Memaparkan catatan dengan label travel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label travel. Papar semua catatan

Ahad, 7 Ogos 2011

India : Satu Perjalanan Part 2


Di muzium autonomi, banyak benda-benda pelik yang aku jumpa, mayat bayi yang bermata satu (baby cyclops) yang paling aku ingati. Dan segala kecacatan manusia diletakkan di balang kaca. Ada juga dipamerkan juga organ-organ dalaman manusia untuk tujuan pembelajaran. Walaupun aku pada dasarnya 'takut' kepada mayat, tapi melawat muzium autonomi ini mengujakan.



Menaiki 'trishaw' juga satu pengalaman baru. Baru ku tahu, rupa-rupanya asasnya adalah skuter, tapi diletakkan ' passenger booth' dibelakang, beserta 2 roda lebih di belakang. Boleh memuatkan 2 atau 3 orang dalam satu-satu masa. Dan pemandunya suka bawak laju-laju sambil tekan hon.

Etty dan trishaw

Aff, yang menemani suaminya Khalis, yang belajar perubatan di Manipal ini, tinggal di satu apartment satu ruang tamu-satu bilik tidur-satu bilik air-satu dapur di Jalan Anirudh (betul ke ejaannya). Ia agak selesa, dan di situlah kami sekeluarga menumpang tidur.

Teringat juga kami ada bersarapan di Anupam. Rasa macam mamak kat Malaysia, tapi takde roti canai (kerana roti canai lebih popular di tenggara India, kami di barat laut). Lagipun nama 'canai' berasal dari nama bandar "Chenai" di tenggara India. Kaum India di Malaysia juga kebanyakkan datang dari situ juga.

Bebalik kepada kedai Anupam tadi, yang banyak adalah Dosa, dan Dosa Naan yang paling aku ingat. Dosa sebenarnya Thosai atau tosei dalam bahasa melayu. Hah gitu .

Idli

Rata-ratanya kami hanya berjumpa lelaki India yang memakai baju kotak-kotak di sini. Kaum wanita agak kurang di sini. Yang ada pun hanyalah mak cik-mak cik. Manalah anak dara diorang ni. Dan tiada jumpa yang sekacak/secantik seperti arti Bollywood, kerana yang itu hanya berada di bahagian utara India, dari Bombay-New Delhi-Kashmir.

Kali sempat juga 'shopping' kain sari di sini (Udupi), almaklumah, ramai adik beradik perempuan. Aku sempat membeli satu untuk tunang tersayang. Murah aje dalam RM50-RM100. Tapi kalau bawak balik Malaysia boleh dijual beratus, dalam RM300-RM400.

Benarlah kata orang, "it's not where U go, but with who U go". Perjalanan ke India menyeronokkan dan 'memorable' atas dasar itu.

2 orang budak bingai.

Khamis, 4 Ogos 2011

India : Satu Perjalanan

Pada Februari 2 2010, kami sekeluarga (aku, mak, Etty & Yah) ke Manipal, India untuk melawat Aff & Khalis di situ (masa ni gubboy in the making). Ia sudah berlaku setahun setengah yang lalu. Tapi saja aku tulis sekarang unutk menguji ingatanku.

Perjalanan kapal terbang dari LCCT ke Kochi mengambil masa lebih kurang 4 jam. Sampai di situ, kami dijemput pemandu upahan yang baik hati bernama Praveen. Walaupun dia kurang fasih berbahasa Inggeris, tapi dia sempat menunjukkan gambar familinya padaku. Sampai di Ernakulam, kami menaiki keretapi selama 7 jam untuk sampai ke Udupi/Manipal. Nasib baik la kami menaiki koc malam, jadi tidur dengan amat selesa dalam keretapi (terimakasih kepada Aff yang membelikan tiket). Khalis dan Aff menjemput kami di stesen keretapi di situ.

Salah satu keunikkan di jalanraya India ini mereka gemar membunyikan hon. Di Malaysia, hon jangan sebarang hon, kerana ia boleh mengundang kemarahan. Tapi tidak di sini. Tidak membunyikan hon dengan kerap boleh mengundang bahaya.

Kami sempat ke Goa, kota yang pernah dijajah Portugis ini (sama seperti Melaka), dengan menaiki keretapi selama 4 jam, dan kereta 1.5 jam. Di sini, nasi beriyani adalah terbaik. Ia sangat autentik (asli), menggunakan beras basmati. Kari kambingnya usah cakaplah, bak kata Abah "best in the world!", memang tak jumpa di Malaysia. Kena pergi sana baru tahu.

Lagi satu keunikkan India dari segi logistik adalah perjalanan keretapinya (yang lama). Pernah aku berbual dengan seorang penumpang, dia dari selatan (Ernakulam), ingin balik ke rumahnya di utara (New Delhi), akan mengambil masa lebih kurang 48jam (2 hari) untuk sampai. Lama beb! Jaraknya lebih kurang 2,000 kilometer! Kita paling jauh pun Perlis ke JB, hanya 12 jam perjalanan (agaknya la) dan jauh 678 kilometer. Tapi koc keretapinya agak selesa la jugak (ada yang berhawa dingin) untuk perjalanan sejauh itu. Tempat duduknya, boleh dibuat 'katil' jika tidur secara melintang.

Secara keseluruhan, dari pemerhatianku, India umpama 50 tahun ketinggalan dari Malaysia (ini pakcik aku Cik Man yang cakap). Dari segi pembangunan, masih tiada lebuhraya yang menyeluruh untuk negara yang sebesar India ini.

Tapi aku begitu enjoy ke muzium autonomi di Manipal. Antara terbesar di dunia. Bersambung....


Budak kecik terpinggir dan Etty di India