Sabtu, 2 Julai 2011

Apa lagi?

Baru buat Fan Page - Zainal Zulia : Random. Bakata Deepak Chopra, "Randomness is part of creativity". Ini boleh dijadikan outlet aku untuk 'berkarya' tanpa prejudis dan kontrol. Tanpa audiens, jadi aku tak perlu memikirkan sangat apa kehendak orang lain. Cukuplah aku sendiri yang senyap-senyap menulisnya. Kalau ada orang jadi Fan pun, itu pilihan dai sendiri, takde kaitan dengan aku. Kalau dia orang yang aku takenal lagi bagus, sebab dia akan melihat artikel ini tanpa prejudis.

Baru balik breakfast dengan famili. Pastu pergi pasar. Hari ni 3 kelas aku ada; SD Twin, Sufian & Qallif. Malam ada Transformers lagi. Pastu besok Breakfast dengan Abah, kumpa Fahdil di McD Ampang Park, Ija nak belikan perfume kegemaranku POLO sebagai hadiahantaran, dan kita mahu survey beg untuk Hantaran balas ku kepada Ija pulak. Kalau berkesempatan, aku ingin ke Istana Budaya, untuk melihat Battle of the Band yang sedang berlangsung di sana, setelah diberitahu oleh Alif, pemain dram Brownees.

Perlu ke lagi 5 Things? Setelah aku menulis di sini. Ada rasa malas. Rasa macam ini lagi syok. Entahlah. Tapi 5 Things agak berbeza. Ia membuat hidup dipenuhi love. Cukuplah.

Adakah penulisanku di sini sementara. Entahlah. Aku ni memang terlalu kreatif. Dah banyak dah web. Tapi semua tak jalan. Tapi ini kalau OK, aku ingin beli domain zainalzulia.com . Wah banyaknya duit aku!

Dapat idea lain pulak. Rasanya nak try eksperimen tak tulis 5 things dah. Cuma tulis kat sini. Takisah berapa perenggan pun. Asalkan tulis pada post yang sama, selagi hari ini. Ha, macam ni lah.

Aku ada berat hati nak tengok wayang, sebab aku rasa nak raikan birthday Abah aku lagi best, mengenangkan semua adik-beradik aku ada di sini. Takpelah, janji mesti dikotakan. Besok pagi aku akan breakfast dengan Abah, disamping mengajar anak dia, Mirza dan Nurina matematik. Harap-harap berkat.

Wow. Abe Navigator dah jadi fan Zainal Zulia : Random!

Tapi still orang tak perasan sangat haha. Tunggu aku jadi famous dulu baru orang perasaan hehe.

Tapi video Megahanz Hani tu takdak langsung orang Like! Nape ya? Haha. Camane aku nak buat video competition kalau takdak langsung orang Like? Macamane tuh?

Biarkanlah sebegini

Apa maksud aku, biar sebegini?

Aku ingin membeli rumah. Aku ingin membeli Piano. Aku ingin memiliki Ipad. Rupanya menulis tidak semudah menciptalagu, yang selalunya punya cerita tersendiri. Ha! aku dapat idea. Biarlah di sini tempatku menulis secara random. Macam ni lah. Tiada apa-apa maksud. Dari jauh macam ada cerita, padahal tiada apa maksud pun. Kalau ada maksud pun, hanyalah kebetulan sahaja.

Besok pagi ada kelas Qallif. Dia ni minat main dram. Ada band metal. Straight Forward. Last week dia main dekat Station One Cafe. Dia ni tidak berapa cekap dalam Matematik, antara studentku yang paling lemah. Tapi aku OK dengan dia. Dialah yang mencadangkan aku untuk menjual T-shirt Sajakiri. Sekarang ni pun tengah tunggu Zaidi tolong designkan.

Pehalpun, aku sukakan gambar profile aku sekarang, nampak unik, kreatif dan cool. Terimakasih kepada imaginasi Romizi. Sekali lagi telah berjaya membuat design yang aku suka. Tapi aku rasa ni dah lewat malam sangat ni, dah masuk pukul 2.

Goodnite.

p/s : tapi best juga ya jika ada pembaca. Apakata kalau aku buat Zainal Zulia Fan Page. Wah agak melampau tuh. Tapi OK jugak kan. Entahlah, apa keperluan pun aku tak tau. Cer try.

Cerita

Ingin sekali aku bercerita. Ceritapa ya? Sang kancil? Hang Tuah? Semuanya membosankan kerana sudah kerap diulang. Ceritapa yang original ya?

Menulis lagu? Terus-terang, sudah kering idea ku ni. Aku yakin aku masih boleh mencipta lagu lagi, cuma 'urge' itu sudah agakurang. Apa yang harus aku lakukan ya?

Apalagi yang harus ditulis ya? Adakah aku seorang yang terlalu kreatif?

Aku harus memfokuskan kepada 'apa yang hendak diberi' daripada apa yang hendak diterima. OK, apa yang hendaku beri?

Aku pun tak berapasti.

Kekadang terasa ingin 'share' cerita ini dengan masyarakat. Kekadang ingin sembunyi sebegini sahaja. Apa yang aku mahu sebenarnya?

Mungkin aku harus bercerita tentang sesuatu. Tapi aku bukanlah pencerita. Bagaimana?


5 Things

  1. Alhamdullilah. Today is another perfect day. Look forward for tomorrow nite outings with friend, watching Tranformers 3 in 3D. It must be superb! I miss birthday celebration dinner with Abah, so as a replacement, I will breakfast with him on Sunday morning.
  2. My weight is now 72kg! Woohoo! Way to go man!
  3. I manage to mark AddMath Paper for Tropika in few hours only! Wow I;m so efficient now.
  4. Love to see the signature "AddMathTutor.com" on my own modul haha!
  5. I love when Ija also write her 5 things!

Menulis

Aku menulis bukan untuk dibaca kembali. Aku cuma seronok melihat perenggan demi perenggan disusun kemas. Aku juga suka bila Bahasa Melayu ku ditulis sebegini skema dan baku. Walaupun aku memang tiada apa-apa idea.

Band

Tentang Band, lagu seterusnya untuk dirakam adalah lagu Pelangi. Mungkin akan diarrange oleh Patrick Tan. Disamping harga yang begitu menarik, terasa begitu lega apabila lagu diarenj oleh orang lain. Terimakasih.

Lagi 2 minggu, Didie akan mengajak rakan-rakannya untuk jam lagu-lagu Sajakiri. Ini lagi satu perkembangan menarik. Diharap kami akan bergerak sebagai live band yang berjaya selepas ini, Insyallah.

Terasa ingin buat video unplugged, nyanyi live dari V-cam.

Cuba Lagi

Alhamdulillah. Aku sukakan lay out yang panjang sebegini. Terasa begitu lega. Kekadang aku dapat merasakan adanya urge untuk menulis (taip) sebenarnya. Teringat zaman muda-muda dulu, selalu rasa 'urge' untuk bermain gitar, seolah-olah gitar memanggil aku. Lalu diciptakan lagu baru di di situ. Rasa macam ada sama, walaupun menulis bukanlah 'passion' sebenarnya, berbanding dengan penciptaan lagu.

Tiada cerita baru di sini. Walaupun terasa ingin menulis sesuatu.

Sabtu, 18 Jun 2011

Selamat Hari Abah

Salam semua. Sempena Hari Bapa ini, aku ingin dedikasikan satu artikel mengenai pengaruh abah dalam penghasilan karyaku.

Dari kecil lagi (bayi), abahku sudah suka memasang vinyl dan kaset lagu-lagu Rainbow dan Deep Purple. Takisah la. Asalkan mesti ada Ritchie Blackmore. Lebih kepada rock zaman 70-an dan 80-an. Aku masa itu taklah faham sangat, tapi aku mula terangsang dengar bunyi distortion gitar.

Pastu masa lewat 80-an, abahku meminati rockapak melayu. Paling dia suka Wings. Aku pun masa itu baru akil baligh mula minat sekali. Pastu aku berangan nak main gitar utama dalam Band Rock.

Pada tahun 1991 (aku 12 tahun), abahku membelikan gitar kayu ku yang pertama di Ampang Park. Brand Fair Lady. RM120.

Sebelum itu lagi abah aku dah belikan organ 80-an, yang macam John Lord punya. Aku mula-mula tak lah minat nak main. Tapi lepas belajar gitar, baru terasa nak belajar.

Tapi itu ajelah instrument abah aku belikan.

Pada mulanya abah aku nampak macam bersungguh nak support aku main muzik. Tapi lepas aku dah pandai main & mula ada band, dia pun dah jadi macam malas nak bersungguh.

Btw abah aku ni memang pandai main muzik jugak.

Lepas itu abah aku dah macam marah-marah bila aku kerap main muzik. Yang paling aku ingat :
  • dia larang aku gi jamming lepas aku jam dengan senior
  • dia marah aku main gitar subuh2 (lepas solat subuh la)
  • dia dah stop main muzik depan aku
Aku masa itu agak terkesan. Sebab aku ingatkan dia akan bangga. Tapi dia buat dek aje.

Sampailah satu hari itu aku main keybord lagu "Runaway", baru dia puji sikit. Itu pun dia cuma cakap kat mak aku.

Itupun aku dah happy.

Haha. Emo la aku ni.

Tapi aku tau darah muzik ni dari abah aku. Terimakasih abah sebab darah ni.

Selamat Hari Abah, abah.

Rabu, 15 Jun 2011

Music Producer

I always love to produce music. Producing music includes composition, arrangement, recording, instrumentation, mixing and mastering.

The producer can involve one or more of the process above. OR NONE at all. 

Truly, the REAL work of a producer is to 'oversee' the whole project/song, at a larger scale.

In my case, my passion mostly on composition & arrangement, and a bit of instrumentation (as i can play guitar, bass & keyboard). The engineering process, such as recording, mixing and mastering definitely are not my forte (including singing hehe).

It seems that I enjoying more in the creative process of song production.

Isnin, 13 Jun 2011

Journalism

I never have a thought, or having interest in journalism. I don't like writing, and not good at it. But one thing that never fail to catch my attention : an interview with successful/establish people.

I always run-out of idea to write in my blog (www.sajakiri.com), and doing interview seems easy and interesting.
Wise man said "it's not what U do, but with WHO U do". It's a great wisdom. Our friend reflect our inner self. Successful people loves to be friend with another successful people too.

So, I want to be successful, so i gotta find them. And learn from them.

They are the people who 'been there, done there' it before. There is abundance of wisdom in their experience. 
And I would love to hear live from them.

 
Sponsored by my lovely fiance, Ija.