Khamis, 3 Mei 2007

Falsafah Hidup

Apa itu falsafah hidup?
Atau sebenarnya falsampah hidup?
Seperti sampah
Hanya menyemakkan hidup

Akupun tak pasti

Atau sebenarnya ia pegangan hidup
Panduan hidup
Satu formula hidup

Mungkin juga

Pentingkah ia?

Aku sendiri pun tak pasti

Tapi satu perkara yang pasti
Falsafah hidup adalah kata-kata yang datang roh
Bukan dari kebijaksanaan otak yang mekanikal
Bukan hasil dari kiraan matematik
Ia adalah kata-kata hikmah
Yang datang dari hati nuranimu sendiri
Dari jiwamu sendiri
Yang tidak mengenal erti hipokrasi
Yang hadirnya sungguh jarang

Sebagai isyarat
Ataupun hanyalah habuk-habuk sampah
Bagi sesetengah orang..

Tiada ulasan: