Selasa, 18 Oktober 2011

Hijrah : Satu Kanvas Kosong

Sesudah berkahwin, aku merasakan seumpama penghijrahan. Bukan sahaja perubahan lokasi fizikal ke Taman Subang Murni, tapi juga dari segi mental dan jiwa. Segala-galanya telah 'direset'. Kini telah terpisah dari idealogi keluarga terdahulu, kini terpulang kepadaku untuk mencorakkan idealogi baru kepada famili baruku ini. Menarik. Selamat datang kepada diriku sendiri.

Tekanan untuk lebih berjaya dalam karierku dapat kurasakan. Jangan salah sangka, ini tekanan yang sihat, dan telah lama kunantikan. Alhamdulillah, platform sudah ada. Cuma tinggal perlaksanaan yang lebih menyeluruh dan jitu sahaja.

Melalui pembacaan berulang-kaliku buku 'Good to Great' oleh Jim Collins, hampir 80% potensi kejayaan itu terletak pada 'siapa yang kita berkawan/bergaul'. Ini bukan nepotisme, tapi lebih kepada 'the right who' yang dapat membantu kita dalam perlaksaan sesuatu projek. Lebih kepada 'pembentukkan pasukan' daripada nepotisme semata. Malah Jim Collins menekankan betapa pentingnya 'siapa' berbanding 'visi' sekalipun. 'First who, then what'. Agak memeranjatkan juga beliau mengesahkan teori itu tepat setelah membuat kajian selama 6 tahun.

"It's not where U go, it's with WHO U go"

Atas inisiatif ini, aku ingin membeli Zoom H1 Recorder, untuk menemuramah 'mereka' yang lebih hebat dariku. Untuk tujuan pembelajaran (jangka masa pendek) dan persahabatan (jangka masa panjang). Demi untuk 'meniru' dan belajar cara mereka berfikir dan seterusnya menjadi sehebat dan seberjaya seperti mereka, Insyallah.

Siapa kita? Tengoklah siapa kawan kita. 




Zoom H1 Recorder

Tiada ulasan: