Khamis, 20 September 2012

16 - Perubahan Modus Operandi

Selepas berjumpa dengan Shahir tempohari, saya mengalami anjakan paradigma. Sebelum ini, saya mencari klien untuk membeli dan merakam lagu saya. Tapi kini sudah berubah ; saya bangunkan sendiri artis saya,

Secara tidak langsung, Sajakiri Music akan menjadi Label Rakaman, secarasminya.


Alhamdulillah, segala persoalanan saya telah terjawab, setakat ini.


Modus Operandi

Proses ini nampak mudah, tapi saya percaya aplikasi adalah sukar direalisasikan.

  1. Penyanyi yang bebas dan layak : diikat kontrak samada masa (contoh 2 tahun) atau per single,
  2. Rakam sekurang-kurangnya 3 demo Sajakiri, 
  3. Beri A&R menilai,
  4. Jika ada lagu menarik, rakam secara profesional dibawah pembiayaan Sajakiri. Jika tiada lagu menarik, kembali ke langkah 2,
  5. Lagu siap diserahkan kepada A&R untuk tujuan promosi, dan kotrak dimeterai dengan A&R,
  6. Artis kena bekerjasama untuk tujuan promosi dan bersembahan.


Pembahagian Pendapatan

  • Caller Ring Tone (CRT) : pendapatan antara pemilik rakaman (dalam kes ini, Sajakiri Music) dan pihak A&R.
  • Royalti MACP : komposer dan penulis lirik lagu
  • Bayaran Persembahan : Artis/penyanyi


Pada masa yang sama, saya selaku komposer boleh membuat 2 kerja lagi:

  • menerbitkan lagu ciptaan sendiri/orang lain, untuk artis rakaman label lain,
  • mencipta lagu ciptaan untuk diterbitkan oleh produser lain


Ringkasan, sumber pendapatan Sajakiri Music adalah :

  1. Royalti MACP - tidakira jika artis di bawah label sendiri atau tidak, dibiayai oleh sesiapa pun, yang penting lagu dicipta oleh saya.
  2. CRT - hanya untuk lagu pembiayaan Sajakiri Music, selaku pemegang pemilik rakaman lagu, tidakira lagu ciptaan sesiapa pun. Dikongsi bersama A&R mengikut peratusan yang dipersetujui.
  3. Produksi : apabila saya menerbitkan lagu, tidakira ciptaan sesiapapun, dibawah pembiayaan orang lain.

Sumber pendapatan untuk artis adalah persembahan.


Inilah ringkasannya. Saya selaku produser lagu tersebut, tidakira ciptaan sendiri atau tidak, tidak perlu turun padang untuk tujuan promosi. Dan hanya perlu bekerja di studio atau di rumah saja, dengan hanya perlu mencipta lagu sendiri sahaja.

Wah, bahagianya hidup!



Tuisyen


Saya ingin terhadkan tempat pengajaran saya. Hanya terhad di Subang Perdana, Sri Damansara, Shah Alam, dan USJ sahaja. Tidak lagi di Klang, PJ atau Puchong.

Dan hanya 5 hari bekerja sahaja, dari pukul 5 petang hingga 10 malam.

Tiada ulasan: