bekas sekolah ibunya).

Ketika ini aku mengenali Dina sebagai serba sempurna ; cantik comel, sopan (satu-satunya muridku yang cium tangan ketika bersalam), pintar, berbakat seni (berkebolehan melukis dan bermain gitar), dan familinya yang kaya tapi sangat baik dan pemurah (Pn Ida selalu bagi tips, dan menghidangkan sendiri makanan untukku).

Bersambung..


Antara karya lukisan Dina

Jumaat, 2 September 2011

Raya Kali Ini

Makin lama kelamaan raya dirasakan biasa saja. Sekadar boleh makan di siang hari. Dipenuhi oleh generasi baru, anak-anak sepupu yang memenuhi rumah di kampung. Suasana memang meriah dengan mereka. Dan aku mula dipanggil sebagai Pak Ngah Nal, menggantikan Abang Nal.

Atok ku yang berusia 90 tahun juga kurang sihat dan kelihatan lesu. Aku doakan yang terbaik untuknya. Sekarang dia sudah ada 13 cicit kalau tak silap. Alhamdulillah. Kita pun entah kan sempat melihat cucu sendiri, apatah lagi cicit.

Insyallah tahun ini tahun terakhir aku beraya bujang. Aku sememangnya malas (manja), dan memerlukan seseorang untuk menguruskan 'fesyen' ku, kerana aku memakai baju raya 5 tahun lepas haha.

Di TV, juga hilang seri kerana tiada lagi iklan Petronas karya Yasmin Ahmad. Kebiasaanya semua orang menunggu, dan merasa sayu di malam raya melihatkan iklan tersebut. Tidak pernah menghampakan. Tiada lagi iklan yang sehebat karya beliau setakat ini.

Ini juga raya pertama ibuku menyambut raya sebagai nenek. Hanzalah aka 'Gubboy ke' juga pertama kali menyambut raya. Aku juga punya gol sendiri, iaitu memastikan Hanzalah ada sepupu sendiri untuk raya tahun depan haha!

Gubboy : Tuk Enggal cakap rupa nenek. Ye ke?

Raya kali ini juga aku sibuk memberikan kad undangan pada saudara-mara yang hadir ke rumah atukku.  Ada juga yang terkejut kerana menyangka aku sudah berkahwin haish.

Juga yang tidak mungkin aku lupakan, aku menerima sms istimewa daripada seseorang , beberapa jam sebelum beliau 'pergi'.

Nantilah aku cerita.

Isnin, 29 Ogos 2011

Perasmian sajakiri.com



Setelah 'beta-testing' selama hampir 8 bulan, kini saya dengan bersemangatnya merasmikan sajakiri.com. Yeah! Sudah berpuluh WP Theme, pelbagai stail dan gaya website, akhirnya saya memilih Theme  Fadelicious ciptaan Elemis ini. Agak mengejutkan juga, kerana Sajakiri disinonimkan dengan warna hitam dan kompleks, tapi kali ini, hanya design yang ringkas menjadi pilihan. Kenapa ya?

Saya mementingkan keselesaan (mata) pengunjung website (mungkin terpengaruh dengan MajalahNiaga.com), daripada sekadar design syok sendiri yang komplikated (tapi tiada pengunjung) seperti sebelum ini. 

Penghargaan istimewa kepada saudara Cpol Roni, yang bertungkus-lumus membantu saya membina laman web ini, secara online dari Perlis. Terimakasih bro.

Satu perubahan besar kepada sajakiri.com adalah penulisan blog. Kini saya bercita-cita untuk mewujudkan Majalah Sajakiri. Saya yang sebelum ini agak malas untuk menulis, kini suka menulis sejak wujudnya blog peribadi saya www.zainalzulia.com.

Usah khuatir, penciptaan muzik masih menjadi keutamaan. Tujuan muzik adalah untuk menginspirasi. Sama seperti penulisan blog di sajakiri.com, adalah untuk menginspirasi jua. Ia lebih sekadar dari sekadar journal harian, ia adalah tentang 'wisdom learning' yang sedang saya pelajari dalam hidup ini. 

Saya terpengaruh dengan perhimpunan TED (Technology, Entertainment and Design) di US, dimana pakar-pakar seperti saintis, inventor, researcher, creator berkongsi ilmu dan hasil kajian/pengalaman mereka dengan sekumpulan orang yang meminati bidang ilmu tersebut. Mungkin sajakiri.com masih jauh lagi, tapi di situlah direction kami. Kami berharap 'pakar-pakar' sudi menjadi penulis jemputan di sajakiri.com berkongsi ilmu dan membawa crowd yang tersendiri. Sebelum pentas dan dewan fizikal wujud atas tujuan ini, Insyallah. Amin.

Terimakasih yang menyokong Sajakiri dari awal lagu, Kami berjanji akan mengeluarkan karya-karya yang lebih berbisa lagi Terimalah hadiah seni dan ilmu yang tidak seberapa dari kami ini.

""You make a living by what you GET. You make a life by what you give."

Ahad, 28 Ogos 2011

Sajakiri : Service

Jika anda seorang a)Penyanyi atau b)Penerbit yang inginkan lagu baru untuk dirakam, sila lihat Composition-Demo, atau request lagu baru. Kebiasaanya kita akan bertemu dahulu supaya saya lebih memahami tujuan, kehendak dan minat anda, sebelum apa-apa proses dimulakan. 

Dari segi kos penerbitan, ia boleh menelan belanja sekitar RM3,000 ke RM8,000 sesebuah lagu, bergantung kepada pemuzik dan studio. 

Kami tidak boleh menjanjikan lagu 'hit', tapi kami akan mencuba sedaya upaya memahami tujuan, kehendak dan minat anda supaya anda boleh mencapai kepuasan dalam berkarya. Kami juga selektif terhadap pelanggan, hanya yang serius dan komited sahaja akan diberi perhatian.

Penerbitan lagu
Terdapat 5 proses dalam penerbitan lagu:

  1. Composition : pemilihan lagu yang berkenaan, sama ada lagu demo yang sudah sedia ada, atau lagu baru  akan dicipta di peringkat ini.
  2. Arrangement : sesudah confirm lagunya, deposit minimum (sekitar RM300) akan dicaj sebagai kos 'arangement'. Di sini, 'blueprint' sebuah lagu akan dibentuk. ie genre, tempo, key. Dan juga perancangan pemilihan pemuzik dan studio akan dibincangkan di sini. Juga proposal rasmi akan dikeluarkan.
  3. Recording : pembayaran 50% akan dikenakan di sini untuk tujuan pembayaran studio. Dan segala proses rakaman dijalankan di sini, tidak akan berhenti sehinggalah semua pihak berpuas hati atas hasilnya.
  4. Mixing : lagu diadun di sini. Jika ini projek lagu single, proses berakhir di sini.
  5. Mastering : jika tujuan rakaman album penuh, proses ini akan dijalankan, untuk mencapai sound yang seragam diantara semua lagu.
Anda boleh request jika mahukan pemuzik pilihan anda sendiri. Dari segi studio rakaman, kami biasanya akan bekerja di 
  • Studio 2105 (milik JD Pop Shuvit), untuk rakaman live instrument
  • atau Rafikonsep (milik Rafik), untuk rakaman muzik elektronik
Kedua-duanya terletak di Taman Tun Dr Ismail, KL. Dan anda juga boleh request jika mahu menggunakan studio berlainan.


Jumaat, 26 Ogos 2011

Panduan Kerjaya

Sebagai guru addmath, rata-ratanya murid-muridku berusia 16-17, yakni di ambang SPM, dimana mereka 'sibuk' memikirkan 'nanti nak jadi apa' sebagai kerjaya kelak. Secara naturalnya, aku akan memberi sedikit sebanyak panduan untuk mereka fikirkan. Walaupun kekadang aku fikirkan 'agak terlalu awal' untuk mereka buat keputusan yang sebegini penting.


Passion and Money, Which Comes First?

In a survey conducted many years ago, 1,500 people were asked that very same question and were then separated in 2 different categories based on their feedback. Category A believed that money was their priority and would consider doing what they want to do later. 1,245 people went into that group. Category B, made up of 255 people preferred going after their passion and trust that money would follow subsequently.

What do you think happened to both groups 20 years later?

Out of 1,500 people in the whole group, 101 of them became millionaires. Only one came from Category A. The remaining 100 of the millionaires all came from Category B.

Cerita di atas selalu ku jadikan sumber inspirasi kepada mereka. Dan kukaitkan ia dengan pengalamanku sendiri.

Kerjaya pertamaku adalah sebagai akauntan. Tiada apa salah dalam kerjaya itu, cuma aku sangat tidak meminatinya. Keputusan yang kuambil ketika 17 tahun itu hanyalah dimotivasikan oleh faktor duit. Ketika itu abahku ahli korporat, memberi cadangan kepadaku untuk 'mengambil jurusan ini', supaya boleh menjadi 'kaya' kelak. Ketika itu hatiku dibutakan dari minatku sebenarnya, iaitu bidang sains, atau seni muzik. Ternyata penangan 'nak jadi kaya' memekakkan telingaku untuk mendengar bisik hati kecilku.

Ku ingat lagi, hati kecilku sudah berbisik pada bulan ke-3 pengajian ku (masa itu masih Induction Programme lagi); bidang akautan ini bukanlah untukku. Tapi aku ignore saja kerana tidak mahu mengecewakan sesiapa.

Bukan mahu menyalahkan sesiapa, macam kukatakan tadi, usia 17 tahun adalah terlalu mentah untuk membuat keputusan sebagini penting. Untuk yang tidak tahu, aku berjaya juga menghabiskan pengajianku ke peringkat professional ACCA di Dublin, Ireland. Dan sempat bekerja selama 2 tahun di firma gergasi (KPMG) di KL, sebelum berhenti.

Berdasarkan pengalamanku ini, selalu aku tekankan 'minat dulu, baru duit' kepada muridku. Ini kerana secara naturalnya kita sebagai manusia lebih bahagia dan gembira untuk 'memberi' daripada sekadar 'menerima' semata.

"You make a living by what you GET. You make a life by what you give."

Kebayakkan ibubapa secara lumrahnya akan mencadangkan anak-anak memilih kerjaya yang 'secure' seperti doktor, jurutera, atau akauntan daripada menyuruh mereka memilih berdasarkan minat. Ini mudah difahami kerana ibubapa selalu memikirkan tentang 'security'/keselamatan anak-anaknya, yang mana lebih penting dari 'buat apa yang kau minat'. Ini cara mereka menyayangi anaknya.

Tapi masa depan kita, kita lebih berhak 'memandu'nya.


Selasa, 23 Ogos 2011

About Sajakiri



Salam. Nama saya Zainal Zulia, sebagai komposer utama untuk Sajakiri Music. Saya juga seorang tutor matematik, telah mula berkecimpung dalam bidang penciptaan lagu dari umur 14 tahun lagi. Pada mulanya penubuhan Sajakiri Music (awal 2010) hanyalah sekadar suka-suka, dan hanya ingin berkongsi di Facebook, tapi berkat sokongan dari saudara, sahabat dan taulan, menyemarakkan lagi semangat saya untuk berkarya dengan lebih serius. Alhamdulillah, Tuhan menemukan saya dengan Muhsin, penyanyi panel utama untuk Sajakiri Music. Pada masa sekarang juga, kami sedang sibuk berkolaborasi dengan Didi (dari band Indie Mice) untuk menubuhkan anggota tetap untuk Sajakiri Band.

Perjalanan masih jauh, dan setiap hari adalah permulaan. Menjadi tersohor adalah impian, bukan untuk meraih nama semata, tapi untuk berkongsi inspirasi bersama yang lain. Inilah tujuan kami. Benar, seni itu subjektif, kami tidak boleh memuaskan hati semua orang, tapi kami boleh memuaskan hati 'sebilangan orang'. Mereka inilah yang kami cari kerana mereka akan terus menyokong kami, dan mereka menjadi sebahagian daripada kami juga (extension of us).




Tetapi dalam website ini (sajakiri.com), ia lebih daripada sekadar muzik. Di sini saya akan berkongsi idea, inspirasi, temuramah bersama insan seni yang lain, atau menjemput mereka menjadai 'guest author' untuk blog kami ini. Kerana seni lebih dari hiburan semata. Ia adalah karya jiwa.

Pada masa yang sama, saya sebagai komposer bebas juga berharap boleh membantu rakan seni yang lain dalam penghasilan muzik. Tak kira dari segi penciptaan (composition), susunan (arrangement), dan penerbitan lagu (production) lagu.

Terimakasih



Zainal Zulia, Ogos 23 2011