Isnin, 4 Mei 2009

19th : I love U. That's why u are beautiful.

Small Success

1. Aku berjaya re-new road tax dan driving license ku.

2. Aku menyiapkan 'Tuition Agreement' ku.

3. Aku mengambil 'Partnership Agreement' di ROC, The Mall.
Kami mencadangkan nama : 3Zul Education Consultancy

4. Aku basuh kereta setelah sebulan tidak berbuat sedemikian.

5. Estee memperkenalkan rakannya, Marin, penyanyi indie yg berbakat besar untuk Projek Sajakiri. Thanks Estee!

6. Aku memulakan dietku dgn tidak mengambil sebarang daging dlm santapan lunch dan dinner ku.

7. Alhamdulillah. Deposit ku untuk bulan kedua ini mencapai tahap tinggi yang konsisten. Ini untuk tujuan pinjaman bank.

8. Jaja akhirnya agreed dan faham tentang perjuangan Sajakiri. ie recording sebulan sekali di studionya, dengan various singers.
Aku juga update : myspace.com/sajakiri
Ini mengilhami ku untuk menubuhkan 'Sajakiri International Music'

9. Lagu yang pertama ku fikirkan untuk dirakam ialah lagu "Thinkin's its Cool". Lagu ini akan ditulis kembali liriknya. Lagu follow-up : Syorgaku (Intan) dan Counter Terrorist.

10. Minggu ini filem : Wolverine

Best jugak sebagai hiburan, walau agak bercelaru dan tiada kesinambungan bagiku. Kurang feel. Akan digemari remaja. Terutama yg suka main video game.


11. Aku berjaya compile Sajakiri:Prequel 2007-2008 untuk dijadikan buku.

12. Aku membeli 6 bungkus rojak dari Makbul TTDI untuk warming house rumah Bash (awek Jaja) di KOta damansara.

13. Selesai majlis di atas, aku mengikuti Jaja ke PWTC untuk menyaksikan Full Rehersal AIM 2009.

14. Sabtu lepas aku jamming di Sonic Sri Dsara bersama Mior, Keno dan Eddy selama 2 jam. Keno menyatakan 'kepuasan'nya jam bersama Mior yg dianggap seorang drummer rock yg bagos sekali.

15. Aku ingin membeli condenser mic untuk tujuan merecord gitar akustik. Ini untuk tujuan menghasilkan database lagu2 ku versi pendek-2 minit.
Aku yg masih writers block ini memerlukan output yg lebih konsisten dan serius.

Juara Bolasepak Form 1 (1992)

Pada sekitar Februari 1992, kelasku, Tingkatan 1 Cokelat, atau lebih dikenali sebangai 1 C, menyertai pertandingan bolasepak kalah mati anjuran sekolahku, Bukit Bintang Boys School (BBBS), bersama 9 lagi team Form 1 yg lain.
Aku sebagai penjaga gol utama.
(ini kerana kerana tiada posisi lain yg sesuai kerana aku kaki bangku)


Suku Akhir : Menang menewaskan 1 Hijau : 3-0
Team 1 H adalah team terlemah dlm Form 1. So, no problem.
Scorer : Azrol, Nazar

Separuh Akhir : Menang menewaskan 1 Kuning : 3-1
Team 1K merupakan team favourite. Mempunyai 2-3 orang pemain sekolah. (Ijol juga kelas ini, dan melakukan percubaan terus leret kepadaku).
Tapi barangkali mereka under-estimate kekuatan kami kerana mereka tidak menyedari kehandalan pelajar baru kami, Nazaruddin (Nazar), yg beberapa minggu baru masuk ke kelas kami.
Kami mendahului 3-0 sebelum aku melepaskan gol pertamaku pada jarak dekat pada lewat permainan.
Scorer : Sunther, Nazar, Azrol

Final : Menang menewaskan 1 Putih : 3-2
Setelah menewaskan 1K minggu lepas, reputasi 1C memang hangat diperkatakan. Tapi masih ramai yg meragui team kami untuk menewaskan 1 Putih, yg mempunyai star player seperti Hanif dan Salihin.
Pada perlawanan itu, kami mendahului 1-0. Tapi mereka berjaya mendahului kembali dgn perebutan depan gol, dan bola 'lob' oleh Salihin. Kami ketinggalan 1-2.
Keadaan makin tegang apabila kami menjaringkan gol penyamaan oleh Azuan Kadir (kalu aku tak silap). 2-2.
Pada minit2 terakhir, stamina kami lebih kuat kerana kami lebih banyak meyerang. Fariz Ismail, seorang gangster sekolah yg baik hati, menjaring gol kemenangan kami.
Aku ingat lagi, aku menyambut gol itu dgn Hi-5 dgn rakan defenderku, Syaiful Fizrai.


We are the champion!


Ini adalah satu2nya pertandingan yg dimenangi oleh ku.
Satu2nya cenderamata sukan yg aku perolehi.


Team 1 C
Striker : Nazar, Azuan Kadir, Sunther, Azrol
Midfield : Firuz, Danial Rahim, Mail
Defender : Sofenir, Syaiful Fizrai, Rizal Rosli
Goalkeeper : Zainal Zulia