Jumaat, 5 Ogos 2011

Sajakiri : Buletin Ogos

Salam dan selamat sejahtera.



  • Atas bantuan Didie (Indie Mice), kami jamming buat kali kedua di Studio Hong di Damansara Utama. Isterinya, Salfani yang bermain keybord, Didie bass, dan penampilan sulung kawannya Wan sebagai pemain dram. Aku sebagai gitaris. Muhsin tidak hadir kerana masih bekerja. Penghargaan kepada Salfani kerana membuat 'homework', berjaya mencari 'line-line' piano dan string dengan jayanya.
  • Kami bercadang untuk jamming paling kurang seminggu sekali. Masih mencari masa yang semua orang 'available'. Tentang pemain dram, posisi ini masih terbuka lagi.

  • FB Adverts dimulakan sekali lagi, setelah sebulan berehat. Bermula dengan budget GBP 1 (RM5) sehari, kami mempunyai objektif untuk mencapai 1,000 Mailing List (sekarang 350), dan 100,000 Fans (sekarang hampir 11,000). Ini agak 'ambitious', tapi kami percaya ia boleh dilakukan. Amin.

  • Masih menanti Patrick Tan untuk menyusun lagu Pelangi.

  • Wartawan Berita Harian, Fatin Farhana ada menjemput kami untuk melakukan temuramah.
  • Kami masih menyimpan hasrat untuk menjemput Cik Lisa Surihani melakukan video klip untuk lagu Surihani.
  • Aku bercadang untuk mencipta lagu khas untuk skuad bolasepak negara "Harimau Malaya", dengan menggunakan lagu "River of Alkaline".
  • Juga bercadang mencipta lagu duet diantara 'pasangan kekasih' Muhsin dan Nadia (Brownees).

  • Masih menanti 't-shirt designer' yang berminat untuk 'design' t-shirt pertama Sajakiri. Khasnya untuk tujuan promosi lagu Surihani.

Sila undi lagu kami di sini : Your Favourite Sajakiri Song(s)

    Terimakasih.

    Tiada ulasan: