Sabtu, 8 Disember 2012

58 - Haruskah saya mengumpul email?

Saya akui saya berasa sungguh malas untuk memikirkan tentang email list. Tapi mana-mana saya pembacaan saya tentang laman web yang berjaya secara komersial, mereka menekankan betapa pentingnya mengumpul email peminat, berbanding FB Like, YouTube Subscribers, mahupun Twitter followers. Mengapa ya?

Saya tidak pasti mengapa (kerana tidak pernah merasai hasil kutipan email yang memberi keuntungan), apa yang saya tahu, kita tidak perlu bergantung kepada platform lain untuk berinteraksi bersama prospek/peminat ini. Ini faedahnya yang nyata.

Selain itu, saya sendiri pun tidak tahu. 

Sebenarnya, bukan kerana ia tidak efektif, tapi saya sendiri kurang mengenal siapa prospek saya. Adakah peminat, penyanyi, pengkarya? Tiada fokus di situ. Malahan saya lebih gemar berinteraksi di FB kerana ia lebih efektif dan respon lebih cepat. Sampaikan saya pernah berasa buang saja sistem email dalam laman web sajakiri.com. Entahlah.

Mungkin saya harus melakukan pembahagian jenis email mengikut pengkelasan : penyanyi, pengkarya dan peminat.

Mungkin banyak kerja sikit, tapi pengkhususan ini membuatkan saya lebih fokus, dan memberikan mereka yang perlu sahaja.

Tapi saya kurang berminat dengan kerja admin sebegini, apatah lagi menulis untuk mereka yang pelbagia kategori. Terasa agak bebanan, memandangkan fokus saya adalaha untuk menerbitakan muzik. Bagaimana? Haruskah saya memilih satu fokus sahaja?

Erm, bagaimana dengan fokus ke luar, maksud kolaborasi?


Ahad, 2 Disember 2012

57 - Fokus Untuk Servis

Hasil dari entri terdahulu, saya mengalami anjakan paradigma yang dinamik. Saya bersyukur kerana Tuhan memberikan saya idea ini.

Apa matlamat saya secara spesifik?

Saya mensasarkan pendapatan  angka terlebih dahulu, jadi saya harus mendapat 4 atau 5 angka sebulan (pendapatan termasuk tuisyen).

Berapa harga satu projek? 
RM2,579. Marginnya melebihi 100%, kerana upah saya sebagai produser.


Bagaimana untuk saya mencari  projek sebulan?

  • Saya harus mensasarkan 10 projek Saya harus lebih agresif dalam menggunakan FB ads.
  • Landing page saya lebih harus kelihatan profesional
  • Untuk penjenamaan, pertandingan Sajakiri Vokal akan diteruskan 3 bulan sekali.
  • Saya harus teruskan menemuramah penggiat muzik tempatan, sebagai pendedahan.

Jadi siapakan audiens saya? Bagaimana untuk mensasarkan mereka?
Ini bukan mudah kerana terdapat 2 golongan ,
  1. penggiat muzik
  2. peminat muzik
Perlukah saya memberi mereka layanan yang berbeza? Bagaimana? Ini soalan sukar.

Bagaimana jika 'beza'kan mereka?


Tukar Tajuk : Jadi apa displin baru saya?

  1. Target untuk memperolehi  5 job sebulan. Saya kena affirmationkan setiap malam sebelum tidur. Umpama doa.
    Saya akan sediakan satu worksheet dan framework untuknya, sepertimana saya menguruskan kerja tuisyen saya.
  2. Target untuk mempunyai SATU demo seminggu. Ini sekadar demo ringkas. Juga satu cabaran untuk saya kerana saya seorang yang cerewet. Untuk membuat demo yang ringkas adalah sukar bagi saya. Juga perlukan worksheet dan framework

Ini sajalah yang saya terfikir setakat ini. Jom mula!




Sabtu, 1 Disember 2012

56 - Myers Briggs

Saya ada membuat ujian personaliti Myers Briggs. Dan saya ada membeli matlumat premium tentang profil saya, iaitu INFP di http://theintuitivemusician.com.

Karakteristik pemuzik INFP adalah :


INFPs are often great songwriters with a natural talent for expressing emotion through words. They usually prefer creative control and are often singer/songwriters, solo artists and band leaders.

Strengths

  • Authenticity
  • Listening
  • Seeing possibilities
  • High standards
  • Creative songwriting
  • Self expression

Weaknesses

  • Difficulty with technical/logical thinking
  • Not dealing with conflict rationally
  • Need to control/difficulty delegating

Saya boleh katakan hampir 100% betul. Musisi terkenal yang mempunyai profil yang sama adalah Bob Dylan.


Apa yang paling saya tertarik dalam profil ini adalah 'Weaknesses' saya. 

Taking jobs that require extended periods of logical thinking. This will drain your energy.

Ini umpama tamparan hebat untuk saya. Walaupun pedih, tapi ia memberi kelegaan pada saya. 


Selama ini saya selalu mempunyai dilema, samada untuk arenj lagu sendiri (dimana ia lebih jimat), atau mengupah arenjer lain. Kerana saya berasa 'saya sendiri pun boleh arenj', jadi mengapa harus mengupah orang lain?


Pada dasarnya, nampaknya begitulah. Saya boleh jimatkan kos. Tapi untuk jangka masa panjang, ia boleh membuat mental saya penat, kerana 95% masa saya dihabiskan di situ saja. Sedangkan kekuatan utama saya adalah mencipta lagu.


Jadi, apa yang harus saya lakukan?

Apabila mendapat projek, saya akan menyusun rangkanya terlebih dahulu. Sebelum menghantar kepada arenjer. Apabila dia siap, saya akan teliti kembali dan edit, untuk memberikan sedikit sentuhan dan signature saya. Sebelum saya serahkan kepada JD untuk mixing.


Apa kesannya kepada saya?


  • Saya berasa sungguh, sungguh lega kerana bebanan telah dialih dari dada saya. Jadi saya boleh fokus kepada kekuatan dan kesukaan saya, yeay!
  • Bukan itu saja, saya boleh fokus kepada pemasaran. Ini umpama saya sudah punyai tim sendiri.
  • kerja lebih pantas disiapkan, dimana saya boleh membantu lebih ramai orang,
  • menghampiri matlamat untuk memperolehi pendapatan RM20,000 sebulan.




Khamis, 29 November 2012

55 - Cita-cita saya dalam masa 5 tahun

We make a living by what we get. We make a life by what we give.
Kebanyakkan daripada kita hanya memikirkan apa yang kita hendak, tanpa memberi perhatian apa yang kita mahu beri. Termasuklah saya.


Apa yang saya nak?


Keinginan saya tidaklah besar mana. Sekarang pun saya sudah cukup gembira dengan apa yang ada. Cuma impian saya adalah untuk
  • memiliki/membeli rumah yang saya diami sekarang ini
  •  menaik taraf pendapatan saya ke (sekurang-kurangnya) RM20,000 sebulan, agar saya boleh menampung famili saya seadanya.
Itu saja impian saya dari segi material.


Apa yang ingin saya beri?

  • Perkhidmatan penerbitan muzik saya, serta lagu ciptaan saya. Dan membantu mereka yang memerlukan khidmat saya dalam rakaman muzik.
  • Ingin terus mengajar AddMath secara kelas, atau di rumah. Disamping memajukan pusat tuisyen saya, Pulau Ilmu.
Saya masih bercita-cita tinggi. Ingin menjadi komposer bertaraf dunia. Tapi bila saya menukar slogan saya, menjadi 'bukalah Cubase setiap hari', saya berasa lebih sesuai.

Adakah saya perlu bekerjasama dengan Rafik? Apa yang saya inginkan? Bekerjasama dengannya menjadikan saya lebih relaks, dan fokus kepada kemahiran sebenar saya, iaitu mencipta lagu. 

Apa yang saya khuatirkan? Jika tiada ramai mahukan servis saya. Tapi, berapa ramai yang saya mahukan? Apakah workflow saya? Apa keistimewaan saya? Bagaimana saya boleh membuat MOU bersama tim saya?

Apa yang benar-benar saya mahukan?

Jumaat, 23 November 2012

54 - Pasca AddMath SPM 2012

Hari ini menandakan saya memasuki musim baru dengan lebih bersemangat. Saya menulis ini dengan tiada apa-apa idea atau isu yang spesifik. 

SVM1 akan melabuhkan tirai, kurang 2 minggu dari sekarang. Saya akan memuktamadkan tawaran pasca-pengundian kepada bekas finalis.

  • Harga tawaran RM1,000
  • Tarikh tutup tawaran ; sebulan dari tawaran
  • Bayaran ansuran dibenarkan. Cadangan RM250 sebulan x 4 bulan.
'Take it or leave it'.

Saya akan mengingatkan mereka tentang kelebihannya;
  1. produksi saya boleh mencecah RM5,000 sebuah lagu
  2. hanya terbuka kepada finalis SV, dengan masa yang terhad
  3. peluang bekerja dalam suasana profesional, juga hasilnya.
  4. siap dengan video klip lagi
  5. sebagai batu loncatan/sepak mula kerjaya sebagai penghibur

Isu : Lagu Sama

Ini adalah penghalang utama untuk mereka. Perlukah saya membenarkan mereka menukar lagu, atau berkeras dengan lagu itu saja? 

Bagaimana?

Jika prinsip 'take it or leave it', bukankah akan menyebabkan saya kehilangan prospek?

Saya akan pujuk mereka dengan :
  1. peluang untuk mendapat pengalaman bekerja di studio dengan suasana profesional
  2. single nyanyian finalis lain itu 'tidak semestinya' meletup di pasaran, semestinya bergantung kepada usaha sendiri.
  3. lagu sama, penyampaian berlainan, akan membawa impak yang berlainan.
  4. Apdet : Mungkin sedikit diskaun untuk lagu yang sama?
Terpulang.


Ubah Topik : Saya ingin menjana RM20,000 sebulan demi keluarga saya.

Saya tidak perlu fikirkan caranya, cukup sekadar mengekalkan displin. Itu saja. Di situlah segala keajaiban boleh berlaku.


Pasukan produksi.

Selain JD dan Rafik, saya perlukan seorang lagi 'assistant arranger'. Ini untuk melancarkan lagi flow kerja saya,


Bee Song

Idea terbaru : Berkerjasama dengan Cromok : ie Sam, Karl dan Shah Ziri. Terbitkan lagu berkenaan Palestin. Jual I-tunes, dan beri separuh hasilnya kepada tabung Palestin. Wah ambitious giler hehe.


Lynnzay ingin membuat produksi lagi bersama saya. Ini bukan saja baik dari segi pendapatan, malah peluang saya untuk mendapat reputasi baik, sepertimana saya bermula dalam bidang tuisyen ini juga.



Khamis, 22 November 2012

53 - Pakej RM3,000, RM5,000 dan RM7,000

Saya boleh bahagikan kepada 3 pakej. Cuma ada satu isu : "ada ke orang nak?"

Ini mungkin kes biasa. Self esteem. Tapi saya tidak mahu fokus di situ. Saya berasa teruja dan profesional apabila caj sebegini.

Apa yang saya tawarkan? Apa beza diantara pakej berikut? Entahlah, saya ada sedikit sebanyak idea, tapi tidak begitu jelas lagi.

Rancangan 2013 saya.
Saya ingin memperuntukkan hanya 4 jam sehari untuk mengajar tuisyen, dan hanya 5 hari seminggu. Setelah menghantar Sofea pada pukul 9 pagi, saya akan berjoging selama 20 minit. Tutup FB, dan buka Cubase. Dari pukul 10 pagi ke pukul 3 petang, 5 jam saya akan fokus hanya kepada penerbitan muzik.

Purata satu lagu
Saya akan simpulkan setiap produksi saya bernilai RM5,000. Dari blog ini, saya mendapat inspirasi bahawa nilai karya seni adalah sangat subjektif. Ia tidak bergantung kepada berapa jam, atau sofistikatednya alatan, atau kompleksnya ia. Ia bergantung kepada perasaan klien kepada karya kita. Itu saja.

Dari sinilah saya mendapat keyakinan untuk caj dengan harga premium sebegini. Kerana sebelum ini saya terlalu fikirkan tentang harga pasaran, alatannya, karya saya yang masih tiada nama dan sebagainya. Terpulang kepada klien untuk merasakannya.

Kalau mereka berasa ini, mereka boleh cari komposer lain. Ini di luar bidang kuasa saya.

Bagaimana jika tiada orang yang mahu?
Saya tidak perlu risau yang ini. Saya hanya perlu fokus mencari mereka yang mahu.

Bagaimana? Cukupkah dengan hanya menanti?

  • Promosi dengan FB Ads
  • Promosi dengan Sajakiri-Vokal
  • Hanya target SATU projek setiap bulan.
  • 'Miracle'
Haha, saya tahu untuk memperolehi miracle . Saya kena sediakan 'ruang' untuk nya, dana kekalkan displin Cubase setiap hari!

Amin, inilah evolusi saya dan Sajakiri seterusnya.

Selasa, 20 November 2012

52 - Cromok dan Lynnzay

Ok. Cukup-cukuplah dengan Sajakiri - Vokal. Kita teruskan hidup dengan projek-projek penerbitan muzik.

Sejak saya cuba mengekalkan displin dengan membuka Cubase SX setiap hari, banyak dan semakin berkembang idea muzik saya. Bukan itu saja, malah kemahiran saya menggunakan perisian itu menyebabkan saya semakin rajin untuk menerima job penerbitan muzik secara profesional dan serius.

Sekarang saya sedang membangukan projek lagu metal, iaitu "Bee Song" (nama sementara). Ini memberikan saya 2 idea besar, sama ada :

  1. berkolaborasi bersama Cromok,
  2. atau mencari penyanyi/pemain gitar lead secara pertandingan.
Saya masih tidak pasti yang mana, kedua-dua pilihan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Lagu sudah 30% siap.

Insyallah Januari ini, seorang artis wanita yang bergerak secara indie, meminta bantuan saya untuk menyiapkan lagu ciptaannya yang berjudul 'Selalu Ada". Namanya Lynnzay.

Lepas siap Bee Song, inilah fokus saya seterusnya.


Jadi bagaimana jadual saya pasca 20 haribulan ini? Apa fokus saya? Cukupkah dengan hanya 4 jam kelas sehari? Berapa projek produksi yang saya mahukan?

Semua ini sukar dijawap. Tapi apa yang pasti saya harus mengekalkan displin dengan membuka Cubase setiap hari. Itu saja yang perlu saya tahu. Semuanya akan 'fall into places', insyallah.


SajakirInterview : saya harus terus belajar dan membina rangkaian. Inilah cara yang terbaik. Harus displin melakukannya, sekurang-kurangnya 2 bulan sekali.


Projeksi : Ini sukar dikira. Tapi saya harus mengubah harga produksi menjadi sekurang-kurangnya RM3,000. Baru best! 

Ini membuatkan saya semakin bersemangat untuk mensasarkan sekurang-kurangnya 2 job sebulan. 

Ok tak kalau kita dapat RM6,000, kos hanya RM1,000?

Isnin, 19 November 2012

51 - Pasca Keputusan : Detail

Sebaik saja tarikh pengundian tamat, kita akan ada pemenang rasmi pada setiap musim. Saya terus bawa baki mata kepada FB grup baru : Finalis M1. Saya akan buat tawaran rasmi untuk mereka ini. Mereka boleh keluar dari grup ini, tanda tidak mahu menerima tawaran ini. Saya akan mengesahkan sekali lagi dengan mereka secara peribadi untuk memastikannya.

3 bulan ini hanya untuk mereka membuat keputusan. Rakaman boleh jadi selepas itu. Tapi, pada pemikiran kedua, elok juga jika rakaman itu dibuat dalam masa 3 bulan ini. Senang. Selesaikan semua. Jadi, bagaimana? Ini cadangan saya :

  1. keputusan mesti dibuat dalam masa sebulan.
  2. rakaman dan bayaran mesti selesai dalam masa dalam masa 3 bulan ini.


Adakah ini baik dari segi impak? Apa harapan saya?

Terus terang, saya ada merasai sedikit bimbang jika masa terlalu pendek untuk mereka membuat keputusan. Jika 3 bulan, mereka akan mempunyai masa untuk menaja secara perlahan-lahan dan menambah YTL. Bagaimana?

Saya rasa, begini :
  1. mereka bolah bayar ansuran dalam masa 3 bulan, tapi keputusan hendaklah dibuat dalam sebulan pertama.
  2. untuk mengelakkan undian tipu untuk YTL. Apdet : YTL tidak akan dikira selepas tamat tarikh pengundian.

Jadi, hanya sebulan untuk mereka membuat keputusan?

Insyallah. Nampaknya begitulah.

Saya tidak boleh terlalu fokus pada jumlah semata-mata, hanya mereka yang benar-benat berkehendakkan saja.


Lagipun fokus utama saya adalah produksi muzik bernilai RM3,000 satu projek.

Jadi, saya akan berhempas pulas pada bulan pertama, memujuk mereka sebaiknya, siap dengan pengiraan untuk ansuran dan segala kelebihannya.


Kesimpulan

Saya hanya boleh tunjukkan pintu, hanya mereka sendiri yang membukannya. Saya kena buat ikhlas.

Rabu, 14 November 2012

50 - Apa Faedah Untuk Finalis Lain?

Pada pos lalu, saya mencadangkan agar finalis yang tidak bergelar juara diberi hadiah istimewa, iaitu mereka tetap boleh merakamkan single, dengan melengkapkan markah mereka menjadi 500. Dalam masa 3 bulan, setelah tarikh tamat pertandingan. Menarik, bukan?


Tujuan saya adalah :

  1. memberi mereka peluang, setelah penat lelah berjuang meraih undi, serta pada yang membayar tajaan,
  2. merancakkan karya 'finalised' hasil daripada Sajakiri - Vokal
  3. saya dapat meraih sedikit duit poket sebagai pusingan modal

Kenapa mereka harus mengambil peluang ini: 

  1. mereka berpeluang merakam single secara profesional dengan harga yang murah, iaitu kurang daripada RM1,000. Kebiasaannya harga saya adalah RM3,000 ke atas, per lagu.
  2. Rakaman ini boleh dijadikan perintis untuk mereka melangkah lebih jauh dalam bidang nyanyian.
  3. dapat merasai pengalaman merakam suara dalam suasana profesional.
  4. kami bukan saja memberi harga istimewa, tapi tempoh masa sehingga 3 bulan untuk mengumpul YTL dan tajaan.
  5. Kami akan menyediakan kemudahan ansuran bayaran jika ada finalis yang benar-benar hendak, tapi ada kengkangan modal.

Bagaimana jika ada finalis yang ingin menukar lagu? Mereka tidak berpuas hati dengan lagu yang sama dengan finalis lain. Mereka mahukan lagu original. Macamana nak handle?

Maaf, ia hanya valid untuk lagu tersebut sahaja. Saya tidak galakkan mereka untuk mereka menukar lagu. Kerana itulah adanya pilihan untuk tidak mahu membuat rakaman. Ini mungkin limit saya.

Idea : boleh buat tambahan sebanyak RM500 jika ingin menukar lagu lain.


Adakah 3 bulan mencukupi?

3 bulan ini adalah masa lanjutan yang diberikan untuk mereka memikirkan sama ada mahu mengambil peluang ini ataupun tidak. Segala tajaan dan YTL boleh diambil kira pada peringkat ini. Hanya markah juri profesional saja tidak boleh diubah.

Target saya?

Sekurang-kurangnya seorang yang mengambil peluang ini.

Selasa, 13 November 2012

49 - Revert balik ke asal

Setelah ditanya oleh Mamat, 2 hari lepas, saya tidak senang duduk, dan ligat berfikir sepanjang itu, tanpa menulis blog (kerana tidak mahu diganggu flownya). Soalannya adalah;

"Bagaimana jika finalis tidak mahu merakamkan lagu sama yang telah dirakam oleh finalis lain (kerana kecenderungan memilih lagu yang sama)? "

Saya sedar saya tidak boleh memaksa mereka untuk merakamkannya. Jadi, apa yang harus saya lakukan?


Setelah 2 hari ligat berfikir, ini keputusan setakat ini:


  1. menggunakan sistem mata/markah

    YouTubeLike (1:1), Tajaan (mengikut pakej), dan Juri Profesional (1:25). Dalam setiap musim, juara terus mendapat rakaman single secara percuma sebagai hadiah. Finalis lain, saya akan mengira matanya, dan mereka harus mencapai 500 mata dalam masa 3 bulan untuk merakamkan single itu. 

    Mereka boleh:
    a) rakam segera, dengan mengira baki tajaan, dan membayarnya segera
    b) ansuran, bayaran ansuran disamping mengumpul YouTubeLike untuk menaikkan mata.
    c) tidak mahu berbuat apa-apa. Tidak apa, saya akan mengingatkan mereka setiap akhir bulan. Ingat ya, 3 bulan saja masa yang diberikan.

  2. Pada minggu pengumuman finalis, saya akan mengesyorkan, sesiapa yang membayar RM100 terawal, saya akan muat-naik videonya, untuk dipromosikan terus. Sesiapa yang tidak membayarnya, tidak apa. Cuma saya akan muat-naik videonya pada minggu seterusnya. 

    Kelebihan membayar deposit ialah disamping video mereka dimuatnaik awal, mereka akan mendapat kelebihan 40 mata. Jadi, ini akan memberi mereka tekanan sihat untuk finalis lain membayarnya. Terpulang pada mereka.

  3. Sistem Musim revert ke asal. 3 bulan. 5 finalis. Satu pemenang. Ini kerana saya merasakan sistem ini agak OK, tidak perlu dirombak besar-besaran. Lagipun, fokus saya bukan pada Sajakiri - Vokal semata, tapi pada job produksi. SV ini lebih kepada penjenamaan dan promosi.