Isnin, 19 Januari 2009

4th : “Work is life ultimate seduction”, Pablo Picasso

“Work is life ultimate seduction”, Pablo Picasso

Salam readers,
• Serasa seperti ada harimau di dalamku; seperti ingin menerjah keluar tapi ditahan-tahan olehku.

• Setiap hari ku rasakan ada makna dan warna tersendiri. Mungkin maksudku menghitung hari-hari yang tinggal yang tidak ku tahu berapa yang tinggal.

• Munculnya bidadari. Kerana hariku ada maknalah dia muncul. Bukan sebaliknya. Alhamdulillah.

• Serasa aku lebih spesifik lagi bagus. Blog ini bukan hiburan kepada pembacanya. Lebih kepada peringatan untuk diriku sendiri.

• Inspirasi datang tidak kira masa. Mungkin inilah maksud ‘harimau’ tadi. Aku layan aje.

• Baru aku paham sesuatu. Menang itu ‘datang’ dulu sebelum apa2pun bermula. Bukan sebaliknya. Ini lebih kepada atititud maksudku. Manchester United tidak menang 100% perlawanannya, tetapi, ‘winner’ attitude menjadikan ia terhebat. Bukan sebaliknya.

• Ayat-ayat yang keluar dari mulut juga adalah input kepada telinga dan hati. Kalau ingin baik hasilnya, katakanlah yang baik-baik saja supaya telinga dan hati menjadi senang. Sama seperti tulisan; juga input kepada mata dan hati.

• Aku ingin menjadi jutawan. Tapi penyataan ini serasa begitu selfish dan kosong. Tukar : Aku ingin berbakti kepada masyarakat, dan menjadi jutawan kerana itu; ini lebih bermakna dan berisi bagiku.

• Menulis sebegini menjadikan pancainderaku semakin peka. Warna-warna di sekelilingku menjadi lebih jelas dan sharp. Aku lebih boleh menikmati lagu2 yang selama ini bosan bagiku. Kunyahanku lebih perlahan untuk menikmati rasa. Serasa bisa untukku mengilhami karya2 baru yang lebih segar Insya-Allah.

• Aku juga baru paham sesuatu juga. “External world is merely an idea. We are the one who give meaning to it”. Akan ku kupas dengan lebih lanjut pada entry lain.

• Mungkin juga ‘Add Math Programme’ akan dibuat berperingkat berpandukan keluaran bulanan.

• Aku ingin mencapai income RM20,000 sebulan, Hasil daripada contribute ku pada masyarakat dalam education.

• Kadang2 serasa lebih mudah hidup dalam impian berbanding realiti. Masakan tidak, daripada impianlah wujudnya realiti.

p/s : Aku gembira kerana pembacaku telah bertambah satu lagi menjadi 2 ; Romizi & Arzim. Kegembiraanku bukan kerana diberi perhatian. Tetapi kedua2 menyatakan ‘terinspirasi untuk melakukan perkara yang baik2’ dgn membaca blog ini. Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan kalian.