Rabu, 18 Julai 2012

Clavinova & Sofea

Alhamdulillah. Setelah hampir 4 minggu di rumah ibu mertua di Damansara Utama, akhirnya kami bertiga pulang ke rumah kami di Taman Subang Murni. Kami berasa sangat berterimakasih pada Mama (Opah kepada Sofea) kerana menjaga makan minum isteriku Ija dengan sepenuh hati , penuh kasih sayang  dan tanggungjawab sekali. Kami sayang Opahnya.

Juga secara peribadi, saya ingin mengucapkan terimakasih dan minta maaf kepada Abah (bapa mertuaku) kerana tidak tinggal lebih lama di situ. Abah menyarankan kami untuk tinggal sehingga Raya.

Apa pun, kini tinggal kami bertiga sekeluarga yang akan menguruskan famili kecil ini sendiri. Insyallah besok, 19 Julai, genap sebulan usia Sofea. Semoga sihat hendaknya. Amin.

Piano

Tidak tahu mengapa, kehendakku untuk memiliki piano elektrik begitu membuak2 sekali. Mungkin juga kurasakan sudah ada anak perempuan, jadi piano sudah jadi kepastian. Entahlah. Tapi apapun ia dimulakan oleh Aff yang juga ingin punyai piano sendiri kelak. 

Dulu masa bujang, aku selalu ke kedai piano dan bermain piano sehingga berjam2 lamanya. Gian.

Aku sangat berterimakasih kepada isteriku Ija kerana memahami naluri muzikku. Kami membeli piano elektrik 'tangan kedua' jenama Yamaha Clavinova CLP-220 di Euphony, Ikano. Dengan harga terbaik.

Kini, kau merasa sungguh seronok di rumah. Sofea dan Clavinova. Bak kata Aff juga, rumah lebih dari sekadar tempat tinggal, ia adalah institusi keluarga.

Kini aku lebih bersemangat untuk berjaya dalam bidang muzik. Kerana 'alasan'nya adalah lebih kuat sekarang. Amin.

* Mulai hari ini aku akan apdet sekali dalamasa 4 minggu (selama ini selang 2 minggu). Kerana prioriti menulis blog 'sudah jatuh'. Terimakasih kepada pembaca sekalian. 




Sofea dan Clavinova

Selasa, 3 Julai 2012

Perkenalkan....Sofea binti Zainal Zulia



 : Sofea binti Zainal Zulia : Baru berusia 2 hari!


Alhamdulillah. Isteriku Ija selamat melahirkan anak sulung kami tepat pukul 734 malam, Selasa 19 Jun 2012, di bilik besalin Maryam, Hospital Pusrawi Kota Damansara. Oleh Dr Zulkhairi.

Pada usia perkahwinan kami 8 bulan 19 hari. Bunting pelamin ni! Syukur.

Pada mulanya, kami memang berniat untuk menamakannya sebagai Irdina, sempena nama arwah pelajarku. Tapi aku menukarnya sejak beberapa jam kelahirannya kerana aku masih mempunyai bagasi emosional terhadap nama ini. Setiap kali memanggil Irdina, aku merasa sayu dan sedih kerana masih terkenangkan pelajar kesayanganku itu.

Demi memulakan permulaan baru, kami sepakat menamakannya Sofea. Ini kerana, aku adalah dari golongan 'auditory', bermakna mementingkan bunyi2an. Sebutan Sofea adalah lembut dan halus. Walau dipanggil singkat sekalipun, Sof, Fiya, Sofi, ia tetap kedengaran lembut.

Maksudnya juga baik; menawan.

Aku juga suka sesuatu yang ringkas. Namaku cukup flashy sudah. Ada juga aku terbaca ; nama anak kebih mencerminkan peribadi ibu bapa itu sendiri.

Terbukti kami adalah ringkas.

Kami masih di rumah ibubapa Ija di Damansara Utama. Insyallah kami akan balik dalam seminggu dua lagi.

Perubahan

Sejak menjadi bapa, terasa seperti masuk ke alam lain. Priroriti berubah. Dulu lebih kepada 'self-survival', tapi kini, terasakan ada orang yang lebih penting dari diri sendiri.

Juga motivasi untuk berjaya adalah lebih tinggi, kerana ia bukan untuk diri sendiri lagi, tapi untuk keluarga. Insyallah.

Terimakasih kepada sahabat yang mendoakan kami.


Trivia :
  • Nama adik ku : Nur Zetty Sofia. Jadi anak ku Sofea, makchu nya Sofia.
  • Harijadinya 19 Jun, sama dengan Pn Ida, ibu kepada  Irdina.


Isnin, 11 Jun 2012

Terimakasih Ayoh (Part 2)

Ayoh bersama Mek (nenek ku) pernah menjaga kami seadik-beradik ketika ibu bapa kami mengerjakan haji pada tahun 1995. Pada ketika ini aku di Tingkatan Empat. Ayoh lah yang mengambil dan menghantar kami ke sekolah, dan membeli makan minum kami ketika itu.

Setelah aku berkahwin pada Oktober lepas, 2 kali jugalah kami balik ke Kelantan. Beliaulah yang melayani kami ke sana ke mari. Mungkin kerjayanya sebagai pemandu teksi membuatkan beliau suka melayani tetamu berjalan. "Bosan duduk rumah" katanya.

Yang paling segar di ingatanku adalah peristiwa 2 bulan lepas;



Personalitinya

Ayoh secara peribadinya adalah seorang yang :

  • sangat tenang (epitome of coolness bak kata Aff),
  •  ringan kepala (kurang gemar memikirkan isu2 berat), 
  • gemar mencuba makanan sedap2 (selalu mengajak abahku makan tempat special), 
  • bertenaga (tidak pernah sakit teruk kecuali batu karang kira2 20 tahun lalu), 
  • fobia kepada ruang tertutup (tidak boleh naik lif dan kalau tidur, kena pegang kunci rumah),
  • gemar menghisap curut,
  • gemar muzik klasik dan hindustan,
  • gemarkan 'wrestling',
  • mahir bertukang (bak kata abahku, aku ada mewarisi sedikit kebolehan ini),
  • selalu membeli nasi berlauk untuk kami semua untuk bersarapan
dan bermacam lagi.


Malam terakhirnya

Teringat cerita Hakim, sepupuku yang berusia 15 tahun yang tinggal di kampung bersama Ayoh. Pada malam terakhir hayatnya, ayoh ada menyuruh Hakim 'bluetooth' lagu ini ke handphone nya. Setelah transfer, ayoh berkata 'sedapnya lagu ini', dan mendengarnya berulang kali di dalam tidurnya. Inilah lagu tersebut :

Alfatihah untuk Ayahanda



Terimakasih Ayoh. Alfatihah.

Ayoh kira2 sebulan yang lalu. Membawa famili HKA ke pantai Bachok.

Selasa, 5 Jun 2012

Terimakasih Ayoh - Part 1


Pada hari Jumaat 25 Mei lepas, atuk ku sebelah bapa (ayoh), telah menghembuskan nafas terakhir tepat pukul 1 tengahari, setelah hampir 2 jam menghadapi serangan jantung mengejut di Pasir Mas, Kelantan. Dia berumur 79 tahun.

Aku yang ketika itu berada di Subang bergegas pulang bersama abahku menaiki Air Asia (harga tiket mencecah RM437 seorang sehala) dan kami sampai pada pukul 5 petang.

Alhamdulillah, kami sempat memandikan jenazah (bersama abah, cik man, uncle wan, uncle rosli, anak2 mok ho) selepas maghrib. Dan mengebumikannya selepas isyak- mengangkat keranda, masuk liang lahat (bersama Uda) dan menimbus tanah beramai2, bersama sepupuku Azli.


30 tahun lalu

Aku dilahir dan dibesarkan di Pasir Mas, sebelum berpindah ke KL pada usia 6 tahun. Jadi, sudah tentulah banyak kenangan bersama Ayoh. Beliau seorang pemandu teksi yang sangat berdedikasi dan berpengalaman, serta cekap memandu laju. Kereta kegemarannya adalah Mercedes.

teksinya

Ayoh gemar bercerita ketika membesarkan abahku (anaknya sulung), dia berulang-alik setiap hari Kota Bharu - KL - dan pulang ke Kota Bharu dalam masa 24 jam. Sekali jalan, dapatlah RM50 (kalau tak silap la). Ketika itu masih tiada lebuhraya Karak, dan perkhidmatan bas masih belum ada. Jadi satu perjalanan boleh mengambil masa sehingga 12 jam.

Begitulah pengorbanan ayoh dalam membesarkan keluarganya.

Sedikit sebanyak 'gen memandu' itu ada padaku, aku juga gemar memandu lama dan tiada tujuan.

Bukan itu sahaja, ayah juga berkebolehan bermain alat muzik. Pernah menyertai band ghazal ketika muda, dan beliau bermain violin dan akordian.

Mak aku ada berkata, ketika aku berusia 4/5 tahun, ayoh pernah memukulku kerana nakal selalu mengusik adik. Tapi aku 'membalasnya' kembali dengan memukulnya kembali. Haha teruknya aku ini. Maafkan Nal, ayoh.

Ketika itu juga, ayoh gemar membawa kami ke lapangan terbang (untuk menjemput) dan kami beramai2 lepak di tepi pagar melihat kapal terbang. Aku ketika itu sangat jakun melihatnya.

Ayoh juga pernah mengajar ibuku memandu. Selaku pemandu berpengalaman, ayoh selalu memberi tips yang berguna untuk abahku, dan abahku pula yang menurunkan kepadaku. Diantara tips2nya ;
- kalau hujan, potong 50% halaju biasa
- bawa laju ok, tapi jangan sampai hati 'berdebar2'. pastikan kita dalam keadaan tenang.
- kalau memotong juga sama, kalau tidak yakin, jangan potong
- pemanduan yang bagus adalah apabila 'penumpang' boleh terlena dalam kereta

bersambung....


Kemaskini (dari ibuku)
"Pertama kali dapat lesen kereta,  belajar memandu dengan ayoh dari Pasir Mas ke Kota Bharu ,lepas tu ke Macang dan Kuala Krai, pastu balik dari Kuala Krai pusing balik ke Rantau Panjang lepas tu Tanah Merah. Habiskan hari cuti memandu pusing Kelantan dengan Kak Ji dan Nal tertidur-tidur di belakang".

Setiap hari semasa kerja di Kota Bharu, hari-hari jadi penumpang tetap (teksi ayoh). Sudahlah percuma, setiap hari sarapan pun percuma, di kedai roti canai dibelanja penumpang lain gilir-gilir. Mak tak pernah belanja (the only female tu). Sampailah pandu kereta sendiri. 

Masa tu dah duduk quaters Pasir Mas, kadang-kadang petang ayoh datang basuh kereta ke di rumah kita.

Ayoh memang sangat penyabar."


Selasa, 15 Mei 2012

Polisi Keluarga

Alhamdulillah, setelah berkahwin selama 8 bulan, hubungan bersama isteriku lebih erat dan dalam. Ini kerana kami lebih 'mengenal' bukan sahaja tentang pasangan kami, tapi juga mengenal diri sendiri. Semestinya, pembelajaran ini tidak akan berhenti, ianya adalah satu proses pengenalan yang panjang.

Jadi, setakat ini, kami telah mengenal beberapa 'polisi keluarga' yang akan kami terapkan dalam keluarga masa depan kami. Maaf, ini bukanlah tujuan untuk menunjuk-nunjuk, tapi lebih kepada 'peringatan' untuk diri kami sendiri.

Idea polisi ini bersandarkan pengalaman kami sendiri, daripada keluarga asal kami. Kami ambil yang terbaik sahaja.


1. Makan bersama dan berbual
Ini dari keluargaku. Makan haruslah bersama, kecuali jika hari bekerja. Dan selepas makan tu, mestilah berbual-bual dahulu, jangan terus 'bergegas pergi' setelah habis. Ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, dan semua ahli keluarga mestilah dalam 'talking term'.

2. Pergi ke kedai buku
Ini juga dari keluargaku. Abahku selalu meluangkan masa 2-3 jam dalam kedai buku seperti MPH dan Popular. Dan membiarkan anak-anak 'mencari; minat mereka sendiri, dengan membaca buku. Dan setiap permintaan untuk membeli buku, 'haruslah' ditunaikan (abahku tak pernah berkira dalam membeli buku untuk anak2).

3. Suamisteri harus ke pasar sama2.
Ini dari keluarga Ija. Aku akui, ini memang agak payah bagiku. Tapi melihatkan hubungan suamisteri yang romantik dan utuh mertuaku, membuatkan aku terpanggil untuk melakukannya. Sekurang2nya menolak troli/angkat bakul pun sudah cukup, untuk permulaan.

4- Menulis 'syukur' setiap hari.
Ini dari pengalamanku sendiri. Ija juga sudah memulakannnya. Aku akan jadikan ia satu displin dan habit. Ini akan membuatkan hidup kita lebih bermakna, murah rezeki dan gembira selalu, insyallah.

5 - Jangan balik selepas pukul 7 malam
Ini untuk anak2. Mereka tidak dibenarkan balik selepas Maghrib untuk peringkat sekolah. Malam untuk famili.


Selasa, 1 Mei 2012

Rahsia Trafik

Pada 3 minggu yang lepas, aku ke Program Mentorship Blogging (Siri 2) dibawah kelolaan Hasbul Aqill dan Aqif Azizan, dari Majalah Niaga, Aku yang kini separa journalis  perlu banyak belajar demi membangunkan web muzik ku, Sajakiri.com .


Google Analytics : Sajakiri.com


Alhamdulillah, kini pelawatku berjumlah 993, dan pelawat unik adalah 709. Secara purata, pembaca meluangkan masa lebih kurang 3 minit 49 saat di sajakiri.com. Tidaklah banyak sangat, tapi ini permulaan yang baik untuk ku sekaligus menaikkan semangatku untuk terus mengeluarkan pos yang berkualiti.

Kata Aqill, aku boleh mula untuk menawarkan iklan jika pelawat unik ku berjumlah sekurang-kurangnya 1000 sebulan. Sekarang baru 709.

Aku selalu mengikuti blog mereka, MajalahNiaga.com . Dan ada juga 'meniru' sedikit banyak cara mereka, terutamanya temuramah bersama personaliti niche kami.

Setelah beberapa ketika mengikuti blog mereka, mereka ada menawarkan e-book berjudul "Rahsia Trafik". Oleh kerana sudah mengikuti blog mereka, aku terpanggil untuk membeli e-book yang berharga RM40 ini.





Kenapa aku membeli dari mereka?

Aku percaya kepada mereka kerana mereka sangat berdisplin mengeluarkan artikel2 perniagaan yang sangat berkualiti. Temuramah, tips, menjemput penulis jemputan. Aku percayakan 'keikhlasan' mereka untuk berkongsi ilmu. Saya sarankan anda mengikuti mereka juga di sini.

Oleh sebab itulah aku membeli ebook ini. Ternyata, menggunakan pengalaman mereka sendiri, mereka tidak lokek ilmu, berkongsi rahsia bagaimana mereka menjana 10,000 pelawat unik setiap bulan. Ternyata ia sangat membantu, dan semestinya anda masih perlukan masa dan kesabaran untuk mencapainya.

Oleh kerana ebook ini bagus, aku mula mengikuti Seminar Blogging mereka selama 8 jam yang berharga RM100 sahaja. Berbaloi2.

Bukan itu saja, selepas itu, aku join Mentorship Blogging mereka, kerana aku begitu serius untuk berjaya di sajakiri.com, dan menjalin persahabatan dengan tim mereka.

Serius berblogging

Jika anda serius berblogging, anda boleh mulakan dengan ebook ini. Dan aku harus akui, jika anda semua berdisplin dalam menghasilkan blog berkualiti, web/blog anda boleh menjadi platform yang sangat bernilai untuk menunjukkan kepakaran anda.

Contoh : 2 idola muzik saya, Karl Cromok dan Zulkif Headwind bersetuju untuk ditemuramah kerana percayakan platform saya (sajakiri.com), dan 'mencabar' saya untuk mencipta lagu untuk tujuan berkolaborasi bersama mereka.

Modal saya?

Displin dan platform blog ini (sajakiri.com) saja.

Ayuh, mulakan!


Selasa, 17 April 2012

Parenting

Jumaat lepas, 13 April 2012, sahabatku Jaja (Azhar Imran) mendapat anak pertamanya, dengan isterinya Bashirah. Diberi nama Arzaq Emran. Nanti boleh panggil R-Z. Tahniah dan syukur.

Seorang lagi sahabatku, Romizi juga akan bergelar bapa, dengan isterinya Liza. Moga selamat semua hendaknya.

Bagi kami bertiga, tahun ini adalah tahun pertama kami menjadi ayah (aku bakal). Berbanding sahabatku Ijol, dia sudah punyai 3 anak lelaki : Farish, Imran dan Matin, Alhamdulillah.

Bagi aku dan Ija pula, 'nesting' sudah pun dibina serba sedikit. Ija lebih serius dan beria, manakala aku masih lagi lagi selamba dek. Buat rilek aje.

2 minggu lepas, Ija ada shopping baju bayi secara sendirian (kerana dia tau aku malas untuk shopping), tapi kantoi, dan terpaksa menunjukkan baju baby girl yang telah dibeli. Ija mula khuatir kerana menyangkakan aku akan marah (kerana shopping tanpa pengetahuanku).

Tapi rupa-rupanya, tanpa aku sangka juga, aku merasa sebak. melihat baju2 tersebut. Sungguh kecil dan comel. Dan aku ada menitiskan air mata.

Tiba2, walau masih bergelar bapa (2 bulan lagi Insyallah), aku mula memahami secebis rasa ibubapa terhadap anak2. Sepintas lalu, aku mula mengerti maksud pengorbanan ibubapa, dan unconditional love, kasih sayang tanpa mengharapkan balasan.

Aku terkenangkan jasa2 ibubapa ku yang tak mungkin dapat kubalas.

Memang, kita takkan mampu membalas, kita hanya boleh 'membayar'nya ke depan. Iaitu pada anak2 kita pula.

Terimakasih Mak dan Abah ku.


Selasa, 3 April 2012

Ijol

Ijol atau Faizul Iqmal adalah sahabat baik ku yang paling utuh sehingga sekarang (Jaja selainnya). Aku mengenalinya sejak di Tingkatan Satu lagi (1992) di Bukit Bintang Boys School (BBSSS). 

Tingkatan Dua

Kami menjadi rapat ketika di Tingkatan Dua, di mana kami sekelas 2 Jingga. Sebenarnya, menjadi rakan karib selepas 'bertumbuk bergaduh' ketika itu. Dan sama2 pergi jamming ketika itu, bersama Jaja dan Mam.

Ketika itu, kami akan berborak selama sejam setengah setiap hari di telefon, sebelum berjumpa di sekolah selepas itu (sesi petang). Segala-galanya bermula setelah Ijol 'kelentong' kami yang dia pandai bermain pelbagai 'instrument', tapi rupa2nya hanya keybord. Aku dan Jaja ingin menyingkirkannya dia dari band, pasal tu dia telefon aku untuk mendengarkan permainan keybordnya dan meyakinkan kami untuk rekrutnya kembali.

Dari situ, tertubuhlah band Foreo. Ijol selaku pemain bass yang 'reluctant' (ini kerana dia ingin dia main gitar, tapi aku dan Jaja dah main).

Sejak itu, kami sentiasa berkongsi cerita lebih kepada kehidupan dan 'percintaan' (code name : Singapore). Haha.

Tingkatan Lima

Kami kembali sekelas ketika di Tingkatan Lima di sekolah yang berlainan, SMSJ SS14, setelah dia keluar dari sekolah MRSM Balik Pulau. Kelas 5 Jaya ketika itu.

Ketika itu, kami macam belangkas. Orang akan tanya "mana Ijol?" kepadaku setiap masa ketika jalan sorang2, dan "mana Zainal" kepada nya.

Ijol sebenarnya sangat pandai 'prank' orang. Aku selalu la kena haha. Tapi sangat jujur dan mementingkan persahabatan. Aku teringat ketika dia sudah punyai 'girlfriend', tidak seperti kebanyakkan orang lain, Ijol sibuk mencarikan aku 'girlfriend' juga, supaya sama2 boleh 'double date'. Haha manis kan.

Dewasa

Di alam kolej dan dewasa, aku sempat menjadi pengapitnya sebelah laki. Ijol satu2nya sahabatku yang sanggup telefonku dari Malaysia ketika ku belajar di Dublin, kerna ingin menyuruhku kembali ke Malaysia, kerana dia baru buka bisnes baru, jamming studio.

Ijol sangat bisnes-minded. Antara bisnesnya adalah : ayam golek di bulan puasa bersama arwah Muzammil, jual baju bersama Zaidi, jamming studio Soundscream, dan bengkel kereta KAF Kaizen di Kampung Subang.

Ijol bersama familinya ketika di UK
Baru2 ini, Ijol baru saja balik dari UK, kerana menemani isterinya Afzan belajar di situ, setelah 6 tahun berada di sana. Bersama 3 anak lelaki mereka, Farish, Imran dan Matin. 

Teringat aku, aku satu2 sahabatnya yang menghantarnya ke KLIA bersama keluarganya. Dan Ijol menelefon ku dari UK setelah mendapat anak pertama.

Lepak bersamanya kembali baru2 ini, benar2 mengimbas kisah remaja kami. Terasa kembali 17.

Selamat kembali, Ijol.



Siri Sahabat yang Lain

Dengarkan deklamasi sajak tentang sahabat yang menyentuh dari Romizi.

Selasa, 20 Mac 2012

Make money vs building business



In Robert Kiyosaki's Cash Flow Quadrant, he put it simply and clearly; The difference in building a business vs making quick cash. 

Cash is essential to a business, as important as blood to a body. BUT it is not the purpose. Cash is not the purpose for the company existence. Similarly, 'blood' is not the reason of why we live.

Hence, building a business a long stretch view. Perhaps, more than one life time. The real question is not "how can we fit in", but rather, "how can we contribute to the world". This ain't easy to answer.

The deeper question is more personal : 

"What DO I what to contribute?". 
"What is my value"?.
What is important to me"?

My Story

I've been teaching Math for the past 6 years. It was hard work, with 'self-employed' mindset, hourly rate. Just enough cash to make ends meet. 

This year Cikgu Azizul was kind enough asked me to join as a partner at Pulau Ilmu. It is ordinary tuition centre. But man, i was in 'paradigm shift'. I see the world differently now. I started to think big.

I visualised franchising the business to whole region. With our systematic 'profit-sharing' method with tutors, it is not impossible. How i see it grows. Wonderful.

At the moment, I'm not rich yet. I still have my private class to make ends meet. But building a business excites me more now. 

Now I realized i am teacher at heart. I started to think of how can I contribute to more people; to students, tutors and community as a whole.

I used to think teaching is a part-time work. But now, I have a responsibility to build a GREAT institution. Pray the best for me. Amin,

Selasa, 6 Mac 2012

Why Death is The Best Inspiration

"Manusia yang bijak adalah mereka yang mengingati mati". Sabda Rasulullah.


 Steve Jobs said in Standford Commencement Speech 2005 , that " because death is very likely the single best invention of life. It is life's change agent. It clears out the old to make way for the new .

For most of us, the death is an ultimate dateline. By knowing this, and keep reminding our self about it, we will do the most important thing : PRIORITISING!


First Thing First. : The Art of Living to the fullest

Only now I understand, living to the fullest does not means doing many little things, but rather, DOING THINGS THAT MATTERS. Personally for me, it is so simple; spending time with my family, teaching math, and creating new music.These will make my day.

Non of these activities about what I will getting; it is all about about GIVING. So my conclusion is simple ; To live life to the fullest, ONE MUST GIVE.

Because when we gone, people will remember by what U give, NOT what U have. For example : Steve Jobs. People care more about his creation, not his wealth.

"Carilah rezeki umpama kamu hidup 1000 tahun. Beribadatlah kamu umpama mati besok".

My view is ; why not we combine? Can our activities serve both? There is 'ibadat' in our work, and 'work' in our ibadat, insyallah.

So we got to focus about that, and 'relax' about the dateline, and live life to the fullest 'forever'.

As for me, what I want to give to the world : school that will be great without me, songs that inspired people after me, and zuriat that will excel beyond me. Amin.