Khamis, 12 Ogos 2010

John Gan

Pada Januari 2008, aku mula mengajar Add Math kepada John Gan, satu-satunya student cina ku ketika itu.

Markah final exam John ketika itu ; 4%

Kusangkakan John seorang yg lembap/lembam tapi rupanya tidak, malah sebaliknya ; seorang yang pick up cepat tapi extra pemalas.

Parentnya juga adalah orang yg baik dan jujur. Mereka yg suruh aku decide berapa kali kelas seminggu. Selalunya parent yg decide
Aku ngajar 2 kali seminggu.


November - Di kelas terakhirku
Setelah 129 jam dan RM5,160 telah dihabiskan, ibunya Ms Gan bejumpa dgnku dan menyatakan terima kasih atas komitmenku. Dan secara peribadi menyatakan ‘tidak mengharapkan apa keputusan yg cemerlang. Cukup baginya melihatnya anaknya mula berminat belajar stelah tuisyen bersamaku’.

Aku terharu


Mac 2009

John mendapat 4A dalam SPMnya. Add Math adalah satu-satunya subjek yg mendapat A!.

Alhamdulillah!

Mr dan Ms Gan menelefonku untuk mengucapkan terima kasih kepadaku secara peribadi.


4% -----> A1

Ramai org bertanya ‘bagaimana aku lakukan’. Honestly, aku pun tak tau. Aku tak rase aku deserve credit yg besar; aku cuma merasakan intention parentnya yg jujur dan iklhas terhadap anak adalah faktor utama.

They have faith in their own son.

Congrats John. Proud of U, man.

Tiada ulasan: