Rabu, 27 Julai 2011

Romizi

Aku mengenali sahabatku Romizi pada tahun 1994, ketika kami berusia 15 tahun. Dia kelas 3 Maju, aku 3 Bersih. Aku selalu melihat aksi lucunya ketika beratur di luar kelas. Aku di tingkat 3, dan dia di ground floor. Dia memang seorang yang peramah, dan air mukanya yang selalu tersenyum, menenangkan orang di sekitarnya.

Beliau orang seni dan kreatif. Ketika remaja, dia sering mengajak aku 'jam' secara unplugged di rumahnya, atau di mana saja, dan dia akan merakam (dulu senang nak record, sebab pakai kaset saja), dan dia akan simpan semua koleksi rakamannya baik-baik dan beri kami salinannya. Ketika Form 5, aku pernah terlibat dalam pementasan drama di sekolah arahannya (sempena persaraan Guru Besar Pn Sri), sebagai pelakon tambahan dan pemuzik.

Pernah juga ketika aku kecewa bercinta, aku datang ke rumah dan merakamkan lagu "Goodbye My Girl". Wah syahdu betul ketika itu ya Rom, haha.

Romizi ini serba boleh. Dia seorang komposer (Dhuat), DJ/MC, penyanyi, cameraman, art designer (beliau pernah bekerja di Leo Burnett), pengarah filem pendek (insyallah filem panjang kelak). Sangat berbakat dan kreatif. Bila aku ingin meluah perasaan, beliau adalah sahabat yang mendengar, dan 'faham' perasaanku, dengan sekali lalu sahaja.

Romizi baru saja berpindah ke Sabah, menemani isterinya yang manis Liza, yang berkerja sebagai ustazah di sana.




"Walaupun aku tiada di sisimu, doaku, semangatku kan tetap bersamamu." Romizi.

4 ulasan:

cpol berkata...

huhu... artikel ini bila kubaca, bercampur perasaanku huhu... tapi perenggan-perenggan last tu, terasa syahdunya huuuuuuuu......

Zainal Zulia berkata...

haha...ya...agak merindukannya sejak beliau ke Sabah...a true friend...

faeza berkata...

waaa sweet karangan cikgu :)

Zainal Zulia berkata...

manis kan