Khamis, 17 November 2011

Sebulan sekali

Aku dan isteri bercadang untuk menjemput makan-makan, saudara atau kawan-kawan, sekurang-kurangnya sekali sebulan. Setelah mengadakan "Pemanasan Rumah" (house warming) bulan lepas, kami berasa seronok dengan kedatangan tetamu ke rumah kami. Lagipun, isteriku yang suka mencuba resepi baru, kini bolehlah mengasah bakat terpendamnya dalam bidang masakan.

Kami bercadang melakukannya pada hari Sabtu.

Kami percaya, rezeki adalah lebih murah jika rumah kita selalu dikunjungi orang, Insyallah. Di rumah teres 2 tingkat ini, kebanyakkan masa kami hanya lepak di tingkat atas sahaja. Di tingkat bawah umpama lobi, khas untuk tetamu sahaja.

Kami juga akan menjemput sekeluarga sahaja, tidak terlalu ramai, kurang dari 10 orang pun. Sekurang-kurangnya kami boleh beritahu kepada saudara-mara, sahabat dan taulan di mana kami tinggal. Bukan sekadar 'chat' dan 'komen' di Facebook sahaja.

Kami tinggal di Taman Subang Murni, berdekatan dengan Subang Airport. Kami masih menyewa, kami ada memasang niat untuk membelinya, insyallah. Kami sukakan kawasan ini, kerana ia tenang, tidak berapa hampir dengan bandar, dan punyai 'security guard'. Lebar rumah yang agak luas, disamping 'fully-furnished', dari peninggalan keluargaku ketika kami tinggal di Damasara Height, 10 tahun dulu. Doakan kami berjaya memiliki rumah ini. Amin.

Bukan itu saja, kami juga punyai 2 bilik tamu, satu katil bujang (single bed), dan satu lagi untuk pasangan (queen bed). Kedua-dua bilik punyai air-con dan bilik air sendiri. Wah promosi macam nak buat 'homestay' pulak. Ingat nak ajak famili gubbouy tidur semalaman.

aku bersama Hanzalah aka Gubbouy

1 ulasan:

azizul berkata...

waahhh.. bagus idea tu. kalu nak jemput, afdal jemput kwn2 yg dekat dulu..