Ahad, 20 November 2011

Perlu buat kelas 2 kali seminggu? Atau buat kelas A dan B?

Kini, insyallah aku akan punyai 'ownership' dalam Pulau Ilmu. Jadi aku punyai hak ekslusif untuk merancang bentuk kelasku. Bukan hanya dari segi modul dan silibus. Malah struktur kelas itu sendiri.

Jadi dilema aku adalah :-

  1. Perlukah aku buat dua kali seminggu?
  2. Perlukah aku buat kelas A dan B? (bergantung kepada kecerdasan pelajar).
Ini kerana aku punyai modul yang agak padat, dan aku tak pasti untuk mengajar kepada 'semua' murid pada masa yang sama. 

Mengikut kajian lepas, (klik sini) semestinya kelas 2 kali seminggu lebih digemari kerana ia lebih 'nilai'. Tapi aku terfikir? Berapa ramai yang betul-betul sanggup datang 2 kali seminggu?

Pada asalnya aku juga bercadang untuk membuat 2 kelas berbeza mengikut tahap kecerdasan, A dan B. Tapi kurasakan 'malas', atau kurang bijak untuk membuat kerja 2 kali. Tapi kelas 2 kali seminggu sememangnya lebih bijak, kerana aku boleh mengajar lebih banyak dan puas hati. Disamping 'saringan' akan dapat dilakukan dengan automatik. Maksud; hanya mereka yang komited sahaja (tidak semestinya pintar) akan terus setia. Benarkan?

Aku sebenarnya, terpengaruh dengan biografi Steve Jobs. Beliau sering menekankan aspek 'nilai' pada sesuatu produk itu. Tidak semestinya "takde orang buat, maknanya takde orang nak". Kalau kita fokus pada kecermelangan dalam nilai, orang akan tetap hadir dan memberi sokongan, dan membeli hasil kita, walaupun dengan harga premium.

Semestinya, yang membezakan antara kebanyakan kita dan Steve Jobs adalah, kita punyai keraguan. "Betul ke kita boleh buat gini"?

Zul, apa pendapat lu?


Tiada ulasan: