Khamis, 13 Disember 2012

61 - Tanggungjawab sebagai komposer

Saya ketika ini belum lagi seorang komposer ternama. Walau itulah destinasi saya. Banyak lagi harus saya pelajari. Saya masih lagi mencuba untuk membuka Cubase SX setiap hari, walau sesibuk mana pun saya.

Nasib baik juga ada pertandingan Sajakiri - Vokal, memaksa saya untuk menyiapkan beberapa buah lagu baru sepanjang 3 bulan.

Saya sebenarnya seronok, atau lebih tepat syok sendiri dalam mencipta dan menyusun lagu sendiri.

Displin adalah sukar.

Mengekalkan displin adalah sukar, tidak semudah yang diperkatakan. Ramai orang cakap dia boleh buat sekali-sekala, tapi mereka yang membuat setiap hari adalah maestro sebenar.

Saya ingin menjadi komposer yang terkemuka dan berpengaruh bukan kerana imej dan nama semata, tapi kerana saya tahu saya boleh.

Tapi jauh di sudut hati saya, saya mahu melakukan lebih dari sekadar berkarya. Saya ingin mewujudkan institusi muzik. Buat permulaan, saya ingin mewujudkan majalah muzik secara online. Isu saya sekarang, bagaimana untuk mengupah penulis yang berkaliber.

Bagaimana untuk memujuk mereka untuk menulis di sajakiri.com? Bagaimana caranya?


Apa yang saya cari? Saya ingin mewujudkan majalah online muzik yang informatif, bukan sekadar hiburan semata. Sekurang-kurangnya satu pos baru setiap minggu.

Bagaimana ya? Bagaimana untuk menarik minat mereka menulis di sajakiri.com. Inilah soalan sebenar.






Tiada ulasan: