Selasa, 2 Ogos 2011

Pengalaman Berpuasa di Perantauan

Aku pernah berpuasa di Dublin, Ireland, pada 10 tahun yang lalu. Sekitar 2001/2002. Ia agak unik. Waktu sahurnya tak ku ingat sangat kerana agak sama seperti di Malaysia. Oh ya, kebetulan, aku agak bernasib baik kerana bulan Ramadhan jatuh pada musim sejuk. Jadi sahurnya sekitar pukul 5, tapi Marghribnya pukul 4 petang! Sekejap giler rasanya.

Aku teringatkan seorang rakanku yang kuat tidur. Pabila dia bangun, masih gelap lagi. Dia tidak pasti adalah ianya pukul 5 pagi atau 6 petang haha. Patutkah dia sahur, atau berbuka?

Dublin Mosque

Aku yang ketika itu belum bekerja, beramai-ramai bersama rakan-rakan yang lain berbuka di masjid Dublin. Masjid yang berbentuk gereja ini menyediakan nasi Arab dan ayam secara dulang. Satu dulang biasanya untuk 4-5 orang makan. Jadi kami yang berbadan 'kecil' ini terpaksalah bersaing dengan orang Arab dan Pakistan yang mana lebih besar badan dan selera berbanding kami.Aku teringatkan juga pengalaman sahabatku, dia telah mengambil seketul ayam dan diletakkan di sisinya, tapi si mamat Arab ini dengan selambanya 'ambil' dan jadikan sebangai lauknya. Kesian member aku ini. Haha.

Sebenarnya, agak tidak berapa 'mencabar' berpuasa di sini ketika musim sejuk. Dahla sejuk, pukul 4 petang sudah berbuka. Tapi agak kesian member-memberku yang masih berada di sana pada tahun ini. Sekarang Ramadhan jatuh pada musim panas. Ha mendapatlah! Bayangkan, subuh pukul 2.30 pagi, dan pukul 9.30 petang baru berbuka. Masyallah! Agaknya selepas saja terawikh, terus sahur! Dan berpuasa selama 18jam sehari begitu mencabar. Tapi nasib baiklah cuacanya masih dingin (sekitar 12 - 16 darjah Celcius) walaupun musim panas.


2 ulasan:

Chip berkata...

Enal...

Ini Chip yang masih bermestautin di bandar Dublin. Sekarang nie aku tengah dok berpuasa 18 jam! Horror tu but after a while you do get used to it.

BTW, congrats on your engagement and an advanced Selamat Pengantin Baru just in case aku lupa nak cakap nanti (which will most likely happen!).

Zainal Zulia berkata...

Ha. Chip. Ko ade FB?