Isnin, 3 Oktober 2011

Aku dah kahwin ! (Part 1)

"Saya terima nikah Nurfaeza binti Mahamud dengan mas kahwinnya RM80 tunai.

Dengan 2 kali lafaz (kerana abahnya yang menikahkan ku tersasul menyebut 'lapan ringgit') maka sahlah aku menjadi suami kepada Nurfaeza, dan dia menjadi isteriku. Alhamdulillah. Bermulalah pancaroba baru dalam hidupku.

Nikah

Nikah berlangsung di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail pada 1 Oktober 2011. Akad dilafaz pada pukul 9.40pagi waktu masjid. Disebelah ku, yang hadir:
  • familiku: Mak, Kak gi, Aff, Yah, Yis, Eti, Khalis dan Hanzalah the gubboi .
  • Sepupu ku Apet dan keluarganya, bersama ibubapanya Pakda dan Makda, dan cucunya.
  • Sepupuku ibuku, Maspon dan suami encik Arif.
  • Sahabatku : Tarmizi (yang komited untuk hadir walaupun bertongkat kerana 'gout'), Romizi dan isteri (yang terbang dari Sabah semata-mata untuk majlis ini), dan Cikgu Zul, yang juga pernah hadir pada majlis pertunganku.
Hantaran : 7 berbalas 7.


Nikah : Gambar kredit kepada Romizi


Majlis Persandingan

Majlis dilangsungkan di Pusat Komuniti TTDI. Bermula dari pukul 1230 tengahari pada hari yang sama. Baju pengantin disewa dari Udaimatunir. Jurugambar rasmi : Fadhil dan pembantunya Razif. Sekalung perhargaan kepada iparku, Khalis (ayah gubboi) kerana sudi menjadi pengapit 'terjun' kepadaku.

Disebelah ku yang hadir masih familiku, keluarga Apet dan ibubapanya, Auntie Maspon dan suami, dan disertai oleh Acu sekeluarga. Sahabat; Romizi dan isterinya Liza yang masih setia. Dan 'bos'ku Mona dan Kumar, dan penyanyi Sajakiri, Muhsin dan Nadia , yang hadir di majlis sebelah ini kerana tidak dapat hadir pada kenduriku besoknya.

Auntie Maspon dan suami en Arif, dan Romizi dan isteri Liza diberi penghormatan 'bersalaman' (menggantikan renjis) kepada ku.

Alhamdulillah. Majlis tamat pada pukul 430petang. Dan kami 'bermalam pertama' di rumah sebelah perempuan di Damansara Utama.

Bergambar bersama pasangan MC, Sabrie dan Nadiah. Kredit kepada Nadiah