Jumaat, 23 November 2012

54 - Pasca AddMath SPM 2012

Hari ini menandakan saya memasuki musim baru dengan lebih bersemangat. Saya menulis ini dengan tiada apa-apa idea atau isu yang spesifik. 

SVM1 akan melabuhkan tirai, kurang 2 minggu dari sekarang. Saya akan memuktamadkan tawaran pasca-pengundian kepada bekas finalis.

  • Harga tawaran RM1,000
  • Tarikh tutup tawaran ; sebulan dari tawaran
  • Bayaran ansuran dibenarkan. Cadangan RM250 sebulan x 4 bulan.
'Take it or leave it'.

Saya akan mengingatkan mereka tentang kelebihannya;
  1. produksi saya boleh mencecah RM5,000 sebuah lagu
  2. hanya terbuka kepada finalis SV, dengan masa yang terhad
  3. peluang bekerja dalam suasana profesional, juga hasilnya.
  4. siap dengan video klip lagi
  5. sebagai batu loncatan/sepak mula kerjaya sebagai penghibur

Isu : Lagu Sama

Ini adalah penghalang utama untuk mereka. Perlukah saya membenarkan mereka menukar lagu, atau berkeras dengan lagu itu saja? 

Bagaimana?

Jika prinsip 'take it or leave it', bukankah akan menyebabkan saya kehilangan prospek?

Saya akan pujuk mereka dengan :
  1. peluang untuk mendapat pengalaman bekerja di studio dengan suasana profesional
  2. single nyanyian finalis lain itu 'tidak semestinya' meletup di pasaran, semestinya bergantung kepada usaha sendiri.
  3. lagu sama, penyampaian berlainan, akan membawa impak yang berlainan.
  4. Apdet : Mungkin sedikit diskaun untuk lagu yang sama?
Terpulang.


Ubah Topik : Saya ingin menjana RM20,000 sebulan demi keluarga saya.

Saya tidak perlu fikirkan caranya, cukup sekadar mengekalkan displin. Itu saja. Di situlah segala keajaiban boleh berlaku.


Pasukan produksi.

Selain JD dan Rafik, saya perlukan seorang lagi 'assistant arranger'. Ini untuk melancarkan lagi flow kerja saya,


Bee Song

Idea terbaru : Berkerjasama dengan Cromok : ie Sam, Karl dan Shah Ziri. Terbitkan lagu berkenaan Palestin. Jual I-tunes, dan beri separuh hasilnya kepada tabung Palestin. Wah ambitious giler hehe.


Lynnzay ingin membuat produksi lagi bersama saya. Ini bukan saja baik dari segi pendapatan, malah peluang saya untuk mendapat reputasi baik, sepertimana saya bermula dalam bidang tuisyen ini juga.



Khamis, 22 November 2012

53 - Pakej RM3,000, RM5,000 dan RM7,000

Saya boleh bahagikan kepada 3 pakej. Cuma ada satu isu : "ada ke orang nak?"

Ini mungkin kes biasa. Self esteem. Tapi saya tidak mahu fokus di situ. Saya berasa teruja dan profesional apabila caj sebegini.

Apa yang saya tawarkan? Apa beza diantara pakej berikut? Entahlah, saya ada sedikit sebanyak idea, tapi tidak begitu jelas lagi.

Rancangan 2013 saya.
Saya ingin memperuntukkan hanya 4 jam sehari untuk mengajar tuisyen, dan hanya 5 hari seminggu. Setelah menghantar Sofea pada pukul 9 pagi, saya akan berjoging selama 20 minit. Tutup FB, dan buka Cubase. Dari pukul 10 pagi ke pukul 3 petang, 5 jam saya akan fokus hanya kepada penerbitan muzik.

Purata satu lagu
Saya akan simpulkan setiap produksi saya bernilai RM5,000. Dari blog ini, saya mendapat inspirasi bahawa nilai karya seni adalah sangat subjektif. Ia tidak bergantung kepada berapa jam, atau sofistikatednya alatan, atau kompleksnya ia. Ia bergantung kepada perasaan klien kepada karya kita. Itu saja.

Dari sinilah saya mendapat keyakinan untuk caj dengan harga premium sebegini. Kerana sebelum ini saya terlalu fikirkan tentang harga pasaran, alatannya, karya saya yang masih tiada nama dan sebagainya. Terpulang kepada klien untuk merasakannya.

Kalau mereka berasa ini, mereka boleh cari komposer lain. Ini di luar bidang kuasa saya.

Bagaimana jika tiada orang yang mahu?
Saya tidak perlu risau yang ini. Saya hanya perlu fokus mencari mereka yang mahu.

Bagaimana? Cukupkah dengan hanya menanti?

  • Promosi dengan FB Ads
  • Promosi dengan Sajakiri-Vokal
  • Hanya target SATU projek setiap bulan.
  • 'Miracle'
Haha, saya tahu untuk memperolehi miracle . Saya kena sediakan 'ruang' untuk nya, dana kekalkan displin Cubase setiap hari!

Amin, inilah evolusi saya dan Sajakiri seterusnya.

Selasa, 20 November 2012

52 - Cromok dan Lynnzay

Ok. Cukup-cukuplah dengan Sajakiri - Vokal. Kita teruskan hidup dengan projek-projek penerbitan muzik.

Sejak saya cuba mengekalkan displin dengan membuka Cubase SX setiap hari, banyak dan semakin berkembang idea muzik saya. Bukan itu saja, malah kemahiran saya menggunakan perisian itu menyebabkan saya semakin rajin untuk menerima job penerbitan muzik secara profesional dan serius.

Sekarang saya sedang membangukan projek lagu metal, iaitu "Bee Song" (nama sementara). Ini memberikan saya 2 idea besar, sama ada :

  1. berkolaborasi bersama Cromok,
  2. atau mencari penyanyi/pemain gitar lead secara pertandingan.
Saya masih tidak pasti yang mana, kedua-dua pilihan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Lagu sudah 30% siap.

Insyallah Januari ini, seorang artis wanita yang bergerak secara indie, meminta bantuan saya untuk menyiapkan lagu ciptaannya yang berjudul 'Selalu Ada". Namanya Lynnzay.

Lepas siap Bee Song, inilah fokus saya seterusnya.


Jadi bagaimana jadual saya pasca 20 haribulan ini? Apa fokus saya? Cukupkah dengan hanya 4 jam kelas sehari? Berapa projek produksi yang saya mahukan?

Semua ini sukar dijawap. Tapi apa yang pasti saya harus mengekalkan displin dengan membuka Cubase setiap hari. Itu saja yang perlu saya tahu. Semuanya akan 'fall into places', insyallah.


SajakirInterview : saya harus terus belajar dan membina rangkaian. Inilah cara yang terbaik. Harus displin melakukannya, sekurang-kurangnya 2 bulan sekali.


Projeksi : Ini sukar dikira. Tapi saya harus mengubah harga produksi menjadi sekurang-kurangnya RM3,000. Baru best! 

Ini membuatkan saya semakin bersemangat untuk mensasarkan sekurang-kurangnya 2 job sebulan. 

Ok tak kalau kita dapat RM6,000, kos hanya RM1,000?

Isnin, 19 November 2012

51 - Pasca Keputusan : Detail

Sebaik saja tarikh pengundian tamat, kita akan ada pemenang rasmi pada setiap musim. Saya terus bawa baki mata kepada FB grup baru : Finalis M1. Saya akan buat tawaran rasmi untuk mereka ini. Mereka boleh keluar dari grup ini, tanda tidak mahu menerima tawaran ini. Saya akan mengesahkan sekali lagi dengan mereka secara peribadi untuk memastikannya.

3 bulan ini hanya untuk mereka membuat keputusan. Rakaman boleh jadi selepas itu. Tapi, pada pemikiran kedua, elok juga jika rakaman itu dibuat dalam masa 3 bulan ini. Senang. Selesaikan semua. Jadi, bagaimana? Ini cadangan saya :

  1. keputusan mesti dibuat dalam masa sebulan.
  2. rakaman dan bayaran mesti selesai dalam masa dalam masa 3 bulan ini.


Adakah ini baik dari segi impak? Apa harapan saya?

Terus terang, saya ada merasai sedikit bimbang jika masa terlalu pendek untuk mereka membuat keputusan. Jika 3 bulan, mereka akan mempunyai masa untuk menaja secara perlahan-lahan dan menambah YTL. Bagaimana?

Saya rasa, begini :
  1. mereka bolah bayar ansuran dalam masa 3 bulan, tapi keputusan hendaklah dibuat dalam sebulan pertama.
  2. untuk mengelakkan undian tipu untuk YTL. Apdet : YTL tidak akan dikira selepas tamat tarikh pengundian.

Jadi, hanya sebulan untuk mereka membuat keputusan?

Insyallah. Nampaknya begitulah.

Saya tidak boleh terlalu fokus pada jumlah semata-mata, hanya mereka yang benar-benat berkehendakkan saja.


Lagipun fokus utama saya adalah produksi muzik bernilai RM3,000 satu projek.

Jadi, saya akan berhempas pulas pada bulan pertama, memujuk mereka sebaiknya, siap dengan pengiraan untuk ansuran dan segala kelebihannya.


Kesimpulan

Saya hanya boleh tunjukkan pintu, hanya mereka sendiri yang membukannya. Saya kena buat ikhlas.

Rabu, 14 November 2012

50 - Apa Faedah Untuk Finalis Lain?

Pada pos lalu, saya mencadangkan agar finalis yang tidak bergelar juara diberi hadiah istimewa, iaitu mereka tetap boleh merakamkan single, dengan melengkapkan markah mereka menjadi 500. Dalam masa 3 bulan, setelah tarikh tamat pertandingan. Menarik, bukan?


Tujuan saya adalah :

  1. memberi mereka peluang, setelah penat lelah berjuang meraih undi, serta pada yang membayar tajaan,
  2. merancakkan karya 'finalised' hasil daripada Sajakiri - Vokal
  3. saya dapat meraih sedikit duit poket sebagai pusingan modal

Kenapa mereka harus mengambil peluang ini: 

  1. mereka berpeluang merakam single secara profesional dengan harga yang murah, iaitu kurang daripada RM1,000. Kebiasaannya harga saya adalah RM3,000 ke atas, per lagu.
  2. Rakaman ini boleh dijadikan perintis untuk mereka melangkah lebih jauh dalam bidang nyanyian.
  3. dapat merasai pengalaman merakam suara dalam suasana profesional.
  4. kami bukan saja memberi harga istimewa, tapi tempoh masa sehingga 3 bulan untuk mengumpul YTL dan tajaan.
  5. Kami akan menyediakan kemudahan ansuran bayaran jika ada finalis yang benar-benar hendak, tapi ada kengkangan modal.

Bagaimana jika ada finalis yang ingin menukar lagu? Mereka tidak berpuas hati dengan lagu yang sama dengan finalis lain. Mereka mahukan lagu original. Macamana nak handle?

Maaf, ia hanya valid untuk lagu tersebut sahaja. Saya tidak galakkan mereka untuk mereka menukar lagu. Kerana itulah adanya pilihan untuk tidak mahu membuat rakaman. Ini mungkin limit saya.

Idea : boleh buat tambahan sebanyak RM500 jika ingin menukar lagu lain.


Adakah 3 bulan mencukupi?

3 bulan ini adalah masa lanjutan yang diberikan untuk mereka memikirkan sama ada mahu mengambil peluang ini ataupun tidak. Segala tajaan dan YTL boleh diambil kira pada peringkat ini. Hanya markah juri profesional saja tidak boleh diubah.

Target saya?

Sekurang-kurangnya seorang yang mengambil peluang ini.

Selasa, 13 November 2012

49 - Revert balik ke asal

Setelah ditanya oleh Mamat, 2 hari lepas, saya tidak senang duduk, dan ligat berfikir sepanjang itu, tanpa menulis blog (kerana tidak mahu diganggu flownya). Soalannya adalah;

"Bagaimana jika finalis tidak mahu merakamkan lagu sama yang telah dirakam oleh finalis lain (kerana kecenderungan memilih lagu yang sama)? "

Saya sedar saya tidak boleh memaksa mereka untuk merakamkannya. Jadi, apa yang harus saya lakukan?


Setelah 2 hari ligat berfikir, ini keputusan setakat ini:


  1. menggunakan sistem mata/markah

    YouTubeLike (1:1), Tajaan (mengikut pakej), dan Juri Profesional (1:25). Dalam setiap musim, juara terus mendapat rakaman single secara percuma sebagai hadiah. Finalis lain, saya akan mengira matanya, dan mereka harus mencapai 500 mata dalam masa 3 bulan untuk merakamkan single itu. 

    Mereka boleh:
    a) rakam segera, dengan mengira baki tajaan, dan membayarnya segera
    b) ansuran, bayaran ansuran disamping mengumpul YouTubeLike untuk menaikkan mata.
    c) tidak mahu berbuat apa-apa. Tidak apa, saya akan mengingatkan mereka setiap akhir bulan. Ingat ya, 3 bulan saja masa yang diberikan.

  2. Pada minggu pengumuman finalis, saya akan mengesyorkan, sesiapa yang membayar RM100 terawal, saya akan muat-naik videonya, untuk dipromosikan terus. Sesiapa yang tidak membayarnya, tidak apa. Cuma saya akan muat-naik videonya pada minggu seterusnya. 

    Kelebihan membayar deposit ialah disamping video mereka dimuatnaik awal, mereka akan mendapat kelebihan 40 mata. Jadi, ini akan memberi mereka tekanan sihat untuk finalis lain membayarnya. Terpulang pada mereka.

  3. Sistem Musim revert ke asal. 3 bulan. 5 finalis. Satu pemenang. Ini kerana saya merasakan sistem ini agak OK, tidak perlu dirombak besar-besaran. Lagipun, fokus saya bukan pada Sajakiri - Vokal semata, tapi pada job produksi. SV ini lebih kepada penjenamaan dan promosi.



Isnin, 12 November 2012

48 - Apa Yang Saya nampak lagi setahun

Entahlah. Sukar untuk saya jangkakan. Mungkin rakaman daripada beberapa penyanyi amatur yang ada. Saya mengharapkan agar nama Sajakiri Music akan terus gah, hasil daripada ini. Entahlah.

Bagaimana untuk saya kuantifi?
Apakah denominator saya? Bagaimana boleh saya 'mengukur' kejayaan program ini?  Inilah dia soalan sebenar.

Apa yang saya tahu, saya begitu teruja memikirkannya saja.


Terasa tidak sabar untuk memulakannya. Impak yang boleh saya rasakan.

  1. perkembangan Mailing List
    Hasil daripada Musim Pertama, seramai 31 email baru didaftarkan. Ini adalah lubuk emas. Saya masih kurang fokus pada lubuk ini. Mereka ini terdiri daripada mereka yang minat menyanyi. Saya harus sedar tentang ini. Idea : ebook berkaitan menyanyi, kursus nyanyian, pakej nyanyian, karaoke, dan apasaja yang berkaitan.
  2. pertambahan finalis
    Ini mereka yang berpotensi merakam single Sajakiri Music, saya harus jaga mereka sebaiknya. Kerana itulah saya harus menjaga mereka. Saya ada terfikir untuk menghadkan pemenang sehingga 5 orang sahaja. Yang selebihnya, saya 'lupuskan' saja bakinya. Atau perlukah saya terhadkan penyertaan kepada 5 finalis saja? Bagus juga, sekurang-kurangnya 'urgency' lebih terasa. Saya lebih fokus kepada kualiti gitu.
Tapi, bukankah 'lupusan' juga menarik? Sekurang-kurangnya saya akan mendapat sedikit 'keuntungan' daripada mereka yang kurang berdaya-saing. Macamana?


Isu
Bagaimana jika mereka yang bagus itu, lambat mengambil tindakan? Nasiblah. Tidak perlu terlalu risaukan. Musim ini bukan terlalu lama pun.Mereka boleh sertai pada musim berikutnya. 2 bulan saja. Mereka boleh bayar deposit mereka terlebih dahulu. Bukankah ia lebih 'cool'? Sekurang-kurangnya sudah ada yang pasti. Bagaimana?

Ingat Packard Law. Jangan terlalu tamak, dan gopoh untuk maju. Saya harus ingat ini selalu.

47 - Fungsi Sajakiri Bank

Saya akan sediakan penyata Sajakiri Bank, di laman Sajakiri Vokal. Tujuannya adalah sebagai tempat rujukan para finalis untuk melihat baki 'pelaburan' mereka terkini.

Baki tidak boleh direfund, hanya boleh ditukar milik. Ini untuk memastikan Sajakiri Music mempunyai baki yang mencukupi untuk membuat produksi muzik. Juga untuk menggalakkan finalis menabung untuk single mereka. Tapi jika mereka bertegas untuk menebus balik wang mereka, saya harus membantu mereka menukar milik baki dengan finalis lain. Dengan jumlah yang sama.


Hadiah Utama :

  1. Tempat Pertama : Rakaman single secara percuma
  2. Tempat Kedua : Rakaman single bernilai RM500 minimum
  3. Tempat Ketiga : Rakaman single bernilai RM750 minimum
  4. Tempat Keempat dan seterusnya : Rakaman single bernilai RM1,000 minimum
Yuran penyertaan minimum untuk finalis : RM 100 minimum


Ada apa lagi yang saya tertinggal?

Saya akan membuat follow-up kepada finalis yang senyap (dormant) mengikit tarikh terakhir mereka membuat deposit (saya hubungi mereka sebulan selepas itu). Saya akan galakkan mereka membuat deposit, atu jika tidak mahu, mereka boleh memindah milik baki mereka kepada finalis lain untuk menutup akaun.

Jika tiada transaksi aktif melebihi 3 bulan, saya akan tutup akaun mereka, dan baki mereka akan dilupuskan.



Senario Terburuk
Apa worst-case-scenario yang boleh terjadi?
  1. Tiada finalis yang mahu mengdepositkan RM100. Solusi? Tiada pemenang, tapi teruskan juga untuk musim seterusnya.
  2. Hanya ada satu finalis. Saya tidak pasti samada mahu mengiystiharkan ia sebagai pemenang, atau melanjutkan tarikh tutup, untuk mencari sekurang-kurangnya seorang lagi.

Berapa lama tarikh tutup?
Seminggu sahaja. Kerana untuk mencipta urgency dan finalis tidak terlalu lemau memikirkanya.
Dua minggu, jika hanya ada seorang finalisa sahaja


Saya tidak sabar mahu aplikasikannya paa tahun 2013. Apa harapan saya? Membantu mereka merakam single, dan saya mendapat sedikit sebanyak duit poket, insyallah.

46 - Semakin Jelas

Hari ini ligat saya memikirkan cara yang paling win-win-win untuk Sajakiri - Vokal Musim seterusnya. Ia haruslah memenuhi kriteria ini:

  1. ia haruslah membantu para penyanyi amatur memiliki single sendiri dengan cara yang lebih mudah.
  2. ia haruslah memperkasakan jenama Sajakiri Music
  3. saya dapat mengekspresikan kreativit muzik saya
  4. saya dapat menjana pendapatan daripada bidang yang saya cintai

Jadi, apa rancangan saya?

Durasi satu musim berlangsung dalam 2 bulan. Bulan pertama : audisi/ujibakat. Saya akan membuat pengiklanan berbayar di FB, sama seperti sebelum ini. Dan war-warkan di FB Grup seperti Tip Nyanyian.

Saya juga bercadang menggunakan lebih banyak lagu. 20 mungkin.

Bulan kedua : Pengundian

Huh, di sinilah cabaran dan thrillnya. Saya akan muat-turun video peserta yang best dan menarik, dan tamat saja tarikh penyertaan, saya akan memberi masa satu minggu (atau 2 minggu?) untuk mereka depositkan RM100 ke akaun Sajakiri Music. Sesiapa bayar dahulu, saya akan muat-naik video mereka di akaun You Tube Sajakiri, dan mereka boleh 'jump start', mempromosikan videonya itu untuk mendapat YouTube Like.

Kenapa saya muat-naik kembali melalui akaun YouTube Sajakiri?
  1. untuk resetkan kembali Like video mereka
  2. supaya nampak lebih officail/rasmi dengan penggunakan intro dan logo Sajakiri Music
  3. mempromosikan akaun YouTube Sajakiri, mengharapkan lebih ramai subcribers.

Berapa ramai yang saya perlukan?

Sekurang-kurangnya 2 finalis, baru boleh bertanding. Jika seorang saja yang bayar, nak buat macamana, dialah pemenangnya.

Juri Profesional ; saya akan mengupah mereka ini dengan harga RM10, bergantung kepada jumlah finalis.
Contoh jika ada 5 finalis, saya akan mencari 5 juri sahaja.

Undian Tajaan: setiap tajaan, saya akan kreditkan ke dalam Sajakiri Bank (termasuk RM100 mula-mula tadi). Saya akan terangkan dengan lebih lanjut dalam pos berikutnya.




45 - Mana Satu Ni?

Sekarang saya menghadapi dilema. Mana satu yang lebih baik : 

  1. Musim yang berlangsung selama 3 bulan, tapi bilangan finalisnya tidak diterhadkan
  2. musim berlangsung selama 2 bulan, tapi penyertaan terhad kepada 5 orang sahaja.

Mana satu yang lebih bijak?

Apa tujuan saya?

Saya ingin membantu ramai penyanyi amatur merealisasikan impian mereka untuk memiliki single mereka sendiri. Dan juga ingin mencari pedapatan lebih dalam bidang muzik ini.


Adakah ia menjawap persoalanan saya?

Pilihan 1 - 3 bulan, tiada terhad finalis
Pro - 
  • lebih relaks, dan tidak tergesa-gesa. 
  • Juri profesional lebih bersedia.
  • finalis yang mendepositkan duit mungkin lebih ramai
Kon
  • dikhuatiri finalis tidak merasa 'urgency' kerana tempat tidak terhad.
  • masa terlalu lama, finalis akan berasa kehilangan dinamik pertandingan
Solusinya : sediakan tarikh tutup untuk finalis.


Pilihan 2 - 2 bulan, dan tempat terhad untuk 5 finalis sahaja

Pro
  • ia lebih dinamik, dan tidak terlalu lama.
  • Finalis akan ada berasa 'urgency' untuk join kerana tempat terhad
Kon
  • saya akan menjadi terlalu sibuk untuk menguruskannya.
Saya mendapat idea lain . Untuk Musim 2 bulan. Finalis tidak terhad bilangan dan masanya (asalkan sebelum tarikh akhir pertandingan), jika mereka bayar saja, saya akan muat-turun video mereka, untuk memasuki pengundian. Tiada unsur paksaan di sini. Mereka boleh teruskan jika mahu, tarik diri, jika mahu, pada bila-bila masa. Siap dengan refund lagi. Sangat cool, bukan?

Saya kena buat projeksi, dari segi untung ruginya, apakah risiko, dan adakah ia berbaloi?