Isnin, 23 Mac 2009

13th : Any Success/Breaktrough is the End of the Beginning, Not the Beginning of the End

Celebrating Small Success

Ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk (nak menunjuk2 ape kalu success itu small). Ini lebih kepada mensyukuri dan menghargai hari-hari 'biasa' ku.

Dan untuk meng'attract' kejayaan yang lebih besar dan bermakna dan besar Insya-Allah. Amin,


Small Success sepanjang minggu.

1.Tuition job mingguanku mencapai rekod baru (43jam): tertinggi dlm 4 tahun.

2. Kewanganku mencapai rekod teringgi dlm 4 tahun.

3. Masih dlm peringkat perbincangan untuk menubuhkan pusat Matematik pada 1 Jan 2010 di KOta Dsara.

4. Cikgu Bakar dan Cikgu Zul, kedua-duanya punyai pusat tuition yang berjaya, menyatakan hasrat untuk Joint-venture dgnku.

5. Aku punyai student baru yang cukup menyenangkan dan manis; Syazwani.

6. Ada seorang gadis comel ingin membuat cheese cake untukku.

7. Gitar brand 'Al-Hambra' (buatan hand made dr Spain) yg berharga RM3k++ milik Tasya(adik Ken/Jaja), dlm pinjamanku untuk menginspirasikan dlm penghasilan karyaku.
Komen : Sound sedap nak mampos!

8. Sahabat zaman sekolahku, Lee Hao Zhong, telah bersusah payah mewujudkan 'Fan Page ; TuLanG' di Facebook. Aku sungguh terharu. Thanx Fox Mulder

9. Sambut birthday mak pada Mac 18. Menantu kesayangan mak, Khalis Amali belikan cheese cake yg bertulis 'Queen of Our Heart'
How true..

10. Aku sudah buat keputusan. Ia bukan 50:50. Bukan 80:20. Bukan 20:80. Bukan 60:40. Bukan 40:60. BUkan 30:70. BUkan 70:30 . BUkan, BUkan!

Ianya 110:110.

Music dan Education.