Isnin, 4 Mei 2009

Juara Bolasepak Form 1 (1992)

Pada sekitar Februari 1992, kelasku, Tingkatan 1 Cokelat, atau lebih dikenali sebangai 1 C, menyertai pertandingan bolasepak kalah mati anjuran sekolahku, Bukit Bintang Boys School (BBBS), bersama 9 lagi team Form 1 yg lain.
Aku sebagai penjaga gol utama.
(ini kerana kerana tiada posisi lain yg sesuai kerana aku kaki bangku)


Suku Akhir : Menang menewaskan 1 Hijau : 3-0
Team 1 H adalah team terlemah dlm Form 1. So, no problem.
Scorer : Azrol, Nazar

Separuh Akhir : Menang menewaskan 1 Kuning : 3-1
Team 1K merupakan team favourite. Mempunyai 2-3 orang pemain sekolah. (Ijol juga kelas ini, dan melakukan percubaan terus leret kepadaku).
Tapi barangkali mereka under-estimate kekuatan kami kerana mereka tidak menyedari kehandalan pelajar baru kami, Nazaruddin (Nazar), yg beberapa minggu baru masuk ke kelas kami.
Kami mendahului 3-0 sebelum aku melepaskan gol pertamaku pada jarak dekat pada lewat permainan.
Scorer : Sunther, Nazar, Azrol

Final : Menang menewaskan 1 Putih : 3-2
Setelah menewaskan 1K minggu lepas, reputasi 1C memang hangat diperkatakan. Tapi masih ramai yg meragui team kami untuk menewaskan 1 Putih, yg mempunyai star player seperti Hanif dan Salihin.
Pada perlawanan itu, kami mendahului 1-0. Tapi mereka berjaya mendahului kembali dgn perebutan depan gol, dan bola 'lob' oleh Salihin. Kami ketinggalan 1-2.
Keadaan makin tegang apabila kami menjaringkan gol penyamaan oleh Azuan Kadir (kalu aku tak silap). 2-2.
Pada minit2 terakhir, stamina kami lebih kuat kerana kami lebih banyak meyerang. Fariz Ismail, seorang gangster sekolah yg baik hati, menjaring gol kemenangan kami.
Aku ingat lagi, aku menyambut gol itu dgn Hi-5 dgn rakan defenderku, Syaiful Fizrai.


We are the champion!


Ini adalah satu2nya pertandingan yg dimenangi oleh ku.
Satu2nya cenderamata sukan yg aku perolehi.


Team 1 C
Striker : Nazar, Azuan Kadir, Sunther, Azrol
Midfield : Firuz, Danial Rahim, Mail
Defender : Sofenir, Syaiful Fizrai, Rizal Rosli
Goalkeeper : Zainal Zulia

Tiada ulasan: