Ahad, 24 Julai 2011

Growth

Ramai orang cakap 'growth' adalah sesuatu yang penting, dan harus dicapai dengan secepat mungkin. Seperti 'quick fix', contohnya syarikat yang baru ditubuhkan harus segera mendapat keuntungan, atau pabila murid pergi tuisyen, harus segera mendapat A. Ini tidak menjadi kesalahan, malah ia perkara yang baik dan bagus apabila dicapai. Tetapi ia menjadi masalah apabila 'menjadi prioriti', ie menjadi keutamaan berbanding perkara yang lebih asas, seperti keserasian antara pekerja (dalam contoh syarikat baru tadi), atau keseronokan pelajar (contoh murid tuisyen).

Dalam pembacaan buku 'Built to Last' (Jim Collins 1994), beliau ada menggariskan beberapa kualiti 'Great Companies' (HP, Merck, Sony, Disney, 3M) berbanding 'Comparison Companies' (Bristol Myers, Colgate, Texas Instrument). Tulisnya, 'Great Companies ini tidak fokus kepada 'growth' semata, contohnya HP (Hewlett & Packard) tidak mahu menerima bantuan 'venture capitalist' dan pinjaman dari bank,(sedangkan ramai orang rebutkannya) kerana khuatir 'growth' yang terlalu cepat akan memusnahkan nilai-nilai kemanusian dalam syarikatnya. Antara nilai-nilai yang ada dalam HP adalah:-

  • Respect to individuals (menghormati hak individu)
  • Technical contribution (setiap produk mestilah original dan membantu)

Ini tentunya bercanggah dengan kebanyakkan syarikat yang hanya fokus kepada 'expansion' yang cepat, dan keuntungan semata. Syarikat sehebat HP ini lebih fokus kepada nilai-nilai kemanusian yang diterapkan.

Jadi, mana lebih penting ; keseronokan mencari ilmu, atau 'score'dalam peperiksaan dengan kadar segera?



4 ulasan:

Master Yoda berkata...

Neither too rapir nor too slow..

Try to search the balance, hahaha (tu yg payah tu)

Tapi bile lu wat MSc lu memang kene always in RAPID mode...

Master Yoda berkata...

Typing error: * rapid instead of (rapir??), kah kah kah

Zainal Zulia berkata...

MSc tu pebenda bro?

Master Yoda berkata...

Master in Science