Jumaat, 2 September 2011

Raya Kali Ini

Makin lama kelamaan raya dirasakan biasa saja. Sekadar boleh makan di siang hari. Dipenuhi oleh generasi baru, anak-anak sepupu yang memenuhi rumah di kampung. Suasana memang meriah dengan mereka. Dan aku mula dipanggil sebagai Pak Ngah Nal, menggantikan Abang Nal.

Atok ku yang berusia 90 tahun juga kurang sihat dan kelihatan lesu. Aku doakan yang terbaik untuknya. Sekarang dia sudah ada 13 cicit kalau tak silap. Alhamdulillah. Kita pun entah kan sempat melihat cucu sendiri, apatah lagi cicit.

Insyallah tahun ini tahun terakhir aku beraya bujang. Aku sememangnya malas (manja), dan memerlukan seseorang untuk menguruskan 'fesyen' ku, kerana aku memakai baju raya 5 tahun lepas haha.

Di TV, juga hilang seri kerana tiada lagi iklan Petronas karya Yasmin Ahmad. Kebiasaanya semua orang menunggu, dan merasa sayu di malam raya melihatkan iklan tersebut. Tidak pernah menghampakan. Tiada lagi iklan yang sehebat karya beliau setakat ini.

Ini juga raya pertama ibuku menyambut raya sebagai nenek. Hanzalah aka 'Gubboy ke' juga pertama kali menyambut raya. Aku juga punya gol sendiri, iaitu memastikan Hanzalah ada sepupu sendiri untuk raya tahun depan haha!

Gubboy : Tuk Enggal cakap rupa nenek. Ye ke?

Raya kali ini juga aku sibuk memberikan kad undangan pada saudara-mara yang hadir ke rumah atukku.  Ada juga yang terkejut kerana menyangka aku sudah berkahwin haish.

Juga yang tidak mungkin aku lupakan, aku menerima sms istimewa daripada seseorang , beberapa jam sebelum beliau 'pergi'.

Nantilah aku cerita.

Tiada ulasan: