Selasa, 23 Ogos 2011

About Sajakiri



Salam. Nama saya Zainal Zulia, sebagai komposer utama untuk Sajakiri Music. Saya juga seorang tutor matematik, telah mula berkecimpung dalam bidang penciptaan lagu dari umur 14 tahun lagi. Pada mulanya penubuhan Sajakiri Music (awal 2010) hanyalah sekadar suka-suka, dan hanya ingin berkongsi di Facebook, tapi berkat sokongan dari saudara, sahabat dan taulan, menyemarakkan lagi semangat saya untuk berkarya dengan lebih serius. Alhamdulillah, Tuhan menemukan saya dengan Muhsin, penyanyi panel utama untuk Sajakiri Music. Pada masa sekarang juga, kami sedang sibuk berkolaborasi dengan Didi (dari band Indie Mice) untuk menubuhkan anggota tetap untuk Sajakiri Band.

Perjalanan masih jauh, dan setiap hari adalah permulaan. Menjadi tersohor adalah impian, bukan untuk meraih nama semata, tapi untuk berkongsi inspirasi bersama yang lain. Inilah tujuan kami. Benar, seni itu subjektif, kami tidak boleh memuaskan hati semua orang, tapi kami boleh memuaskan hati 'sebilangan orang'. Mereka inilah yang kami cari kerana mereka akan terus menyokong kami, dan mereka menjadi sebahagian daripada kami juga (extension of us).




Tetapi dalam website ini (sajakiri.com), ia lebih daripada sekadar muzik. Di sini saya akan berkongsi idea, inspirasi, temuramah bersama insan seni yang lain, atau menjemput mereka menjadai 'guest author' untuk blog kami ini. Kerana seni lebih dari hiburan semata. Ia adalah karya jiwa.

Pada masa yang sama, saya sebagai komposer bebas juga berharap boleh membantu rakan seni yang lain dalam penghasilan muzik. Tak kira dari segi penciptaan (composition), susunan (arrangement), dan penerbitan lagu (production) lagu.

Terimakasih



Zainal Zulia, Ogos 23 2011

Tiada ulasan: