Isnin, 28 November 2011

Pelangi 2.0

Alhamdulillah. Jumaat minggu lepas kami baru sudah rakam vokal untuk lagu Pelangi 2.0 dengan Muhsin di Rafikonsep, TTDI KL. Patrick Gan, arenjer untuk lagu ini, juga baru pos CD 'wav file' ke rumahku. Umpama segala bahan masakan sudah sedia, hanya tinggal untuk dimasukkan ke kuali, dan dimasak sebaik mungkin, sebelum diserahkan pada JD untuk tujuan 'mixing.'

Sedar tak sedar, sudah 5 lagu telah dirakam oleh Muhsin;-

  • Sesuatu (May 2010)
  • Tinggal Rangka (May 2010)
  • Bidadari (Feb 2011)
  • Surihani (May 2011)
  • Pelangi (Nov 2011)
Kini lengkaplah untuk Sajakiri mengeluarkan Ep sendiri. Yeay!

Perjalanan masih jauh. Dari segi anggota tetap, selain aku dan Muhsin, ada 2 anggota baru yang komited dan berminat menyertai Sajakiri Band; pasangan suamisteri Dede sebagai pemain bass, dan isterinya Salfani sebagai keybordist. Hanya pemain dram belum 'confirm'.

Kami jamming seminggu sekali di studio Bluesbred, di Damansara Utama, selama sejam setengah.


Single pertama : Pelangi 2.0



Berbanding Surihani, aku lebih selesa mempromosikan Pelangi, kerana ia lebih mencerminkan semangat dan tujuan kami. Surihani lebih kepada 'single kedua' selepas Pelangi. Kami akan mempromosikan lagu Pelangi di media-media sebaik saja ia siap. Doakan kejayaan kami.

Kami juga ingin mencari sesiapa yang boleh desain 'artwork' untuk Sajakiri Ep 2.0 ini. Dan mungkin tidak 'print' banyak sangat, bergantung kepada permintaan. Edisi terhad.

Secara keseluruhan, Ep2.0 ini lebih 'emo' bebanding TuLanG 2.0, dimana ia lebih rock. Insyallah tahun depan aku ingin membawa kembali 'muzikeras' ke Sajakiri. Sungguh teruja!


Tiada ulasan: