Isnin, 31 Disember 2012

89 - Konflik Lagu Sama. SV 2,0

Saya masih belum settle dengan kes jika finalis A memenangi dengan lagu yang sama dengan finalis B. Mengikut sistem, finalis B masih boleh berjuang pada bulan berikutnya. Tapi, takkan dengan lagu yang sudah menang?

Opsyen 1 : Finalis B boleh memilih lagu lain, dan YTL dan baki depositnya masih sama.

Opsyen 2 : Finalis B boleh memilih lagu lain, baki depositnya sama, tapi YTL nya direset.

Opsyen 3 : Boleh sambung lagu yang sama.

Opsyen 4 : Refund sepenuhnya.


Antara 4 opsyen ini, manakah yang terbaik untuk semua orang?


Opsyen 1 
Pro : Ini bagus untuk mengurangkan kemungkinan direfund.
Kon : Mungkin menidakkan peluang peserta baru yang lebih bagus.


Opsyen 2

Pro : Mencerahkan peluang peserta baru, jika mereka lebih baik.
Kon : Kemungkinan direfund daripada peserta lama adalah lebih tinggi.



Opsyen 3
Pro : Menimbulkan ketidaksenangan pada pihak yang memenangi lagu tersebut.
Kon : Memudahkan kerja saya.


Opsyen 4
Pro : Sangat, atau terlalu telus dan jujur.
Kon : Kurang bijak, disamping banyak kerja.


Jadi, yang mana satu?
Opsyen 3 dan 4 dibuang. Tinggal 1 dan 2. Bagaimana ya?

Saya berasa elok juga jika Opsyen 1. Bukan saja bagus bagi pengaliran tunai, tapi ia mengajar makna ketabahan (perseverance), bukan hanya bergantung kepada bakat dan karisma semata.

Tapi, adakah ianya adil?
Kerana semestinya saya ingin mencari penyanyi yang terbaik. Rasanya Opsyen 2 lebih baik, walaupun ada sedikit kebodohan, iaitu risiko refund lebih besar.

Bagaimana jika separuh?
Komplikated pula. Atau, biarlah diorang nak refund?

88 - Sajakiri Vokal Tajaan : Apa Impak pada saya?

Sukar untuk saya bayangkan. Semudah ini saya berubah. Tapi hidup harus diteruskan.


Ok. Apa impak pada Sajakiri Vokal Versi 2.0 ini?


  1. Saya wajib menghasilkan demo baru dalam masa 3 minggu.
  2. Alokasi RM50 pada setiap minggu.
  3. Blog di sajakiri.com boleh difokuskan pada pertandingan ini.
  4. Akaun yang teratur.
Erm, itu sajalah yang saya terfikir setakat ini.



Apa kesannya kepada komuniti di luar?

  1. Lambakkan lagu ciptaan saya di sana-sini.
  2. Pertandingan ini akan tersebar dan menjadi buah mulut orang ramai diatas keunikkannya.


Mula dari bawah, dan hadkan 'growth'.


Saya memang sengaja untuk menghadkan 'growth' agar tidak menjadi terlalu cepat; dengan hanya membuatnya sebulan sekali, dan tidak membenarkan finalis membayar lebih daippada Harga Tawaran.

Bukan itu saja, untuk menjaga nama baik Sajakiri Music, saya akan refund 100% deposit mereka, tanpa soal, dan video mereka akan di delete serta-merta. Ini untuk mengelakkan ketidak puasan hati, dan kontroversi berpanjangan.



Perasaan saya


Walaupun saya mengimpikan pendapatan lumayan, tapi saya lebih teruja untuk pergi ke studio setiap bulan dan membuat rakaman. Itu saja yang benar-benar saya enjoy.



Tapi mengapa tidak mula dengan jumlah lebih besar, seperti RM500?


Ini diantara dilema saya. Saya tidak pasti mengapa harus saya mula dari serendah RM100. Mungkin saja bikin gempak. 

Tapi apa yang pasti, kalau pertandingan ini mendapat sambutan, saya akan mendapat kusyen tunai yang empuk juga.






Ahad, 30 Disember 2012

87 - Sajakiri Vokal - Revisited

Ketika saya sudah mula pasti untuk memulakan harga premium yang dibincangkan sebelum ini, tiba-tiba menerjah idea baru di minda saya : Sajakiri Vokal - Tajaan.

Konsepnya sedikit berbeza dari asal. Tiada undian YTL dan Undi Pro, yang ada hanya Tajaan.


Wow, macamana tu? Tanya anda.

Flownya sebegini :

  1. iklan FB seperti biasa.
  2. yang berminat muat-turun minus one, dan upload YouTube seperti biasa.
  3. saya akan menilai dan memilih yang mana saya berkenan
  4. yang terpilih dikehendaki membayar RM100 untuk layak.
  5. masukkan dalam pool yang terpilih.
  6. sesiapa yang sampai ke harga tawaran akan dapat merakamkan single.

Nota Penting
  1. tiada tarikh tutup.
  2. peserta boleh refund duit pada bila-bila masa.
  3. peserta hanya boleh menukar lagu apabila lagu dipilih (oleh orang lain) dirakam.
  4. peserta hanya boleh menaja hanya RM50 minima.
  5. lagu single menjadi hak milik peserta hanya setahun, sebelum dipakai balik.

Mengapa idea ini timbul;
  1. konsep Sajakiri Vokal adalah konsep yang baik kerana mendapat sambutan. Sayang jika tidak digunapakai.
  2. niat utama saya adalah untuk membantu penyanyi amatur memiliki lagu sendiri.
  3. saya boleh membentuk grup elit Sajakiri Vokal yang dicadangkan sebelum ini.
  4. saya berasa bebas, kerana boleh berkarya sepenuhnya.
  5. menarik untuk melihat sejauh mana kita boleh pergi setelah bermula dari bawah, Mamat RM100.

Sabtu, 29 Disember 2012

86 - Sistem Affliate : Premium

Kini saya masih bereksperimen dengan harga 3k, 5k dan 7k. Walaupun ini agak tinggi dari rancangan asal saya (2k, 3k dan 5k), saya berasa lebih tenang (surprisingly). Ini kerana saya berasa saya memaksimumkan potensi pendapatan saya.

Ini memotivasikan saya untuk bekerja lebih bijak, berjumpa dengan orang yang betul dan membuat sistem affliate dengan 'kelas' sekali.


Bagaimana?

Saya akan iklankan di bawah menu itu. Dan sesiapa boleh 'apply' dan syarat emasnya :

  1. pendapatan sekitar 25% daripada harga
  2. komisen dibayar berkadaran dengan jumlah dibayar. Saya harapkan ini dapat menggerakkan enjin pemasaran saya dengan efektif sekali. Saya bercadang untuk berjumpa muka ke muka dengan bakal affliate saya. Mungkin juga saya perlu lebih fokus untuk mencari affliate yang sesuai, berbanding mencari bakal klien, kan?

Temuramah

Saya juga bercadang untuk bertemu tokoh muzik tempatan sekurang-kurangnya sebulan sekali.


Platform berubah ; saya akui, saya mengalami anjakan paradigma lagi. Saya tidak mahu lagi bermain dengan selamat. Saya mahu menghasilkan muzik yang hebat.


Demo

Saya juga perlu menghasilkan demo yang profesional tapi ringkas.



Market

Saya ada juga terfikir juga adakah saya 'membunuh' market kecil jika saya caj harga premium sebegini. Mungkin juga. Saya ada terfikir 'dah la punya susah nak cari klien sebelum ini, inikan pula mahu cari yang sanggup membayar premium? Bukan ke bodoh?

Inilah sebabnya saya sanggup menawarkan komisen RM1,500, RM1,000 dan RM750.

85 - Sajakiri Tribe

Seharian saya berfikir apa niat utama saya untuk membuat penerbitan muzik ini. Adakah kerana duit, populariti, kepuasan atau luahan kreativiti semata? Saya sedang simplified semua ini supaya ia jelas dan saya boleh fokus.


Tribe


Perkataan ini muncul dan menangkap perhatian saya ketika melayari internet pagi tadi. Apa itu tribe? Kenapa saya terlekat? Tribe adalah satu kumpulan kecil yang kuat yang biasanya diketuai oleh seseorang yang berpengaruh.


Apa relevannya dengan Sajakiri Music?


Relevannya sangat jelas, iaitu saya ingin jadikan bakal klien saya sebagai ahli tribe saya. Ini sangat bermakna bagi saya. Kerana mewujudkan tribe adalah lebih memotivasikan saya dari hanya sekadar duit, populariti, kepuasan dan luahan kreativiti semata.


Jadi, idea saya sekarang : Bagaimana untuk saya implemen? Perlukah saya fokus pada kuantiti, atau pada  kualiti? Bagaimana? Perlukah saya buat balik sistem +100 seperti sebelum ini? Atau perlukah saya 'kosongkan' caj produser?

Ini kerana saya merasakan sistem +100, dimana saya akan membentuk Sajakiri Elit dan Sajakiri Sahabat adalah bertujuan membentuk tribe pada jangkamasa panjang. Tapi bagaimana dengan idea affliate sebelum ini? Bagaimana jika kombinasikan kedua-duanya sekali?

Secara jujurnya, saya ada berasa untuk kembali kepada sistem +100 ini.  Kerana saya percaya untuk jangkamasa panjang, ia lebih menarik kerana orang ramai boleh lihat bagaimana saya naik sikit demi sedikit. 

Tapi pada masa yang sama, melepaskan idea affliate juga satu kebodohan besar saya rasa.


Jumaat, 28 Disember 2012

84 - iOS atau Android

Ini bukanlah mengenai perisian komputer. Tapi masih mengenai flow kerja saya kelak. Terdapat 2 konsep utama ; tertutup (iOS) dan terbuka (android). Mana satu ya?


Tertutup : Saya sendiri yang menyusun lagu. Jadi para agen bebas mempromosikan lagu sana-sini. Dan mereka akan meraih komisen jika berjaya. Mungkin saya boleh berikan link rahsia.

Pro : pendapatan saya lebih banyak, dan saya mempunyai kuasa penuh pada karya saya itu.
Kon : mengambil masa yang agak lama, dan susunan lagu mungkin agak kurang varisasi.



Terbuka : Saya hanya berikan demo pada arenjer, dan terpulang kepada mereka untuk bagaimana untuk mempersembahkan kepada prospek. Pendapatan mereka berganda, komisen dan upah menyusun lagu sekali.
Pro : Saya berasa cara ini lebih memotivasikan mereka, kerana mereka dapat 'involve' dan menyumbangkan idea mereka dalam pengkaryaan. Bukan itu saja, malah saya lebih relaks, mudah dan pantas. Hanya perlu fokus kepada penciptaan demo dan mencipta lagu sahaja.
Kon : Saya hilang sedikit kawalan pada karya saya sendiri. Dan pendapatan saya menurun kerana tidak menyusun lagu.


Keseluruhan, mana yang lebih baik? Munngkin juga yang harus saya fikirkan ; SAYA TIDAK PERLU TAMAK. Tak kisahlah bagaimanapun, yang penting lagu ciptaan saya mempunyai tuannya sendiri dan tersebar luas.

Penjenamaan Sajakiri Music dan pendapatan royalti lagi. Ini lebih penting daripada sekadar 'producer fee' tadi kan?

Terimakasih atas pendapat ini. Saya perlukan masa untuk refleks di atas peluang ini.


Khamis, 27 Disember 2012

83 - Dunia Ini Luas

Setelah menghubungi Syahir (arenjer) untuk menanyakan pendapatnya tentang affliate ini, beliau begitu teruja. Begitu juga dengan saya. Kami sama2 teruja.

Mengapa beliau teruja : kerana saya menawarkan 2 pendapatan untuknya, komisen dan menyusun lagu. Mengapa saya teruja : kerana idea ini boleh diterimapakai.


Formulasi Harga
Sekarang ini saya sedang bertungkus-lumus untuk memikirkan harga terbaik untuk semua pihak ; klien, arenjer, agen dan juga saya sebagai produser. Ada beberapa opsyen, saya tidak pasti manakah yang terbaik. 

Sebelum itu, saya harus tentukan 'flow kerjanya' terlebih dahulu. 2 jenis flow: 

  1. Saya sebagai arenjer
    Saya sendiri yang menyusun lagu, dan mengambil masa selama  3-4 minggu untuk menyiapkan satu lagu. Faedahnya boleh menjimatkan bayaran arenjer. Saya hanya memberikan komisen pada agen.

  2. Saya hanya menyediakan Demo Kasar
    Yang baiknya, kerja menjadi lebih cepar (seminggu satu/dua lagu), dan menyerahkannya kepada arenjer untuk menyusun dan mempromosikannya. Dan pendapatan arenjer adalah lebih lumayan.


Kuantiti atau penjimatan?


Mana satu lebih penting untuk saya? Ini soalan sukar.

Bagaimana jika saya mahu kedua2nya? Contoh saya mahu mereka menyusunnya, dan mereka sendiri yang menetapkan harganya. Mungkin kita boleh kira dalam peratusan.

Dalam buat pengiraan ini, saya harus mengambil kira orang yang paling penting ; SAYA.


Tapi bukankah penjenamaan adalah segala-galanya?

82 - Sistem Affliate : Keburukkanya

Tiada masalah dengan sistem ini. Saya cuma mahu berfikir dengan lebih kritikal.


  1. Harapan menjadi lebih tinggi.
    Saya mengharapkan komisen menjadi motivasi utama kepada para agen. Bagaimana jika mereka menjadi kurang motivasi? Solusi : jangan terlalu tamak. Cukup dengan mensasarkan sekurang-kurangnya satu projek setiap bulan.

  2. Hilang momentum.
    Bukan itu saja, malah momentum para agen akan hilang, jika tidak dimotivasikan. Mungkin duit bukanlah faktor utama, tapi lebih kepada kepercayaan kepada karya itu sendiri. Bagaimana? Solusi : Hasilkan demo berkualiti tinggi. Pastikan juga lagu best. Mungkin saya perlu fokus untuk menghasilkan demo terbaik, bukan sekadar demo kasar.

  3. Jika tiada hasil dalam masa 2-3 bulan, saya akan kecewa dan tukar strategi lagi. Saya boleh bayangkan bagaimana saya mengubah strategi lagi dan lagi. Solusi : Ini agak sukar. Saya sendiri tidak pasti sama ada saya akan meneruskan ia. Kecuali jika berjaya mendapatkan job. Saya sendiri tidak ada cara lain, selain memotivasikan diri sendiri, dengan mengingatkan saya tentang kelebihan affliate ini.


Kelebihan Affliate

Selain daripada apa yang ditulis dalam entri lepas, kelebihan yang paling besar adalah 'Fikir Besar'. Saya boleh bercita-cita besar, dan impian saya untuk mencapai pendapatan 5 angka semakin dekat. Dan untuk menjadi komposer sepenuh masa.

Bukan itu saja, malah saya juga berpeluang bekerjasama dan menjalin hubungan bersama rakan affliate semua. Ini tanggungjawab besar, dan saya harus bersedia kerana cita-cita saya juga besar.

Kini Sajakiri Music berevolusi lagi. Ke peringkat seterusnya.

Rabu, 26 Disember 2012

81 - Sistem Affliate

Saya pernah menulis tentang ini dulu. Tapi kini idea ini muncul kembali, ketika saya sedang bertungkus-lumus menyiapkan sistem borang. Mengapa sistem affliate ini baik?

  1. saya akan mempunyai tim pemasaran yang automatik, dan benar-benar percayakan produk saya.
  2. saya boleh caj dengan lebih mahal. Memberi saya motivasi untuk menyerlahkan lagi lagi kualiti hasil kerja saya.
  3. Fokus : saya boleh menumpukan 100% terhadap penghasilan ciptaan karya terbaik.
  4. berkongsi hasil pendapatan dengan pihak ketiga.
  5. menghasilkan 'riffle effect', dan sinergi dalam tim ini.

Kini saya semakin jelas dengan cita-cita saya. Sebelum ini, saya ingin menjadi komposer bertaraf dunia. Walaupun ini baik, tapi ia kurang jelas. Kini saya menukar cita-cita saya menjadi 'komposer sepenuh masa'. Ini lebih jelas dan spesifik. Saya lebih bermotivasi dan berkeyakinan untuk mencapainya.

Pendapatan minimum haruslah menyamai gaji bulanan saya sekarang. Sangat jelas.


Apa kaitannya ini dengan Sistem Affliate?

Kaitannya, saya ingin jadikan servis penerbitan muzik ini satu kerjaya yang profesional dan serius. Oleh kerana itu, sudah sampai masanya saya berkerja dalam pasukan. Dan buat permulaan, saya perlukan tim pemasaran.

Idea saya setakat ini : saya ingin rakan affliate saya ini seorang arenjer juga, dimana mereka boleh makan kedua2 pendapatan, komisen dan upah menyusun lagu.

Banyak lagi yang harus saya fikirkan, terutamanya dari segi kos dan peraturannya. Saya tidak pasti akan sambutannya. Saya akui saya agak 'takut' untuk caj mahal sangat. Pakej ini pun harus saya rombak, dan tangguhkan perlaksanaannya.

80 - Fokus Pada Dalaman : Strategi Saya

Jika anda baca entri saya dari awal, anda akan nampak saya sebagai seorang yang mudah menukar fikiran.  Saya setuju. Pada masa yang sama, saya harapkan anda nampak juga yang saya selalu cuba untuk 'meringkaskan keadaan' (simplifying things). Termasuk yang ini.

Strategi saya mudah. Saya akan pos entri terbaru setiap 2 minggu. Tidak kiralah berapa kerap saya menulis, saya akan jadualkan menjadi 2 minggu juga. Juga saya cadangkan, walau apapun pos yang tidak melibatkan projek atau temuramah, letak link demo di bawahnya.

Demo : Saya berasa lega kerana ada masa 2 minggu untuk menyiapkannya. Terpulang pada saya untuk menggunakan SongFactory atau tidak,

Temuramah : juga tiada obligasi di sini. Terpulang. Asalkan rasa terpanggil, buat. Jika tidak, rilek saja.

Fb Post : untuk yang heavy punya, cukup seminggu sekali pada hari Sabtu. Yang kecil2an, hari2 pun bole.

FB Ads : saya bercadang untuk memperuntukkan USD1 saja setiap hari. Jadi bulanan adalah kurang daripada RM100. Oklah tu.


Yang bestnya tentang ini, sebenarnya saya boleh menulis apa pun, dan letak saja link demo tajaan di bawahnya. Mungkin saya boleh letakkan di dalam plugin 'every-bottom' itu.

Entahlah, boring juga ya jika terlalu fokus pada dalaman. Teringin juga untuk menulis, takkan nak menulis tentang diri sendiri saja kan.

Saya berasa kunci utama adalah demo baru setiap 2 minggu. Itu saja.

Selasa, 25 Disember 2012

79 - Fokus Pada Dalaman?

Pada pemikiran kedua, saya mempunyai idea yang lebih ringkas daripada itu : fokus pada dalaman sahaja. Apa maksudnya itu?

Ia bermaksud blog pos saya hanya menjurus kepada 2 bahagian utama; projek dan pembangunan demo sahaja. Dan berita atau pengumuman yang fokus kepada internal, berbanding luaran/eksternal.

Jadi, tiada tips, isu dan temuramah. Walaupun saya sangat sayang pada semua ini, bebanan kerja yang banyak menyukarkan fokus saya pada projek.

Tapi bagaimana dengan visi saya yang mahu menjadikan sajakiri.com sebagai hab informasi tentang ilmu muzik? Sebagai seorang guru, hati saya selalu ingin berkongsi. Tapi saya harus menerima fakta sebenar. Iaitu saya ingin menjana pendapatan melalui penerbitan muzik.


Tapi, bukankah jika berkongsi ilmu, secara tidak langsung ia akan mempromosikan Sajakiri Music? 

Saya sangat bersetuju dengan penyataan ini. Inilah niat saya terdahulu. Tapi memandangkan Sajakiri Music masih baru, pelawat 'tidak sedar' yang aktiviti kami adalah penerbitan muzik, bukan sekadar majalah online semata. Mungkin jika nama kami sudah terkenal, barulah sesuai untuk menjadi hab yang informatif, seperti mana niat saya awal tadi.


Tapi tidakkah bosan hanya fokus pada diri sendiri?
Bosan juga. Saya anggaplah inilah 'bayaran' saya untuk menjadi lebih fokus.

Apa yang saya rasa? 
Saya berasa lega, bebanan diangkat dari dada saya.

78 - Format Untuk Blog

Ketika ini saya masih bingungkan format blog untuk sajakiri.com 2013. Memandangkan prioriti saya adalah melahirkan demo baru setiap minggu, semacam ada rasa bebanan untuk menulis blog pula. Bagaimana ya?

Idea saya : tulis dengan santai dan jujur. Daripada Zainal Zulia. Tidak payah tunjuk pandai dan menjadi orang lain. Bagaimana itu? Kongsikan apa saja yang saya fikirkan sesuai. Tidak perlu menulis tips yang gempak sangat. Stay humble.

Berapa kerap? Bagaimana dengan seminggu sekali? Bagus juga. Temuramah? Sebulan sekali? Bagaimana jika hanya 2 minggu sekali? Bagus juga itu.

Tapi promosi di FB 2 kali seminggu.


Setelah hampir satu jam berfikir, ini konklusi saya :

  1. kemaskini blog hanya 2 minggu sekali. Sebab utama kerana mahu menumpukan perhatian kepada projek muzik.
  2. pos pada fb 2 kali seminggu, pada hari Selasa dan Sabtu. "Dont give a fuck". Presence dan fokus itu lebih penting dari sekadar kemas kini.
  3. Temuramah sekali sebulan.
  4. Penulisan adalah bebas, samada mengenai projek, tips atau isu.
  5. Prioriti adalah penghasilan demo. Seminggu satu.


Idea terbaru lagi : Istiqamah. Baru baca balik buku Great By Choice.
  • Minggu 1 : Prepare Demo, Post Blog
  • Minggu 2 : Post Demo, Prepare Blog

Temuramah sekali dalam masa 2 bulan / 3 minggu. Pos di FB juga cukup sekali seminggu. Saya suka dengan cara begini kerana ia lebih menenangkan. Tapi, tidakkah  ia terlalu perlahan? Betul saya setuju. Tapi ia lebih berkualiti dan lebih besar kemungkinan yang saya akan displin melakukannya, insyallah.

Isnin, 24 Disember 2012

77 - Servis, servis, servis, servis.

Saya ada terfikir untuk menulis blog hanya tentang aktiviti projek saya. Tidak kiralah tentang demo baru, atau projek baru. Hanya mengenai ini.

Tujuannya agar ia selari dengan kerja muzik saya, jadi saya tidak perlulah membuat kerja lebihan, seperti merayau di internet mencari ilham tips, isu dan berita semasa. Ia semacam pandang ke 'dalam'.

Adakah ini cadangan yang baik? Entahlah. Saya pun tidak pasti. Apa yang saya tahu, ia meringankan beban saya. Selain itu, ia membuatkan fokus saya semakin tajam. Dan harapannya, saya akan menjadi lebih efektif.

Persoalannya sekarang, adakah ia BAIK untuk pelawat baru?

Saya bercadang untuk memperuntukkan 4 jam sehari bekerja dengan Sajakiri Music. 10-12 dan 1-3. Takkanlah tiada masa langsung untuk mencari informasi, bagaimana?

Terasa seperti kosong pula, jika sekadar menulis tentang servis. Bukankah begitu?

Atau, bagaimana jika tidak perlu temuramah langsung, hanya fokus kepada 'content marketing'. Ini idea yang baik yang saya terlepas pandang. 

Bagaimana?

Bagus juga, saya boleh fokus untuk menghasilkan pos yang berkualiti. Mungkin boleh menyamar guna profile orang lain.

Tapi takde temuramah? Tak rugi ka? Mungkin boleh buat temuramah online saja ke. Lebih menjimatkan masa. Wow, idea yang menarik.

Contoh

  • M1 : Berita Sajakiri
  • M2 : Tips
  • Projek (jika tiada isu)
  • Featured Artist
Bagaimana, OK ke?

Atau bayangkan jika hanya Sajakiri Interview dan servis sahaja. Cuma kupasan lebih mendalam.

76 - Pemikiran Binari

Saya akui saya berfikir secara binari. Hitam atau putih. All or nothing. Kerana itulah saya bersetuju jika servis saya RM100 atau RM2,579. Tidak mahu tengah2.

Tapi semalam saya punyai idea untuk menaikkan harga minima menjadi RM500, saya menjadi bingung. Tiba-tiba saya terfikir, alang2 RM500, baik RM2,000 dan seterusnya. Bagaimana ya?

Baiklah. Balik kepada niat asal saya. Manakah yang lebih penting:


  1. harus segera meraih pendapatan 5 angka untuk membeli rumah ini, atau
  2. berkolaborasi bersama penyanyi berbakat dan lagu saya dinyanyikan di sana-sini.
Saya sedar saya mahu kedua2nya sekali. Bagaimana ya?


Ini idea saya semasa mandi tadi.

  1. 2 perkara saja yang penting. Cerita mengenai projek dan temuramah.
  2. Jika cerita mengenai projek berkurangan, barulah bercerita mengenai tips.
  3. Hanya perlu kemaskini sebulan sekali. Hanya perlu pos 1 artikel sebulan sekali (tak termasuk temuramah). Tapi jika cerita mengenai projek, kemas kinilah seminggu sekali, jika ada.
  4. Promosi melalui FB ads adalah kepastian. Link terus pada servis.

Pada pemikiran kedua, saya ingin jarakkan pos menjadi sekali seminggu, atau 2 kali dalam 2 minggu. Ini kerana saya harus lebih fokus kepada projek. Bagaimana itu?

Saya sukakan idea seminggu sekali ini. Tapi kemaskini hanya sekali dalam 2 minggu. Bagaimana itu?

Istiqamah. Baiklah, saya cuba implemenkan.

Ahad, 23 Disember 2012

75 - Update Terbaru

Setelah 2 hari bertungkus lumus mengemaskini Landing Page di sajakiri.com, kini ia sudah hampir 70% siap. Saya begitu teruja untuk menyiapkannya dengan kadar segera. Love it!

Perubahan besar : Harga minima untuk Sajakiri Elit saya naikkan ke RM 500 (sebelum ini hanya RM 100).


Saya tidak pasti kenapa. Kemungkinan besar saya 'agak yakin' dengan kemampuan laman ini menarik minat orang ramai, tidak perlu bertaruh dengan 'harga murah' semata.

Semestinya, saya lebih bermotivasi. Dan kenaikkan RM100 selepas satu projek masih ada.

Oleh itu, saya lebih teruja untuk membuat pos 'content marketing', samada pos tips yang berguna, dan temuramah bersama tokoh muzik.

Saya tidak pasti sekerap mana. Bagaimana jika seminggu sekali?


Soalan2 saya.


Apa harapan saya? Saya tetap merasakan jalannya tidak mudah. Saya harus menetapkan matlamat yang spesifik.

Bagaimana jika saya temuramah tokoh setiap bulan? Atau saya ubah format temuramah menjadi 2 bahagian?

Berapa kerapkah blog pos saya?  Cukupkah jika tangkap email dalam bentuk tawaran servis semata? Bagaimana jika pelawat hanya ingin melanggan?

Bagaimana harus saya promosi? Cukupkah dengan FB ads?

Apa yang harus saya tulis dalam blog pos saya? Bagaimana perlu saya fokus pada penulisan? Siapakah prospek saya? Bagaimana mahu memikat mereka?

Saya baru sedar prospek saya bukanlah komposer atau pemuzik. Tapi penyanyi dan produser muzik.

Sejak saya mahu menukar harga minimum RM500, saya merasakan USP saya menurun. Bagaimana ya?

Jumaat, 21 Disember 2012

74 - Bagaimana Jika Saya Teruskan Jua?

Sukar untuk saya gambarkan perasaan ini. Adakah kerana saya terlalu berhati-hati?

Atau pun kurang keyakinan diri?

Eksklusif dan Dunia ini Luas?

Atau mungkin saya takut dengan bayang sendiri?

Jika saya teruskan juga, apa risikonya pada saya?

Saya berhajat untuk menerbitkan sehingga 1,000 buah lagu. Tapi takkanlah caj lagu saya yang ke-1,000 adalah RM100,000? Tidak masuk akal. Saya berasakan perlunya ada mekanisme penurunan. Bagaimana?


Saya baru selesai perkiraan ini, iaitu penambahan RM50 (sebelum ini RM100). Hasilnya, ia lebih logikal. Contoh, selepas 100 buah lagu, caj saya adalah RM5,050 (sebelum ini RM10,000). Walaupun kenaikkannya jauh lebih perlahan (separuh daripada sebelum ini), saya merasakan 'lebih tenang' kerana gembira kerana boleh mencipta lagu lebih banyak dengan harga yang berpatutan.


Tapi pada pemikiran kedua, selang 3 jam dari tadi, tiba2 jelas.

Bagus juga jika saya mengambil +100. Mengapa ya?


  • Kerana ianya lebih abundance. Saya berasa malas untuk berfikir jauh sangat. Buat dulu idea ini, tengok apa yang jadi.
  • Ekpetasi tinggi adalah lebih baik daripada ekspetasi yang rendah.
  • Lebih mudah dikira, sebagai contoh projek yang ke 17 adalah bernilai RM1700.
  • Saya boleh beri yang terbaik untuk klien; mixing bersama JD, dan video.
  • Saya jauh lebih bersemangat dan bermotivasi tinggi.
  • Saya boleh membentuk kelab eksklusif/elit.
  • Boleh memikirkan tentang kemungkinan antrabangsa, kerana satu hari nanti harga saya akan menjadi sangat tinggi, insyallah.


"Rock N Roll is all about possibilities", Lars Ulrich



Khamis, 20 Disember 2012

73 - Apa Harapan Saya?

Walaupun saya suka bekerja berseorangan (maverick), tapi sudah sampai masanya saya berkolaborasi. Bukan itu saja, saya juga harus mempunyai pendapatan. Sampai bila nak buat kerja percuma kan.

Katakanlah setahun 10 projek. Lagu sendiri. Kalau 5 tahun, 50 projek. Berapa harga saya?

Tn = a + (n-1)d
T50 = 100 + (49)(100) = RM5,000

Jumlah pendapatan saya = 25(100+5000) = RM127,500. Atau RM25,500 setahun. Masuk akal ke?

Tokoh temuramah =  6 x 5 = 30 orang. Ada impak ke?



Selepas seharian (24 jam berfikir), saya mendapat idea tentang Sajakiri Elit dan Sajakiri Klien. Tapi sebelum itu, apa yang membingungkan saya sehingga seharian berfikir?


Tidak fleksibel

Ini isu besar, bukan buat masa sekarang, tapi pada masa depan. Takkanlah klien yang 100, saya nak caj RM10,000? Gila ke apa?


Apa yang harus saya lakukan?

Teruskan?

Saya akui berasa sedikit kurang selesa dan kurang berkeyakinan. Ada juga secebis rasa ingin teruskan. Dimana saya boleh membentuk 'cult-follower', semacam pengikut Apple, dimana orang ingin merakamkan lagu ciptaan saya semata-mata ingin sertai barisan Sajakiri Elit ini.

Bukan itu saja, cara ini memaksa saya untuk ke peringkat antarabangsa (kerana caj saya yang menjadi terlalu mahal untuk tempatan). Ini kerana saya mahu berkongsi lagu ciptaan saya, bukan hanya mahukan duit semata-mata. Inilah konflik dalaman saya.

Saya sukakan idea ini. Tapi ketidak fleksibilitinya menyebabkan saya terus memikirkannya. Perlukah saya teruskan?

72 - Bagaimana Jika Saya Berjaya?

Ini mungkin soalan pelik. Tapi penting. Saya boleh bersedia jika ia tidak berjaya, maksudnya saya boleh kekalkan displin yang ada.

Yang saya khuatiri jika lambakan klien yang ramai, dan saya gagal mengawalnya. Apa yang harus saya lakukan?

Buat TimeFrame.
2 minggu kepada satu klien. Berikan jadual berkala ini kepada klien juga, agar mereka memahami dan bersedia. Alhamdulillah. Saya juga tidak perlu bersepah, kerana harus buat demo baru dan Sajakiri Interview juga.



Kekerapan Sajakiri Interview


Sebelum ini saya bercadang membuatnya sebulan sekali. Tapi kali ini saya berfikir, perlu ke?

Ini kerana, insyallah saya tiada masalah dari segi promosi (kerana servis harga interaktif ini). Jadi, bagaimana?

Jauh di sudut hati saya, saya masih ingin belajar dari mereka ini. Mungkin boleh jarakkan, jadikan temuramah ini sekali dalam masa 2 bulan, ataupun sekali dalam 8 minggu/4 pos ke.



Perancangan Blog Post


Ini penting, kerana ia seperti 'newsletter' berkala untuk masyarakat. Cadangan saya, kemaskini 2 minggu sekali. Tidak terlalu kerap, tidak terlalu jarang.

Contoh

  • Minggu 2 : Bebas
  • Minggu 4 : Bebas
  • Minggu 6 : Interview
  • Minggu 8 : Bebas
Dan ulang secara loop. Bebas di sini bermaksud pos mengenai samada mengenai projek, ataupun jika tiada mengenai tips.



Rutin Saya (Tetap)

  • Minggu 1 : demo 1
  • Minggu 2 : demo 2/blog post
  • Minggu 3 : demo 3/temuramah
  • Minggu 4 : demo 4/blogpost
  • Minggu 5 : demo 5
  • Minggu 6 : demo 6/blogpost Sajakirinteriview
  • Minggu 7 : demo 7
  • Minggu 8 : demo 8/blogpost

Pada masa yang sama, saya boleh gantikan aktiviti demo saya dengan projek klien, jika terlalu sibuk. Saya masih berniat untuk menghadiahkan RM100 kepada tokoh yang ditemuramah.




Rabu, 19 Disember 2012

71 - Idea Untuk Servis Interaktif

Untuk Lagu Ciptaan Sajakiri


  1. Pilih salah satu lagu
  2. Muat-turun Minus One
  3. Suruh mereka hantar rakaman vokal mereka untuk penilaian
  4. Jika berjaya, suruh mereka deposit minimum RM500


Untuk Bukan lagu Ciptaan Sajakiri

  1. Suruh mereka upload/beri link lagu ciptaan dan nyanyian demo mereka
  2. Jika berjaya, suruh mereka deposit minimum RM500 juga


Itu saja? Nampak seperti mudah. Ada apa-apa isu lagi tak?

  1. Masa
    Bagaimana jika bertubi-tubi orang datang? Almaklumlah murah kan. Saya rasa tidak ada masalah. Jadualkan saja mereka. Mereka tetap kena deposit terlebih dahulu kan.


  2. Key berlainan : saya tiada pilihan lain selain mengubahnya

  3. Bagaimana jika klien yang ke-50, harga saya RM5,000. Tidak banyak sangat ke?
    Erm. Idea ini sama jika harga saya RM500, tapi klien mampu membayar RM3,000? Ada isu fleksibiliti di sini. Cuma saya berasa klien bebas membayar 'berapa' saja di belakang mengikut budi bicara, tapi bagi saya, harga hanya akan naik RM100 selepasnya


Lagipun saya merasa seronok melihat perkembangannya.



Servis yang akan saya tawarkan:

  1. Arejment (lagu ciptaan saya, saya sendiri yang susun. Lagu ciptaan klien, mereka sendiri, atau upah arenjer lain.
  2. rakaman vokal
  3. mixing
  4. video klip ringkas dalam studio (oleh Zouhri Zoul)

Setiap lagu ciptaan diberi lesen setahun (3 tahun diapdet) untuk penyanyi memasarkannya.

Saya akui, saya ada terasa keliru sebentar. Cuba untuk menelan idea pelik sebegini.

70 - Harga Interaktif

Pada entri yang lepas, saya mendapat idea untuk tidak memberi harga servis yang tetap. Bermakna ia berubah mengikut bilangan projek yang dihabiskan. Dalam AddMath, ia disebut sebagai Arithmetic Progression, atau janjang aritmetik.



Idea sekarang


Untuk lagu ciptaan saya, saya bermula serendah RM100. Sepertimana Mamat akan membayar saya RM100 kepada saya sebagaimana tajaannya, dimana dia memanangi SVM1 dengan lagu Kau Tak Pernah Tahu.

Untuk bukan lagu ciptaan saya, saya boleh bermula dengan harga RM2,000 sepertimana dipersetujui oleh Lynnzay dengan lagu ciptaannya Selalu Ada.

Setiap projek baru, ada penambahan RM100. Bagus ke idea ini?


Saya harus meminimakan overhead saya (harus rahsiakan di sini).


Tapi, tiada penurunan ke?

Itu saya fikirkan juga. Contoh jika tiada klien dalam sebulan, harga turun RM100 ke. Tapi oleh kerana saya bermula dengan harga yang sangat rendah, iaitu RM100, jadi saya rasa tidak perlu penurunan. Suka hati sayalah kan.



Implikasinya


Pada saya
Bayaran yang terlalu rendah buat permulaan. Tapi ia sebahagian daripada kos promosi saya juga. Harga akan selari dengan pengalaman dan kredibiliti saya.

Pada klien
Akan menarik minat mereka untuk membuat projek bersama saya dengan kadar segera. Lama kelamaan, kredibiliti saya akan naik, dan menarik minat klien yang lebih tinggi profilnya.


Secara peribadi, saya merasakan ini adil. Diantara saya dan masyarakat di luar sana, insyallah.





Selasa, 18 Disember 2012

69 - Apa Kaitannya?

Saya mengharapkan agar Sajakiri Interview akan membantu menaikkan kredibiliti Sajakiri Music, dan seterusnya membantu saya memperolehi projek. Tapi, adakah ia akan membantu?

Tiada siapa boleh tahu.

Nota tepi : saya bercadang untuk menghadiahkan RM100 kepada tokoh muzik yang bakal saya temuramah, sebagai tanda menghargai masa mereka.

Walaubagaimanapun, saya tidak boleh mengharapkan 100% dari cara ini untuk membantu promosi servis saya. Jadi, bagaimana?


Pakej Servis

Saya baru menjumpai WP plugin Price Table ini. Masih bereksperimen untuk meletakkan harga yang sesuai. Pening juga ya. Sehinggakan saya punyai idea untuk meletakkan harga interaktif, iaitu harga berubah mengikut bilangan servis.

Contoh, jika saya meletakkan harga permulaan RM1,000, klien pertama akan mendapat harga RM1,000. Klien kedua RM1,100, klien ketiga RM1,200 dan seterusnya. Cool bukan?


Saya masih lagi memikirkannya.

Untuk lagu ciptaan Sajakiri Music, harga asas adalah RM1,000. Dan untuk lagu bukan ciptaan Sajakiri, adalah RM2,000. Ini untuk menggalakkan klien memilih lagu ciptaan saya.



Relevannya cara ini


Ini kerana saya merasakan yang saya harus mula dari bawah. Selepas projek saya sudah siap, barulah ia akan tersebar. Anggaplah ini kos promosi saya.



Naik saja ke, tidak menurun?


Erm, saya tidak pasti lagi. Kerana ini idea baru. Mungkin pada entri seterusnya.

Terbukti saya seorang yang kreatif dan maverick ya.


68 - Fikir Besar, kata Donald Trump

Terimakasih kepada artikel ini. Penemuannya tepat di masa saya perlukannya.

Niat saya sebelum ini hanya menawarkan satu servis (kerana konon memudahkan pelanggan membuat pilihan), tapi kajian dalam artikel ini tersebut mencadangkan maksimum 3 pilihan. Mengapa?

Kerana menurutnya, akan ada orang yang AKAN membeli pada harga yang maksimum. Sila baca untuk lebih terperinci.


Apa maksudnya untuk saya?


Saya masih tidak pasti dengan harganya, tapi membuat pakej adalah pasti.


  • Pakej 1 : RM3,000
  • Pakej 2 : RM5,000
  • Pakej 3 : RM7,000
Ini sebagai contoh saja.


Apa impak untuk saya?

  1. Saya lebih berkeyakinan. Seolah-olah lebih menghormati diri-sendiri. Lebih berani untuk menemuramah tokoh muzik tempatan.
  2. Saya tidak gentar menerima kekalahan (memikirkan tiada siapa yang mahu), kerana fokus saya adalah 'siapa yang mahu'. Fokus kepada kemenangan adalah lebih besar.
  3. Saya lebih bersemangat untuk menyediakan Landing Page terbaik, iaitu lebih bersemangat untuk menyambut kemenangan.
  4. Saya merasakan saya adalah komposer profesional.
  5. Ia semeestinya lebih menyeronokkan!
Saya akui saya perlukan sedikit masa untuk menelan semua ini. Sebahagian daripada mindset saya masih sukar terima.

Yang peliknya, ketakutan untuk kalah tadi masih ada, tapi makin mengecil kerana ruang untuk menang adalah lebih besar. Alhamdulillah, saya tahu perjalanan masih jauh, tapi saya bersyukur atas idea ini.

Bolehlah menjemput penyanyi upahan seperti Muhsin untuk menyampaikan demo.



67 - Pengstrukturan Semula

Portfolio
Hanya tonjolkan kerja siap sahaja. Arranged Demo tidak perlu. Sama seperti di Soundcloud, Finalised dan Arranged Demo saja dipablikkan. Selainnya, adalah privacy setting.


Soundcloud
Buat Set :  Finalied, Arranged Demo, Interview sahaja dipablikkan. Rough Demo dan selebihnya diprivatekan. Privacy di sini hanya untuk mereka yang mendaftarkan email saja. Dan segala minus one tidak perlu dimuat-naik lagi. Hanya jika dipinta sahaja.



Blog
Hanya kemaskini sekali dalam masa 2 minggu. Satu untuk SajakirInterview, dan satu lagi bebas, diantara tips dan berita.



Stop Doing List

  • Sajakiri Vokal diberhentikan untuk sementara
  • TIDAK prodius lagu ciptaan orang lain (syorkan kepada produser lain jika perlu)
  • Tidak perlu buat arenjem demo yang komplikated


Idea Untuk Landing Page
  1. Grafik yang menarik
  2. 3 pilihan
  3. Tangkap email
  4. flow yang menarik
  5. mungkin upah copywriter

Apa matlamat saya?

"Mendapat SATU projek setiap bulan".

Itu saja.


Setahun dari sekarang. Bayangkan.

12 temuramah. 80 buah demo. Adakah ini yang saya mahukan? Bagaimana jika saya tidak mencapai matlamat saya?

Untuk kaunter itu, bagaimana jika saya naikkan harga membuat pakej RM3,000, RM5,000 dan RM7,000? Yelah, alang2 takut tiada orang yang nak, baik caj sebegini. Ada berani?

Ini merangsangkan saya supaya lebih berdisplin dan lebih berkeyakinan. Saya masih memerlukan masa untuk memikirkannya.

Ke entri berikutnya.

Isnin, 17 Disember 2012

66 - Mengapa Simplify

Syarikat seperti Twitter, Youtube dan Instagram dibeli dengan harga berbilion dolar kerana servis mereka yang sangat ringkas dan fokus. Dari sinilah saya mendapat idea ini.


Perancangan saya


Terimakasih kepada Songfactory, kini saya boleh membuat demo dengan cara mudah dan efektif. Hanya sejam diperlukan untuk menyusun secara asas, dan sejam lagi untuk rakaman melodi vokal. Secara teknikalnya saya boleh siapkan demo dalam masa 2 jam sahaja.

Tapi saya tidak mahu terlalu gopoh. Gol saya adalah SEBUAH demo setiap minggu.

Ini akan memberi saya ruang untuk melakukan Sajakiri Interview (mengambil masa sehari untuk menemuramah) dan melakukan edit (untuk beberapa jam). Secara teknikalnya, saya boleh melakukan temuramah 2 kali sebulan. 

Tapi saya tidak mahu terlalu gopoh. Cukup dengan hanya SATU sebulan.

Masa selebihnya?

Entahlah. Saya belum fikirkan lagi. Mungkin mendengar kaset lama yang menyimpan puluhan lagu ciptaan saya sejak remaja lagi, atau mungkin berusaha mencipta lagu baru. Atau mungkin memasarkan laman saya di sana sini.

2 aktiviti ini, cukupkah?


Perkara yang harus saya lakukan:


  1. Landing Page yang kelihatan profesional dan meyakinkan. Dari sini saya harus mengumpul email sebanyak mungkin.
  2. mengambil storej premium dalam Soundcloud untuk 12 jam, kerana mahu masukkan segala temuramah, demo serta kerja siap di dalamnya. Semua didalamnya. Organised.


Mengapa saya suka idea ini.


Kerana ianya ringkas, dan saya dapat menonjolkan kepada dunia luar yang saya ini komposer, dan suka berkongsi ilmu. Insyallah.



65 - Simplify

Seharian ini saya berfikir bagaimana untuk mempermudahkan aktiviti Sajakiri Music supaya lebih fokus dan efektif. Ini idea saya. Fokus kepada 2 aktiviti ini:

  1. menerbitkan lagu ciptaan saya SAHAJA
  2. Sajakiri Interview sebulan sekali

Saya tidak pasti adakah ini benar-benar efektif. Bayangkan. Di laman sajakiri.com, saya hanya letakkan temuramah saya bersama tokoh muzik tempatan, dan pada masa yang sama, jemputan untuk merakamkan lagu ciptaan saya kepada pelawat. Adakah ini satu idea yang baik?

Atau, soalan yang lebih penting ; dapatkah saya mendapat projek muzik, dan seterusnya menjana pendapatan (dari penerbitan muzik) dari laman ini. Ini soalan sebenar.

Ini sukar dijawap dari perspektif sekarang. Saya sekadar mendapat 'clarity' sebegini selepas pembelian perisian Songfactory, dan 5 mengapa dari entri sebelum ini.

  1. SajakirInterview :
    - dapat menjalin hubungan sebenar (bukan sekadar online) dengan menemuramah mereka.
    - dapat belajar dan menerima panduan mereka secara langsung.
    - membina kredibiliti Sajakiri Music sebagai platform pembelajaran.
    Dari sini, saya boleh memandu/menarik pelawat ke servis penerbitan muzik saya.

  2. Hanya lagu ciptaan saya saja
    - berharga RM2,579.
    - ratusan demo (kerana kerja saya dipermudahkan oleh Songfactory). Jadi mereka boleh memilih lagu dengan serius.
    - kemudahan ansuran : deposit RM500, bulanan serendah RM250.


Hanya akitiviti ini saja. Entahlah. Sukar saya meramalkan keberkesanannya.

It's just feel right.

Ahad, 16 Disember 2012

64 - Baiklah, saya sudah memiliki Songfactory, sekarang apa?

Saya mengalami anjakan paradigma sekarang. Saya meneliti kembali prioriti saya. Apa yang benar-benar saya mahukan?

Songfactory adalah perisian muzik yang sangat berguna untuk pencipta lagu yang malas semacam saya. Malas di sini bermaksud malas menyusun lagu. Hanya masukkan beberapa kords, tentukan temponya, dan rakam melodi/suara. Itu saja. Mudah dan ringkas. Satu lagu boleh siap dalam beberapa jam saja, versi previu demo lah.

Jadi ke mana saya selepas ini? Saya sendiri kurang pasti. Ada beberapa kemungkinan yang masih lagi saya fikir kan :

  1. bubarkan Sajakiri Vokal, atau kurangkan kekerapannya dalam masa setahun.
  2. upah penyanyi lain menyanyikan demo tersebut, supaya tetap kedengaran profesional dan sedap walaupun ringkas.
  3. membina Landing Page yang nampak profesional.
  4. mensasarkan ratusan lagu demo dalam Sajakiri Music Library.
  5. teruskan Sajakiri Interview tokoh muzik tempatan, untuk membina rangkaian, kredibiliti dan jenama Sajakiri Music


5 Mengapa


Apa yang saya mahukan?

Saya mahu kontribut karya seni saya dan berkongsi pengetahuan kepada masyarakat di luar sana.

Mengapa?

Kerana penciptaan muzik adalah bakat dan minat saya yang mendalam.

Mengapa?

Supaya saya bisa berkarya sepenuh masa, dan menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM20,000 sebulan.

Mengapa?

Supaya saya bergembira kerana dapat berkarya, kontribut dan pada masa yang sama dapat meluangkan lebih masa bersama famili.

Mengapa?

Saya percaya saya seorang yang kreatif dan berkebolehan.

Mengapa?

Kerana saya mahu 'life live to the fullest' dengan memaksimukan potensi saya, insyallah.

Sabtu, 15 Disember 2012

63 - Fokus pada penciptaan lagu

Dalam kesibukkan sebegini, saya biasanya mengambil masa sehingga 3 minggu untuk menyiapkan sebuah lagu. Minda sebelah kiri sebenarnya agak 'penat' memikirkan susunan lagu dan instrumentasi yang sesuai.


SongFactory


Saya mengidamkan waktu ketika saya menyusun lagu menggunakan keybord Yamaha ketika dulu. Sungguh mudah apabila menggunakan 'accompanied chords' pada latar belakang lagu.  Jadi saya boleh fokus pada perkara yang lebih penting - penciptaan melodi. Inilah kekuatan saya sebenar.

Saya terjumpa perisian ini, SongFactory dan berharga agak murah, USD59.99 sahaja. Berkemungkinan besar saya akan belinya. 'Sound'nya bukanlah yang terbaik, tapi 'simplicity' dan penggunaan yang 'intuitive' menarik minat saya.

Dari sini saya boleh bayangkan saya boleh menyiapkan sebuah demo dalam masa seminggu saja.


Fokus pada demo


Saya ada terfikir untuk menghentikan saja Sajakiri Vokal, dan fokus pada penghasilan demo saja. Bayangkan, beratus lagu ciptaan saya dalam soundcloud Sajakiri Music Library, hanya boleh didengari oleh mereka yang serius saja.


1,000 buah lagu


Saya mensasarkan terus untuk membuat demo sebanyak 1,000 buah lagu. Saya tidak perlu risau tentang susunan lagu. Hanya apabila ada mereka yang berminat, barulah saya serahkan pada arenjer untuk menyusun lagu. Inilah yang patut saya lakukan dari dulu. Mudah bukan?


Upah penyanyi lain


Bukan itu saja, malah saya berniat untuk mengupah penyanyi lain untuk menyanyikan demo saya. Baru kedengaran demo yang profesional.

Saya begitu teruja!






62 - Alokasi penulis jemputan : RM100 sebulan

Hasil dari entri sebelum ini, ia mengilhamkan saya untuk memperuntukkan sekurang-kurangnya RM100 sebulan untuk penulis jemputan. Tapi, perlukah? Untuk apa?


Penjenamaan.


Bayangkan jika laman sajakiri.com ditulis oleh mereka yang berpengaruh. Menarik, bukan?


Analisis. Pro dan kontra.

Pro

  • melonjakkan jenama Sajakiri Music - niat saya untuk mewujudkan majalah online yang informatif akan terlaksana.
  • boleh mewujudkan komuniti muzik yang sihat.
  • berpeluang mendapat projek muzik yang bagus.
  • jenama Sajakiri Music adalah jenama yang dihormati

Kontra
  • melibatkan tunai. Sekarang pun saya sudah menggunakan duit dari poket sendiri untuk SV. Tanggungan agak banyak.
  • tidak pasti adakah cara ini akan berjaya, kerana horizon masanya yang panjang.
  • mungkin ada cara lain yang lebih menjimatkan.

Nampak gayanya pronya melebihi kontranya. Insyallah saya akan mula implemen strategi ini bulan depan. Wah, sungguh teruja!



2013 dan seterusnya


Bermakna ada 3 projek besar untuk Sajakiri Music.
  • penganjuran Sajakiri Vokal
  • Penulis jemputan
  • fokus pada penerbitan muzik



Apa yang saya harapkan?


Seperti biasa, perasaan teruja saya melebihi segalanya. Sepertimana yang saya tulis tadi, saya ingin jadikan Sajakiri Music sebagai platform muzik yang informatif dan berguna kepada penggiat dan penggemar muzik di luar sana.

Memetik tulisan Jim Collins, "Siapa itu lebih penting dari Apa".


Email List

Atas dasar ini, baru jelas tujuan email list ini. Baru saya faham kepentingannya. Titik kabur sebelum ini telah bercantum.

Khamis, 13 Disember 2012

61 - Tanggungjawab sebagai komposer

Saya ketika ini belum lagi seorang komposer ternama. Walau itulah destinasi saya. Banyak lagi harus saya pelajari. Saya masih lagi mencuba untuk membuka Cubase SX setiap hari, walau sesibuk mana pun saya.

Nasib baik juga ada pertandingan Sajakiri - Vokal, memaksa saya untuk menyiapkan beberapa buah lagu baru sepanjang 3 bulan.

Saya sebenarnya seronok, atau lebih tepat syok sendiri dalam mencipta dan menyusun lagu sendiri.

Displin adalah sukar.

Mengekalkan displin adalah sukar, tidak semudah yang diperkatakan. Ramai orang cakap dia boleh buat sekali-sekala, tapi mereka yang membuat setiap hari adalah maestro sebenar.

Saya ingin menjadi komposer yang terkemuka dan berpengaruh bukan kerana imej dan nama semata, tapi kerana saya tahu saya boleh.

Tapi jauh di sudut hati saya, saya mahu melakukan lebih dari sekadar berkarya. Saya ingin mewujudkan institusi muzik. Buat permulaan, saya ingin mewujudkan majalah muzik secara online. Isu saya sekarang, bagaimana untuk mengupah penulis yang berkaliber.

Bagaimana untuk memujuk mereka untuk menulis di sajakiri.com? Bagaimana caranya?


Apa yang saya cari? Saya ingin mewujudkan majalah online muzik yang informatif, bukan sekadar hiburan semata. Sekurang-kurangnya satu pos baru setiap minggu.

Bagaimana ya? Bagaimana untuk menarik minat mereka menulis di sajakiri.com. Inilah soalan sebenar.






Isnin, 10 Disember 2012

60 - Tapi, bagaimana dengan produksi?

Dari segi jadual, pertandingan Sajakiri Vokal tidak mengganggu apa-apa dari segi produksi. Tapi untuk tahun 2013, saya ingin menawarkan setiap produksi pada harga istimewa, iaitu RM2,000 sebuah lagu.


Ada aktiviti lain, selain Sajakiri Vokal?

Rasa macam seronok pula menganjurkan, rasa macam nak buat sesuatu lagi. Apa yang orang mahu ya? - Sajakiri Bank?

Saya sukakan idea ini. Ini untuk memudahkan para klien meneliti penyata mereka secara online. Soalannya, bagaimana perlu saya buat, dan adakah ia perlu?


Sajakiri Interview : saya ingin teruskan yang ini.


Perubahan mindset

Saya mengalami anjakan paradigma sejak keluar dari wad, setelah ditahan 4 hari di situ. Di situ saya mengesan kesilapan saya, mindset yang salah kerana kurang pandai mengintrepetasi daripada mindset abah saya.

Abah saya seorang ahli korporat yang ekstrovert, yang pernah mendapat jutaan ringgit (dululah) dengan usaha yang bijak dan minima. Tiada apa salah di sini, melainkan cara saya memahaminya salah ;  saya tidak percaya pada delayed gratification, keuntungan harus datang cepat dan banyak, dan apa-apa selain ini adalah satu kekalahan.


Silap besar.


Mindset sebegini telah menyebabkan saya berasa rendah diri dan tidak berkebolehan.

Sekarang tidak lagi.

Displin dan bina jenama dahulu. Melalui pembacaan saya tentang entreprenuership, inilah fokus mereka.


Fikiran saya telah lama mengerti perkara ini, cuma sekarang hati saya memahaminya. Dunia ini luas. Segala jawapan ada di dalamnya, insyallah.

Ahad, 9 Disember 2012

59 - Sajakiri - Vokal Musim Kedua

Ketika ini saya sedang bersiap-siap untuk mengemaskini laman web Sajakiri - Vokal untuk musim kedua yang dijadualkan bermula 31 Disember ini. Ada 2 perubahan besar yang saya lakukan :

  1. bilangan lagu bertambah kali ini, sebanyak 19 buah lagu (sebelum ini hanya 8).
  2. hadiah saguhati untuk finalis dari tempat kedua hingga kelima dalam bentuk 'potongan' istimewa. Contoh, tempat kedua : single bernilai RM500, tempat ketiga : bernilai RM750, dan seterusnya.

Apa objektif saya kali ini?

Sepertimana musim pertama, saya tidak tahu apa jangkaan saya. Tapi saya begitu gembira kerana menemui penyanyi berbakat seperti Mamat untuk menyanyikan lagu ciptaan saya, Kau Tak Pernah Tahu.


Saya ingin terus berkarya

Untuk pertandingan ini, saya akan terus mahu berkarya sebaik mungkin untuk menarik minat peserta menyertainya. Seolah-olah saya membina sendiri dunia muzik saya. Kan cantik begitu.


Fokus pada penjenamaan

Kini nama Sajakiri Music telah sebanyak sedikit naik. Terimakasih pada pertandingan ini. Fokus pada jenama menyebabkan saya tidak tamak dan tidak kisah pada keuntungan, asalkan ia memberi kesan baik untuk jenama. Lebih mudah menerima 'rejection' gitu.


Pengalaman mengajar

Almaklumlah kali pertama menganjurkan, banyak kesilapan yang saya pelajari. Kini saya memperolehi keyakinan untuk menghadapi situasi tegang dengan tenang. Saya perlu lebih tegas.


2014 - Bagaimana?


Saya tidak pasti. Sebanyak 4 musim dijadualkan dalam setahun. Saya harus berdisplin dalam penghasilan muzik. Saya tidak pasti apa yang akan berlaku.


Adakah Sajakiri - Vokal ini akan menjadi agenda utama untuk Sajakiri Music?





Sabtu, 8 Disember 2012

58 - Haruskah saya mengumpul email?

Saya akui saya berasa sungguh malas untuk memikirkan tentang email list. Tapi mana-mana saya pembacaan saya tentang laman web yang berjaya secara komersial, mereka menekankan betapa pentingnya mengumpul email peminat, berbanding FB Like, YouTube Subscribers, mahupun Twitter followers. Mengapa ya?

Saya tidak pasti mengapa (kerana tidak pernah merasai hasil kutipan email yang memberi keuntungan), apa yang saya tahu, kita tidak perlu bergantung kepada platform lain untuk berinteraksi bersama prospek/peminat ini. Ini faedahnya yang nyata.

Selain itu, saya sendiri pun tidak tahu. 

Sebenarnya, bukan kerana ia tidak efektif, tapi saya sendiri kurang mengenal siapa prospek saya. Adakah peminat, penyanyi, pengkarya? Tiada fokus di situ. Malahan saya lebih gemar berinteraksi di FB kerana ia lebih efektif dan respon lebih cepat. Sampaikan saya pernah berasa buang saja sistem email dalam laman web sajakiri.com. Entahlah.

Mungkin saya harus melakukan pembahagian jenis email mengikut pengkelasan : penyanyi, pengkarya dan peminat.

Mungkin banyak kerja sikit, tapi pengkhususan ini membuatkan saya lebih fokus, dan memberikan mereka yang perlu sahaja.

Tapi saya kurang berminat dengan kerja admin sebegini, apatah lagi menulis untuk mereka yang pelbagia kategori. Terasa agak bebanan, memandangkan fokus saya adalaha untuk menerbitakan muzik. Bagaimana? Haruskah saya memilih satu fokus sahaja?

Erm, bagaimana dengan fokus ke luar, maksud kolaborasi?


Ahad, 2 Disember 2012

57 - Fokus Untuk Servis

Hasil dari entri terdahulu, saya mengalami anjakan paradigma yang dinamik. Saya bersyukur kerana Tuhan memberikan saya idea ini.

Apa matlamat saya secara spesifik?

Saya mensasarkan pendapatan  angka terlebih dahulu, jadi saya harus mendapat 4 atau 5 angka sebulan (pendapatan termasuk tuisyen).

Berapa harga satu projek? 
RM2,579. Marginnya melebihi 100%, kerana upah saya sebagai produser.


Bagaimana untuk saya mencari  projek sebulan?

  • Saya harus mensasarkan 10 projek Saya harus lebih agresif dalam menggunakan FB ads.
  • Landing page saya lebih harus kelihatan profesional
  • Untuk penjenamaan, pertandingan Sajakiri Vokal akan diteruskan 3 bulan sekali.
  • Saya harus teruskan menemuramah penggiat muzik tempatan, sebagai pendedahan.

Jadi siapakan audiens saya? Bagaimana untuk mensasarkan mereka?
Ini bukan mudah kerana terdapat 2 golongan ,
  1. penggiat muzik
  2. peminat muzik
Perlukah saya memberi mereka layanan yang berbeza? Bagaimana? Ini soalan sukar.

Bagaimana jika 'beza'kan mereka?


Tukar Tajuk : Jadi apa displin baru saya?

  1. Target untuk memperolehi  5 job sebulan. Saya kena affirmationkan setiap malam sebelum tidur. Umpama doa.
    Saya akan sediakan satu worksheet dan framework untuknya, sepertimana saya menguruskan kerja tuisyen saya.
  2. Target untuk mempunyai SATU demo seminggu. Ini sekadar demo ringkas. Juga satu cabaran untuk saya kerana saya seorang yang cerewet. Untuk membuat demo yang ringkas adalah sukar bagi saya. Juga perlukan worksheet dan framework

Ini sajalah yang saya terfikir setakat ini. Jom mula!




Sabtu, 1 Disember 2012

56 - Myers Briggs

Saya ada membuat ujian personaliti Myers Briggs. Dan saya ada membeli matlumat premium tentang profil saya, iaitu INFP di http://theintuitivemusician.com.

Karakteristik pemuzik INFP adalah :


INFPs are often great songwriters with a natural talent for expressing emotion through words. They usually prefer creative control and are often singer/songwriters, solo artists and band leaders.

Strengths

  • Authenticity
  • Listening
  • Seeing possibilities
  • High standards
  • Creative songwriting
  • Self expression

Weaknesses

  • Difficulty with technical/logical thinking
  • Not dealing with conflict rationally
  • Need to control/difficulty delegating

Saya boleh katakan hampir 100% betul. Musisi terkenal yang mempunyai profil yang sama adalah Bob Dylan.


Apa yang paling saya tertarik dalam profil ini adalah 'Weaknesses' saya. 

Taking jobs that require extended periods of logical thinking. This will drain your energy.

Ini umpama tamparan hebat untuk saya. Walaupun pedih, tapi ia memberi kelegaan pada saya. 


Selama ini saya selalu mempunyai dilema, samada untuk arenj lagu sendiri (dimana ia lebih jimat), atau mengupah arenjer lain. Kerana saya berasa 'saya sendiri pun boleh arenj', jadi mengapa harus mengupah orang lain?


Pada dasarnya, nampaknya begitulah. Saya boleh jimatkan kos. Tapi untuk jangka masa panjang, ia boleh membuat mental saya penat, kerana 95% masa saya dihabiskan di situ saja. Sedangkan kekuatan utama saya adalah mencipta lagu.


Jadi, apa yang harus saya lakukan?

Apabila mendapat projek, saya akan menyusun rangkanya terlebih dahulu. Sebelum menghantar kepada arenjer. Apabila dia siap, saya akan teliti kembali dan edit, untuk memberikan sedikit sentuhan dan signature saya. Sebelum saya serahkan kepada JD untuk mixing.


Apa kesannya kepada saya?


  • Saya berasa sungguh, sungguh lega kerana bebanan telah dialih dari dada saya. Jadi saya boleh fokus kepada kekuatan dan kesukaan saya, yeay!
  • Bukan itu saja, saya boleh fokus kepada pemasaran. Ini umpama saya sudah punyai tim sendiri.
  • kerja lebih pantas disiapkan, dimana saya boleh membantu lebih ramai orang,
  • menghampiri matlamat untuk memperolehi pendapatan RM20,000 sebulan.