Isnin, 7 November 2011

Sekali seminggu, atau 2 kali seminggu

Aku ada melakukan kajian sedikit tentang ini . Lihat


*Sehingga 10:34 Isnin 7 Nov 2011

Di sini dapat membuat kesimpulan yang nyata, rata-ratanya buat kelas 2 kali seminggu 4 kali lebih menarik daripada 1 kali seminggu. Terimakasih kepada mereka yang sudi mengundi.

Walaupun keputusannya agak 'firm', masih ada keraguan dalam diri ini. Memang, adalah terlalu 'obvious' 2 kali seminggu lebih menarik. Tapi, bagaimana jika diaplikasikan dalam dunia nyata? Adakah pelajar sanggup datang 2 kali seminggu untuk kelas AddMath? Aku sendiri tak pasti.

Pro kepada kelas 2 kali seminggu
  • Dari segi bisnes, ini tentunya memberi kelebihan dalam persaingan (competitive edge), kerana ia lebih 'nilai' kepada pelajar (harga sama dengan pusat tuisyen yang lain, tapi lebih kelas).
  • Hanya fokus kepada mereka yang minat dan komited saja. Mereka yang malas, atau terasa 'sudah pandai', secara automatik tidak berminat menyertai kelas ini.
  • Pembelajaran menjadi lebih pantas dan jitu (solid), dan Insyallah menjamin keputusan peperiksaan yang lebih baik.
  • Aku sebagai cikgu lebih berpuas hati dalam mencurah ilmu dengan lebih dalam dan kepada mereka yang berminat sahaja.

Kontra kepada kelas 2 kali seminggu
  • Kelas mungkin tidak terlalu ramai, berbanding kelas tuisyen yang lain, kerana masalah komitmen tadi.
  • Kurang ekonomikal kepada guru, kerana 2 kali kerja, tapi dapat bayaran 'sekali' sahaja.
  • Ibubapa mungkin rasa terbeban menghantar anak mereka 2 kali seminggu untuk subjek yang sama (walaupun untuk topik yang berlainan)
Reflek kembali, bukan semua subjek boleh dibuat  sebegini. Hanya AddMath. Kerana ia subjek sukar tapi penting. Entahlah.

Kajian akan diteruskan.

1 ulasan:

Master Yoda berkata...

NAK BERJAYA, KENE LER SUSAH SEDIKIT, YE TAK?? BAIK DARI SEGI GURU ATAU MURID ATAU IBU BAPA JUA...

SEBAB TU, ADA KONSEP TAWAKKAL DALAM ISLAM...MEANS, KENE ADA USAHA, KENE BERSUSAH PAYAH DULU..

SEKIAN DARI "AKU YANG TAK GENIUS"...