Khamis, 11 Ogos 2011

Bawah ke Atas, Kiri ke Kanan

Sekeluarga kami rezeki murah semoga. Amin. Lebih duit cari kena pasal tu. Hehe kot la berubah akan depan tahun harap-harap. Beli ku untuk malas agak, biasa seperti Raya Baju. Hehe bujang sebagai berpuasa ku terakhir tahun ini, Insyallah.

Tu la OK. Sendirian berbuka aku sahaja Khamis jadi. Hati baik sungguh. Rumahnya di berbuka aku mengajak, Hamidah Puan, Sufian ku 'tuition private' kepada ibu, Rabu kalau. 

Student tempat di Khamis dan Rabu, selebihnya yang. Kesayangan tunang dengan berbuka Ahad. Kelas 'cancel' yang hari pada ataupun. Sabtu dan Isnin hari hanya mak rumah berbuka masa. Itu ketika Perdana Subang di ku kelas kebetulan kerana, Abah dengan berbuka akan aku Jumaat dan Selasa hari pada.

Malam 10 pukul sampai kelas sambung tu lepas. Berbuka masa dengan dekat agak jadi. Kelas baru 4 pukul pastu .

Balik bangun baru 12 atau 11 pukul. Balik tidur aku baru 8 pukul dekat. PC ini artikel taip aku, Subuh solat lepas.

Ini Sahur Kopi artikel tulislah aku, Subuh menunggu sambil. Pagi 5 pukul dalam sahur bangun aku selalunya.

Alhamdulillah. Mudah dan rilek agak puasa ini kali. 

Free ku baru weekend. Malam yang banyak kelasku kerana ini. Kali 2 baru saya. Terawih? mengerjakan sudah anda kali berapa. Berlalu masa cepat begitu. Hari 10 masuk sudah puasa, ya oh. Ya? apa pasal tulis nak.

Ya sendiri anda keputusan ini. Paksa siapa tiada. Ini artikel baca anda paksa tak saya.

Salam.




Rabu, 10 Ogos 2011

Foreo

Foreo adalah band pertamaku, ditubuhkan pada 1993, ketikaku berusia 14 tahun (2 tahun selepas ku memegang gitar buat kali pertama). Bersama Jaja (gitar kedua dan vokal), Ari(dram),  Ijol (bass dan asalnya keybord) dan aku (lead gitar), kita mula jamming di Black Widow, di Asia Jaya (sekarang Armada Hotel), sebelum berpindah ke Jalan Gasing.

Bermain bersama band ini adalah diantara momen terindah di alam remajaku. Di sinilah kami membangun bersama-sama, mengasah bakat dan skil, dari lagu rock kapak (favorite lagu Bayangan Gurauan-Mega dan Bersama Selamanya-Visa), Grunge (Nirvana), segala pop rock mainstream hinggalah ke Metallica (fav Master of Puppets dan Seek N Destroy). Kali terakhir kami jam ketika 1999, sebelum Ari sambung belajar di Switzerland.

Bersama band ini jugalah aku mengasah bakat (selain gitar lead) dalam penciptaan lagu. Dari lagu "Memories (of Seperation)", "Thinkin' Its Cool", "River of Alkaline" (lagu hit ni!), "Crow", "No Problem"(instrumental ni), "Counter Terrorist" (metal ni), "Lagu B" dan" Petir Takdir". Jaja pun ada lagu hitnya, "Couldn't Ask", dan Ijol "The Magic Word". Haha tersenyum sendirian aku mengenangkan detik itu.

Pertunjukkan kami yang paling besar adalah pada tahun 1998 di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Ampang. Kami memainkan lagu "Petik Takdir" dan "River of Alkaline". Kami juga sudah merakamkan demo di merata tempat; Sonic DU, Bangsar, Ampang, Cheras dan Black Widow. 

Insyallah semua kaset demo kami ada dalam simpananku. Macamana ya nak upload ke PC ni. Almaklumlah dulu pakai kaset je, tak pakai CD. Kalau pakai CD kan senang. Tapi takpe, akan ku usaha untuk upload juga.

Show kami yang paling best dan hapening adalah ketika 'Induction Night' kolejku, YPM Cheras (sekarang KPTM) pada tahun 1997. Kami memainkan hampir 30 lagu mainstream (termasuk lagu sendiriketika itu, dan 20 daripadanya adalah request dan kami menjadi band karaoke. Lepas show, Gema Azam (memberku yang organise) menyumbangkan RM50 sebagai saguhati (masa tu rasa banyak aje RM50, sekarang...) dan aku menyimpan dalam tabung demo Band. Kami benar-benar puas hati dan seronok kerana tak sangka boleh bermain spontan tanpa cukup latihan. Tibai aje. Malam itu juga Ijol menjadi perhatian kerana kelihatan 'sungguh jambu' memakai baju melayu warna merah sambil main bass.

Oh ya ape itu Foreo?
Asalnya kami 3 orang aje, aku, Jaja, dan Mam (pemain dram asal), jadi TRIO. Jadi lepas Mam keluar, Ari dan  Ijol masuk, jadi la 4. Jadi FOUR+TRIO = FOREO

Memang tongong haha.


Baru buat FB ni.

Selasa, 9 Ogos 2011

If U want something, give it!

"If U want something, give it!!"

Aku terbaca quote ini dari Twitter (dari @SagesScientist). Agak terkesan dengan kata-kata ini.Ini kerana kebiasaannya kita hanya 'memikirkan kehendak diri sendiri' tanpa memikirkan 'apa yang hendak diberi'. 

Dalam buku The Power, penulisnya Rhonda Byrne memberikan duit kepada orang-orang yang tidak dikenali (strangers) secara gerak hati, ketika dia saat dia benar-benar perlukan duit. Dan dia bukanlah dari orang yang berada. Katanya, dia berbuat begitu bukan kerana mengharapkan sesuatu, tapi untuk berasa 'gembira' (feel good) terhadap duit. Kesannya, tidak kurang dari seminggu, beliau mendapat 'durian runtuh' dari tempat-tempat yang tidak dijangka (contoh dividen saham lamanya). Konsepnya sama seperti 'pemberian random'nya tadi. Menakjubkan.

Ok. Sekarang katakan anda ingin kemewahan, atau kekayaan (sama je kan). Jadi, mengikut matematik tadi, anda perlu beri dulu 'kekayaan' diri anda. 'Kekayaan' di sini tidak hanya bermaksud harta, tapi ' natural resourses' yang ada dalam diri anda. Bakat, network, cita-cita, impian, strategi, kemahuan atitud positif dan banyak lagi. Inilah 'kekayaan semulajadi' yang ada dalam diri anda.

Ok. Nampak ia begitu 'obvious' kan? Tapi kenapa ramai yang masih tidak berjaya? Ini kerana kebanyakkan dari kita tidak menyedari yang kita sudah punyai 'kekayaan semulajadi' yang Tuhan ciptakaan sejak kita dilahirkan. Ia 'built-in' dalam diri kita sendiri. Masyallah.

Sebenarnya, kita tidak perlukan motivasi, tetapi inspirasi. Motivasi adalah jangkamasa pendek, dan inspirasi untuk selamanya.Dan inspirasi sudah ada dalam diri kita.





If U want to build a ship, don’t herd people together to collect wood and don’t assign them tasks and work, but rather teach them to long for the endless immensity of the sea.

Antoine de Saint-Exupery


Isnin, 8 Ogos 2011

A letter to Patrick

Hi Patrick, I have listen over, and over again your arrangement on Pelangi. Like I've mentioned before, I love surprise! A new perspective on my composition. U did really well indeed. Now Pelangi is 'fresh' again! I really appreciate ur effort alot.
From a producer perspective, the new version is more like an 'alternate version', rather than 'original version'. Of course, I am 'too used' with the original version, and always prefer it. Since the project is to make finalised version of it, so we must reach the same conclusion here.
The main different :-
  • The tempo: I am revert back ur 85 bpm to original 77.5 bpm
  • The groove : I believe the groove is important element of the song. The ori is more flow than the new one. The song need a consistent flow and build-up from there, rather than 'different style in each part'. That explain why " U heard a few part are missing like Verse 2 (After 1st chorus) and the tone-down at the beginning of last chorus. ". In fact, I prefer a full snare drum at start 0.36 of the song. What do u think?
  • The chords : For me, chords value are as important as melody. For eg : what U did on verse : Bm-A-G-F#, and I m prefer like ori as Bm-A-(F#m)-G-(Em)-F#. Same thing goes with pre-chorus & chorus.
  • The guitar intro part; I admit it is unnecessary, but again I am so used to play it. Same thing goes with solo part, i was shorten. I think its cool in a way. But how bout U include the intro anyway? i really miss it!
  • I love the heavy riff after the solo! the 2nd pre-chorus. I really blows my mind. I think the chorus after that part need a continiunity from the pre-chorus. Probabaly a guitar, or string, i donno.
Listen & read my comment here. http://soundcloud.com/sajakiri/pelangi-2-0
Thank U so much Pat.
p/s : Sorry for this 'lengthy letter'. Part of the purpose is 'for Sajakiri blog posting' so 'Fans' can check-out the 'Work-In-Progress. Hope U don't mind!

Ahad, 7 Ogos 2011

India : Satu Perjalanan Part 2


Di muzium autonomi, banyak benda-benda pelik yang aku jumpa, mayat bayi yang bermata satu (baby cyclops) yang paling aku ingati. Dan segala kecacatan manusia diletakkan di balang kaca. Ada juga dipamerkan juga organ-organ dalaman manusia untuk tujuan pembelajaran. Walaupun aku pada dasarnya 'takut' kepada mayat, tapi melawat muzium autonomi ini mengujakan.



Menaiki 'trishaw' juga satu pengalaman baru. Baru ku tahu, rupa-rupanya asasnya adalah skuter, tapi diletakkan ' passenger booth' dibelakang, beserta 2 roda lebih di belakang. Boleh memuatkan 2 atau 3 orang dalam satu-satu masa. Dan pemandunya suka bawak laju-laju sambil tekan hon.

Etty dan trishaw

Aff, yang menemani suaminya Khalis, yang belajar perubatan di Manipal ini, tinggal di satu apartment satu ruang tamu-satu bilik tidur-satu bilik air-satu dapur di Jalan Anirudh (betul ke ejaannya). Ia agak selesa, dan di situlah kami sekeluarga menumpang tidur.

Teringat juga kami ada bersarapan di Anupam. Rasa macam mamak kat Malaysia, tapi takde roti canai (kerana roti canai lebih popular di tenggara India, kami di barat laut). Lagipun nama 'canai' berasal dari nama bandar "Chenai" di tenggara India. Kaum India di Malaysia juga kebanyakkan datang dari situ juga.

Bebalik kepada kedai Anupam tadi, yang banyak adalah Dosa, dan Dosa Naan yang paling aku ingat. Dosa sebenarnya Thosai atau tosei dalam bahasa melayu. Hah gitu .

Idli

Rata-ratanya kami hanya berjumpa lelaki India yang memakai baju kotak-kotak di sini. Kaum wanita agak kurang di sini. Yang ada pun hanyalah mak cik-mak cik. Manalah anak dara diorang ni. Dan tiada jumpa yang sekacak/secantik seperti arti Bollywood, kerana yang itu hanya berada di bahagian utara India, dari Bombay-New Delhi-Kashmir.

Kali sempat juga 'shopping' kain sari di sini (Udupi), almaklumah, ramai adik beradik perempuan. Aku sempat membeli satu untuk tunang tersayang. Murah aje dalam RM50-RM100. Tapi kalau bawak balik Malaysia boleh dijual beratus, dalam RM300-RM400.

Benarlah kata orang, "it's not where U go, but with who U go". Perjalanan ke India menyeronokkan dan 'memorable' atas dasar itu.

2 orang budak bingai.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Sajakiri : Buletin Ogos

Salam dan selamat sejahtera.



  • Atas bantuan Didie (Indie Mice), kami jamming buat kali kedua di Studio Hong di Damansara Utama. Isterinya, Salfani yang bermain keybord, Didie bass, dan penampilan sulung kawannya Wan sebagai pemain dram. Aku sebagai gitaris. Muhsin tidak hadir kerana masih bekerja. Penghargaan kepada Salfani kerana membuat 'homework', berjaya mencari 'line-line' piano dan string dengan jayanya.
  • Kami bercadang untuk jamming paling kurang seminggu sekali. Masih mencari masa yang semua orang 'available'. Tentang pemain dram, posisi ini masih terbuka lagi.

  • FB Adverts dimulakan sekali lagi, setelah sebulan berehat. Bermula dengan budget GBP 1 (RM5) sehari, kami mempunyai objektif untuk mencapai 1,000 Mailing List (sekarang 350), dan 100,000 Fans (sekarang hampir 11,000). Ini agak 'ambitious', tapi kami percaya ia boleh dilakukan. Amin.

  • Masih menanti Patrick Tan untuk menyusun lagu Pelangi.

  • Wartawan Berita Harian, Fatin Farhana ada menjemput kami untuk melakukan temuramah.
  • Kami masih menyimpan hasrat untuk menjemput Cik Lisa Surihani melakukan video klip untuk lagu Surihani.
  • Aku bercadang untuk mencipta lagu khas untuk skuad bolasepak negara "Harimau Malaya", dengan menggunakan lagu "River of Alkaline".
  • Juga bercadang mencipta lagu duet diantara 'pasangan kekasih' Muhsin dan Nadia (Brownees).

  • Masih menanti 't-shirt designer' yang berminat untuk 'design' t-shirt pertama Sajakiri. Khasnya untuk tujuan promosi lagu Surihani.

Sila undi lagu kami di sini : Your Favourite Sajakiri Song(s)

    Terimakasih.

    Khamis, 4 Ogos 2011

    India : Satu Perjalanan

    Pada Februari 2 2010, kami sekeluarga (aku, mak, Etty & Yah) ke Manipal, India untuk melawat Aff & Khalis di situ (masa ni gubboy in the making). Ia sudah berlaku setahun setengah yang lalu. Tapi saja aku tulis sekarang unutk menguji ingatanku.

    Perjalanan kapal terbang dari LCCT ke Kochi mengambil masa lebih kurang 4 jam. Sampai di situ, kami dijemput pemandu upahan yang baik hati bernama Praveen. Walaupun dia kurang fasih berbahasa Inggeris, tapi dia sempat menunjukkan gambar familinya padaku. Sampai di Ernakulam, kami menaiki keretapi selama 7 jam untuk sampai ke Udupi/Manipal. Nasib baik la kami menaiki koc malam, jadi tidur dengan amat selesa dalam keretapi (terimakasih kepada Aff yang membelikan tiket). Khalis dan Aff menjemput kami di stesen keretapi di situ.

    Salah satu keunikkan di jalanraya India ini mereka gemar membunyikan hon. Di Malaysia, hon jangan sebarang hon, kerana ia boleh mengundang kemarahan. Tapi tidak di sini. Tidak membunyikan hon dengan kerap boleh mengundang bahaya.

    Kami sempat ke Goa, kota yang pernah dijajah Portugis ini (sama seperti Melaka), dengan menaiki keretapi selama 4 jam, dan kereta 1.5 jam. Di sini, nasi beriyani adalah terbaik. Ia sangat autentik (asli), menggunakan beras basmati. Kari kambingnya usah cakaplah, bak kata Abah "best in the world!", memang tak jumpa di Malaysia. Kena pergi sana baru tahu.

    Lagi satu keunikkan India dari segi logistik adalah perjalanan keretapinya (yang lama). Pernah aku berbual dengan seorang penumpang, dia dari selatan (Ernakulam), ingin balik ke rumahnya di utara (New Delhi), akan mengambil masa lebih kurang 48jam (2 hari) untuk sampai. Lama beb! Jaraknya lebih kurang 2,000 kilometer! Kita paling jauh pun Perlis ke JB, hanya 12 jam perjalanan (agaknya la) dan jauh 678 kilometer. Tapi koc keretapinya agak selesa la jugak (ada yang berhawa dingin) untuk perjalanan sejauh itu. Tempat duduknya, boleh dibuat 'katil' jika tidur secara melintang.

    Secara keseluruhan, dari pemerhatianku, India umpama 50 tahun ketinggalan dari Malaysia (ini pakcik aku Cik Man yang cakap). Dari segi pembangunan, masih tiada lebuhraya yang menyeluruh untuk negara yang sebesar India ini.

    Tapi aku begitu enjoy ke muzium autonomi di Manipal. Antara terbesar di dunia. Bersambung....


    Budak kecik terpinggir dan Etty di India

    Rabu, 3 Ogos 2011

    Two Months to go

    Daisypath Wedding tickers

    Insyallah, in two months time, I will get married. So far so gud. All has been prepared. Waiting for Amazon Pertama, our invitation card designer/printer to print 10,000 copies of our cards. As for me, name list has been done. Gotta ask them (guests) to give me their home address. Thanks to Facebook, making things easier to connect with people.

    Last Sunday, we've done our pre-wedding photography, by photographer Dale (Fadhil). Our theme was "Kembali ke Sekolah". The brilliant idea was from him, and both of me & Ija love it! We even bought our 'custome' from Mydin. Haha. We loved the idea because it brings out 'youth' inside us. We feel young and fresh. And i like the originality. And also it fit my career as a tutor, which I can relates to my students.

    Next thing to do is ; I got to find people who create 'Hantaran' for me, gonna pay deposit for caterer, and pay for 'Baju Pengantin'. I gonna admit that I'm more organise now, and this is a good thing. Now I jot down, specifically what I want to do, and dateline for it. So after I have done it, instead of 'strikethrough' it, I put Victory! on it. So it brings me a 'sense of achievement' of the day. I just gonna do it every single day, to keep the momentum.

    Example; which is the most empowering? You decide.
    • Wash car
    • Wash car : Done
    • Wash car : Victory!

    Alhamdulillah, thanks to my supportive and lovely fiance, Ija, now I am 'better-organise'. Couldn't do any better without her. And this is not about me, or her. This is about us. The main thing is, to keep the main thing, as a main thing. Wish us luck.




    Selasa, 2 Ogos 2011

    Pengalaman Berpuasa di Perantauan

    Aku pernah berpuasa di Dublin, Ireland, pada 10 tahun yang lalu. Sekitar 2001/2002. Ia agak unik. Waktu sahurnya tak ku ingat sangat kerana agak sama seperti di Malaysia. Oh ya, kebetulan, aku agak bernasib baik kerana bulan Ramadhan jatuh pada musim sejuk. Jadi sahurnya sekitar pukul 5, tapi Marghribnya pukul 4 petang! Sekejap giler rasanya.

    Aku teringatkan seorang rakanku yang kuat tidur. Pabila dia bangun, masih gelap lagi. Dia tidak pasti adalah ianya pukul 5 pagi atau 6 petang haha. Patutkah dia sahur, atau berbuka?

    Dublin Mosque

    Aku yang ketika itu belum bekerja, beramai-ramai bersama rakan-rakan yang lain berbuka di masjid Dublin. Masjid yang berbentuk gereja ini menyediakan nasi Arab dan ayam secara dulang. Satu dulang biasanya untuk 4-5 orang makan. Jadi kami yang berbadan 'kecil' ini terpaksalah bersaing dengan orang Arab dan Pakistan yang mana lebih besar badan dan selera berbanding kami.Aku teringatkan juga pengalaman sahabatku, dia telah mengambil seketul ayam dan diletakkan di sisinya, tapi si mamat Arab ini dengan selambanya 'ambil' dan jadikan sebangai lauknya. Kesian member aku ini. Haha.

    Sebenarnya, agak tidak berapa 'mencabar' berpuasa di sini ketika musim sejuk. Dahla sejuk, pukul 4 petang sudah berbuka. Tapi agak kesian member-memberku yang masih berada di sana pada tahun ini. Sekarang Ramadhan jatuh pada musim panas. Ha mendapatlah! Bayangkan, subuh pukul 2.30 pagi, dan pukul 9.30 petang baru berbuka. Masyallah! Agaknya selepas saja terawikh, terus sahur! Dan berpuasa selama 18jam sehari begitu mencabar. Tapi nasib baiklah cuacanya masih dingin (sekitar 12 - 16 darjah Celcius) walaupun musim panas.


    Isnin, 1 Ogos 2011

    Kegembiraan diri sendiri : selfish?

    Dari kecil lagi, kita dianjurkan oleh ibubapa kita sendiri kita haruslah memikirkan tentang orang lain, jangan mementingkan diri sendiri. Ini nasihat yang berguna, tapi pendapatku, ia tidak membawa maksud kita harus mengorbankan perasaan diri hanya kerana orang lain. Kita harus mencari penyelesaian kreatif untuk menang-menang (win-win). Ini cabaran sebenar. Mencari creative solution.

    Adalah lebih mudah mengalah, dari berfikir. Bagiku, kita sendirilah yang bertanggungjawab terhadap kegembiraan dan kebahagian diri sendiri, bukan orang lain.Tapi kenapa bila menghadapi situasi sukar, kita harus mengorbankannya? Prioriti adalah perasaan kita sendiri. Walau apa pun situasi, kita harus pastikan kita berpuas hati dan gembira.

    Aku tahu mungkin ramai yang merasakan  pendapat ini 'hanya mementingkan diri sendiri' dan selfish. Tapi aku tak setuju. Kerana apabila kita berpuas hati dan gembira, lebih mudah untuk kita membantu orang lain kerana kita sudah stabil dengan emosi sendiri.

    Aku percaya jika semua orang bertanggungjawab terhadap kegembiraan masing-masing, dunia akan menjadi lebih baik. Tiada lagi menunding jari menyalahkan orang lain. Kita akan menjadi lebih mudah membantu orang lain. Adakah ini 'selfish'?

    Memikirkan kegembiraan orang lain adalah baik dan manis, tetapi ia tetap prioriti kedua. Dalam segala hal, top prioriti adalah masih diri sendiri.

    Contoh : seorang pelajar kedoktoran kelihatan sungguh selfish, kerana 24 jam sehari hanya belajar, belajar dan belajar sahaja. Pergi kenduri pun tidak, apatah lagi berparti dan lepak. Kelihatan hanya pengajiannya sahaja yang penting. Tapi selepas 6 tahun, dia mendedikasikan seluruh hidupnya untuk berbakti kepada masyarakat. Adakah dia seorang yang selfish?

    Kesimpulan; 'selfish' terhadap kebahagaian/kegembiraan/kejayaan diri sendiri adalah asas kepada kontribusi kepada masyarakat secara amnya.



    "I don't know the key to success, but the key to failure is trying to please everybody. "