Jumaat, 29 Julai 2011

Malaysia vs Singapura (kaki kedua)

Semalam aku ke Stadium Bukit Jalil (pertama kali) untuk menyaksikan perlawanan ini. Aku tak nak mengulas lebih lanjut dan detail tentang perlawanan ini (semua sudah tau kan). Tapi aku memang respek habis 'ketenangan' Khairul Fahmi selaku penjaga gol, yang sangat yakin dan membuat tangkapan kemas. Aku rasa kalu dia yang main pada kaki pertama di Singapura (Sharbinee Alawi yang main) mungkin tidak sampai 5 gol dibolosi kot. 

Walaupun aku mengakui Singapura lebih layak memenangi kerana mereka bermain dengan lebih kemas dan teratur, tapi aku tak pasti adakah rakyatnya akan berasa bangga mengetahui hampir separuh dari pasukan bukan rakyat Singapura sejati (macam baru hafal aje lagu kebangsaan hehe). Dan ketiadaan NorShahrul Idlan Talaha begitu dirasai sekali kerana tiada perancang kreatif yang assist Safee Sali. Tapi apa pon, gol Safee begitu cantik sekali dan gegak gempita di stadium ketika itu terlalu best dan happening untuk diceritakan.

Ok. Itu saja analisku terhadap perlawanan. Saat personalku yang paling best ialah ketika menyanyikan lagu Negaraku bersama 85,000 yang lain. Aku akui, aku tidak dapat menyanyi masa permulaan lagu kerana begitu sebak. Sebak mungkin kerana teringatkan krisis politik baru-baru ini, atau rasism dan idealogi yang berbeza, atau penyokong MU di'boo' oleh penyokong Liverpool, tapi malam ini, sukan bolasepak bisa menyatukan kita semua. Seluruh rakyat Malaysia.

Sepanjang 32 tahun aku hidup, pertama kali aku merasa bangga mengakui aku rakyat Malaysia. Haha agak emo di sini. (Adakah kerana pasukan Malaysia paling bagus ketika ini?) Pertama kali aku merasa kepingin utuk memakai jersi kuning Malaysia. Tapi serius beb, seluruh Eropah sudah ku jelajahi, tapi momen paling best adalah ketika tayar kapal terbang menyentuhi bumi Malaysia, dan Singapura kerap kukunjugi (ada saudara-mara di situ), tapi momen paling best adalah ketika melintasi Tambak Johor/Link Kedua ke Johor Bharu (kerana tak payah pakai seatbelt dah! haha).

Malaysia Tanah Tumpah Darahku!


2 ulasan:

FarizDanialz berkata...

haha yang last pasal seat belt tu kelakar

Zainal Zulia berkata...

serius best