Khamis, 8 September 2011

Dina (Part 6...The Outro)

Dina dan Imran ketika sekolah rendah.

Semalam aku menghadiri Hari Ke 7 - Yassin dan Tahlil untuk Gemullah anakanda Irdina di rumah mereka di Shah Alam. Pn Ida sempat lagi memberikan ku 'hadiah', perfume jenama Coco Chanel sebagai Hantaran ku kepada bakal isteri. Terimakasih Pn Ida. Sampai bila-bila pun aku akan ingat jasa baikmu.

Kami sempat berbual tentang keadaan Dina sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

"I am ready to go, Mama. I hope you ready to let me go. Please don't cry, okay. Semua ni dah nasib. Kita dah cuba" kata Dina kepada ibunya. Tapi mereka sempat berjenaka "See U later Alligator", dan Pn Ida membalas "In a while Crocodile", sebelum ventilator dipasangkan ke atas Dina. Pemergiannya juga tenang, dan berlaku perlahan-lahan, kebiru-biruan bermula di kaki, dan naik perlahan-lahan ke kepala, sebelum 3 'henjutan' kecil, tanda nafas berakhir.

Kata Pn Ida lagi, selepas jenazah dibawa ke rumah, jenazah 'tersenyum' sampai menampakkan gigi. Masyallah. Kemudian, ketika memandikan jenazah 20 jam kemudian, badannya selembut bayi, tidak keras langsung. Pn Ida sempat berjenaka 'ha tengok kubur dia, meriah dengan bunga, hari-hari I datang bubuh haha!" Sungguh cool Pn Ida ni. Aku benar-benar kehairanan. Tidak sedihkan dia?

"Alhamdulillah saya OK. Dina pergi dengan sempurna, cikgu. I cannot ask for any better. Selepas 4 tahun menderita dengan sakit dan chemo nya, sebenarnya kepergiannya adalah satu kelegaan pada semua. Kami redha dengan ketentuan Allah. Saya tak sedih, cuma rindu", ada sedikit getar pada penghujung ayat tersebut.  

Aku cukup kagum dengan ketabahan famili ini. Sedangkan kita sendiri pun mengeluh pabila hal-hal kecil. Apatah lagi hal-hal sebesar ini. Ini pengajaran untuk kita semua. 

Aku tanya lagi, bagaimana dengan adik-adiknya?

"Hasya jelah yang meraung di kubur, yang lain OK. Cuma kesian kat Imran. Sebenarnya Dina ada buat 'poem' untuk abangnya, yang ditulis pada Feb tahun ini, tapi tidak siapa pun tahu, sampai selepas kematiannya", kata Pn Ida sambil sms kan ku link nya.

Dear Brother, I Love You


Agak mengharukan, kerana Dina ada menulis ; 
"Okay, maybe I do feel a bit down that he'll probably never read a word of it considering how many tissues I used up to finish writing this, but I never planned on letting him read it anyway. I just needed to get it off my chest :shrug: "

Dan aku ada buat video khas untuk tujuan itu. Sila lah hayati. Terimakasih.




Update


"Ya Allah, janganlah jadikan masaku ini masa terakhir bagiku dengan rumah-Mu. Jika sekiranya Engkau jadikan masa ini terakhir bagiku, maka gantikanlah syurga untukku dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Pengasih.." - Pn Ida
 
 *Dina ketika mengerjakan umrah bersama keluarganya pada Disember 2009.


Kata Pn Ida , " The one thing I paling bersyukur is I dah bawa dia ke Mekah after PMR dulu - when she was at her healthiest. Memang rasa sempurna as a mother. Tambah2 lagi masa kita pergi masa lepas haji, time Mekah kosong & cuaca sejuk. Dina dapat buat semua- cium Hajarul Aswad sepuas2nya, solat dalam Hijir Ismail, tawaf betul2 sebelah Kaabah etc."

**Ketika makan 'kambing mandi' inilah dia sms aku akan result PMRnya.

Al-fatihah.

2 ulasan:

mohsein shariff berkata...

sometimes we only appreciate someone when they are already gone. Life is short but i am sure Irdina has live her life the fullest.

May her story be an inspiration for us to appreciate life and ppl around us more.

Al fatihah

Zainal Zulia berkata...

Well said bro...