Khamis, 28 Julai 2011

Pasal Bola

Insyallah malam ni aku bersama adik-adik ku akan ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan kelayakan Piala Dunia Malaysia vs Singapura, kaki kedua (2nd leg). Harap-harap Malaysia menang 4-0.

Disclaimer : aku bukanlah penyokong mana-mana pasukan EPL. Satu-satunya team yang aku sokong dari kecil adalah Kelantan. Semestinya oleh kerana ia sudah kuat sekarang, perhatian kepada Kelantan adalah lebih berbanding dahulu.

Banyak team yang ingin membeli 'growth'. Contohnya Chelsea dan Machester City. Pemilik mereka kaya, jadi mereka berasa seolah-olah 'kejuaraan' boleh dimiliki dengan membayar harga-harga tertentu. Memiliki pemain dan jurulatih yang hebat, akan menjadikan mereka team yang hebat juga, betul ke?

Mungkin mereka boleh. Tapi ia sangat 'sementara'. Seperti Chelsea yang menang semusim. Mempertahankan kejuaran adalah lebih sukar dari memenangi kejuaraan.

Lihat team juara : Manchester United dan Barcelona. Semestinya, pemain dan jurulatihnya juga hebat. Tetapi berbanding team-team yang disebut terdahulu tadi, prioriti mereka berbeza. KESERASIAN adalah no 1. Keserasian mengambil masa. Ia tidak boleh dibeli. Ia hanya boleh dimiliki dengan usaha. Tiada jalan pintas. Kedua-dua team diatas tidak menukar jurulatih/pemain sesuka hati hanya kerana kalah/tidak memenangi kejuaraan. Mereka tahu mereka perlukan masa. 

Aku agak kagum dengan Alex Ferguson yang tidak mengelabah 'mencari pengganti' Christiano Ronaldo, walaupun kantong MU tebal. Dia 'develop' dan fokus pada apa yang dia ada terbaik ketika itu iaitu Wayne Rooney. Focus on your strength

Bijak.




2 ulasan:

Master Yoda berkata...

"Lihat team juara : Manchester United dan Barcelona. Semestinya, pemain dan jurulatihnya juga hebat. Tetapi berbanding team-team yang disebut terdahulu tadi, prioriti mereka berbeza."

Gua suka ayat ini, hahaha...Viva El-Catalan les Barcelona

Zainal Zulia berkata...

Hah suka. jgn tak suka