Selasa, 9 Ogos 2011

If U want something, give it!

"If U want something, give it!!"

Aku terbaca quote ini dari Twitter (dari @SagesScientist). Agak terkesan dengan kata-kata ini.Ini kerana kebiasaannya kita hanya 'memikirkan kehendak diri sendiri' tanpa memikirkan 'apa yang hendak diberi'. 

Dalam buku The Power, penulisnya Rhonda Byrne memberikan duit kepada orang-orang yang tidak dikenali (strangers) secara gerak hati, ketika dia saat dia benar-benar perlukan duit. Dan dia bukanlah dari orang yang berada. Katanya, dia berbuat begitu bukan kerana mengharapkan sesuatu, tapi untuk berasa 'gembira' (feel good) terhadap duit. Kesannya, tidak kurang dari seminggu, beliau mendapat 'durian runtuh' dari tempat-tempat yang tidak dijangka (contoh dividen saham lamanya). Konsepnya sama seperti 'pemberian random'nya tadi. Menakjubkan.

Ok. Sekarang katakan anda ingin kemewahan, atau kekayaan (sama je kan). Jadi, mengikut matematik tadi, anda perlu beri dulu 'kekayaan' diri anda. 'Kekayaan' di sini tidak hanya bermaksud harta, tapi ' natural resourses' yang ada dalam diri anda. Bakat, network, cita-cita, impian, strategi, kemahuan atitud positif dan banyak lagi. Inilah 'kekayaan semulajadi' yang ada dalam diri anda.

Ok. Nampak ia begitu 'obvious' kan? Tapi kenapa ramai yang masih tidak berjaya? Ini kerana kebanyakkan dari kita tidak menyedari yang kita sudah punyai 'kekayaan semulajadi' yang Tuhan ciptakaan sejak kita dilahirkan. Ia 'built-in' dalam diri kita sendiri. Masyallah.

Sebenarnya, kita tidak perlukan motivasi, tetapi inspirasi. Motivasi adalah jangkamasa pendek, dan inspirasi untuk selamanya.Dan inspirasi sudah ada dalam diri kita.





If U want to build a ship, don’t herd people together to collect wood and don’t assign them tasks and work, but rather teach them to long for the endless immensity of the sea.

Antoine de Saint-Exupery


Tiada ulasan: