Isnin, 15 Jun 2009

25th : Evolution is Forever

Part 1

Wow. Sudah masuk minggu ke-25. Selama inilah aku mendisplinkan diri untuk publish blog seminggu sekali. Ini untuk tujuan 'therapy' yakni mahu memahami 'cara pemikiran'ku dengan melihat cara penulisanku selama ini. Dengan memahami cara pemikiran ku, lebih mudah untuk dikemudi ke arah yg lebih baik, Insya-Allah.

Banyak perkara yang indah dan menarik berlaku sejak itu. Aku tidak mahu terlalu detail di situ, cuma ingin berkongsi sedikit finding yg menarik sejak itu ; -

"Nothing is FIXED yet. Everything is evolving"

Pendapat ini bukanlah sesuatu yg baru atau original. Ini adalah hasil dari kajian ku sendiri.

Hidup ini adalah evolusi yg panjang dan tidak henti2. Dan capability (kebolehan) kita sebagai makhluk yg berevolusi juga boleh diexpand, dgn kuasa Tuhan. Jika keadaan benar2 memerlukan.

Anai-anai yg ingin terbang diberikan sayap, lalu menjadi kelkatu!


Miracle kan.

Evolusi ini memerlukan masa dan tahap kesabaran yg tinggi. Ia nampak mudah dan overnight, padahal ia mengambil masa yg panjang untuk menyediakan keadaan itu.

Seperti pokok buluh.
Yang kita nampak tak semena-mena buluh itu naik. Padahal ia mengambil masa 5 tahun selepas benih ditabur untuk naik ke atas tanah. Selama 5 tahun itu lah akarnya tumbuh dan berakar tanpa kita ketahui apa.
Tau2 aje da naik.



Dan aku benar2 percaya, sebagai hamba Tuhan, kita boleh mencipta evolusi kita sendiri. Ia simple. Tapi simple tak bermaksud mudah.


Ia memerlukan pengamatan yg mendalam. Dan memahami diri kita yg sebenar.


Dan apa relevan kita pada alam ini.







Part 2


Setiap proses evolusi adalah proses 'ketidak selesaan' kerana 'expansion' of comfort zone. Ini memberi makna bahawa 'keselesaan' , atau complacent ini adalah zon bahaya, kerana 'stagnant'(tidak berubah), atau contract (pengecutan) zon selesa yg terlalu lama akan menyebabkan sesuatu unsur itu lemah, dan akhirnya lenyap.
Of course, ini adalah contoh yg ekstrem.





Oleh kerana itu, in order to survive, we must thrive. Setiap benda hidup mestilah sentiasa maju dan bergerak ke hadapan. Dinosaor, walaupun saiz nya besar dan gagah, pupus jua dalam bahana asteroid kira2 65 juta tahun dahulu. Kerana ia hanya gagah perkasa, tetapi tidak bijak.
Lalu Tuhan ciptakan manusia sebagai khalifah, makhluk yg lebih bijak. Walaupon saiz nya kecil dan tidak gagah, tetapi dilengkapi oleh instrument yg tidak ade pada makhluk lain, iaitu 'inner super-computer', otak.






Super-computer ini adalah satu mukjizat besar kerana ia mengambil sedikit zat Tuhan (umpama satu sudu kecil air di lautan luas), iaitu kebolehan untuk membuat judgement, dan mencipta dalam sedar.

Kemajuan teknologi adalah salah satu bukti paling jelas tentang kemampuan super-computerini. Ia bermula seawal zaman piramid lagi (3ribu tahun lalu), sehinggalah sekarang. Dan ia masih lagi expanding.

Ini adalah pencapaian yg luar biasa kerana umat manusia hidup tidak terlalu lama berbanding dgn umur bumi.

Mengikut kajian, manusia (homo sapiens) hanya wujud kira2 2 juta tahun dahulu, dan mula membentuk tamadun yg pertama kira2 10,000 tahun lalu.

Bandingkan dengan umur bumi ; 5.5 billion tahun dulu

Umur bumi : 5,000,000,000 tahun lalu
Dinosaur pupus : 65,000,000 tahun lalu
Manusia wujud : 2,000,000 tahun lalu
Tamadun pertama : 10,000 tahun lalu!


Untuk lebih clear, saya nisbahkan umur bumi menjadi satu tahun.

Umur bumi : Satu tahun (365 hari)
Dinosaur pupus : 4 hari lalu
Manusia wujud : Satu jam lalu
Tamadun pertama : Satu minit lalu!

Lihat lah betapa singkat nya masa kite hidup di dunia ini tetapi memberi kesan yg besar pada bumi ini.





Subhanallah.