Khamis, 27 Disember 2012

83 - Dunia Ini Luas

Setelah menghubungi Syahir (arenjer) untuk menanyakan pendapatnya tentang affliate ini, beliau begitu teruja. Begitu juga dengan saya. Kami sama2 teruja.

Mengapa beliau teruja : kerana saya menawarkan 2 pendapatan untuknya, komisen dan menyusun lagu. Mengapa saya teruja : kerana idea ini boleh diterimapakai.


Formulasi Harga
Sekarang ini saya sedang bertungkus-lumus untuk memikirkan harga terbaik untuk semua pihak ; klien, arenjer, agen dan juga saya sebagai produser. Ada beberapa opsyen, saya tidak pasti manakah yang terbaik. 

Sebelum itu, saya harus tentukan 'flow kerjanya' terlebih dahulu. 2 jenis flow: 

  1. Saya sebagai arenjer
    Saya sendiri yang menyusun lagu, dan mengambil masa selama  3-4 minggu untuk menyiapkan satu lagu. Faedahnya boleh menjimatkan bayaran arenjer. Saya hanya memberikan komisen pada agen.

  2. Saya hanya menyediakan Demo Kasar
    Yang baiknya, kerja menjadi lebih cepar (seminggu satu/dua lagu), dan menyerahkannya kepada arenjer untuk menyusun dan mempromosikannya. Dan pendapatan arenjer adalah lebih lumayan.


Kuantiti atau penjimatan?


Mana satu lebih penting untuk saya? Ini soalan sukar.

Bagaimana jika saya mahu kedua2nya? Contoh saya mahu mereka menyusunnya, dan mereka sendiri yang menetapkan harganya. Mungkin kita boleh kira dalam peratusan.

Dalam buat pengiraan ini, saya harus mengambil kira orang yang paling penting ; SAYA.


Tapi bukankah penjenamaan adalah segala-galanya?

82 - Sistem Affliate : Keburukkanya

Tiada masalah dengan sistem ini. Saya cuma mahu berfikir dengan lebih kritikal.


  1. Harapan menjadi lebih tinggi.
    Saya mengharapkan komisen menjadi motivasi utama kepada para agen. Bagaimana jika mereka menjadi kurang motivasi? Solusi : jangan terlalu tamak. Cukup dengan mensasarkan sekurang-kurangnya satu projek setiap bulan.

  2. Hilang momentum.
    Bukan itu saja, malah momentum para agen akan hilang, jika tidak dimotivasikan. Mungkin duit bukanlah faktor utama, tapi lebih kepada kepercayaan kepada karya itu sendiri. Bagaimana? Solusi : Hasilkan demo berkualiti tinggi. Pastikan juga lagu best. Mungkin saya perlu fokus untuk menghasilkan demo terbaik, bukan sekadar demo kasar.

  3. Jika tiada hasil dalam masa 2-3 bulan, saya akan kecewa dan tukar strategi lagi. Saya boleh bayangkan bagaimana saya mengubah strategi lagi dan lagi. Solusi : Ini agak sukar. Saya sendiri tidak pasti sama ada saya akan meneruskan ia. Kecuali jika berjaya mendapatkan job. Saya sendiri tidak ada cara lain, selain memotivasikan diri sendiri, dengan mengingatkan saya tentang kelebihan affliate ini.


Kelebihan Affliate

Selain daripada apa yang ditulis dalam entri lepas, kelebihan yang paling besar adalah 'Fikir Besar'. Saya boleh bercita-cita besar, dan impian saya untuk mencapai pendapatan 5 angka semakin dekat. Dan untuk menjadi komposer sepenuh masa.

Bukan itu saja, malah saya juga berpeluang bekerjasama dan menjalin hubungan bersama rakan affliate semua. Ini tanggungjawab besar, dan saya harus bersedia kerana cita-cita saya juga besar.

Kini Sajakiri Music berevolusi lagi. Ke peringkat seterusnya.

Rabu, 26 Disember 2012

81 - Sistem Affliate

Saya pernah menulis tentang ini dulu. Tapi kini idea ini muncul kembali, ketika saya sedang bertungkus-lumus menyiapkan sistem borang. Mengapa sistem affliate ini baik?

  1. saya akan mempunyai tim pemasaran yang automatik, dan benar-benar percayakan produk saya.
  2. saya boleh caj dengan lebih mahal. Memberi saya motivasi untuk menyerlahkan lagi lagi kualiti hasil kerja saya.
  3. Fokus : saya boleh menumpukan 100% terhadap penghasilan ciptaan karya terbaik.
  4. berkongsi hasil pendapatan dengan pihak ketiga.
  5. menghasilkan 'riffle effect', dan sinergi dalam tim ini.

Kini saya semakin jelas dengan cita-cita saya. Sebelum ini, saya ingin menjadi komposer bertaraf dunia. Walaupun ini baik, tapi ia kurang jelas. Kini saya menukar cita-cita saya menjadi 'komposer sepenuh masa'. Ini lebih jelas dan spesifik. Saya lebih bermotivasi dan berkeyakinan untuk mencapainya.

Pendapatan minimum haruslah menyamai gaji bulanan saya sekarang. Sangat jelas.


Apa kaitannya ini dengan Sistem Affliate?

Kaitannya, saya ingin jadikan servis penerbitan muzik ini satu kerjaya yang profesional dan serius. Oleh kerana itu, sudah sampai masanya saya berkerja dalam pasukan. Dan buat permulaan, saya perlukan tim pemasaran.

Idea saya setakat ini : saya ingin rakan affliate saya ini seorang arenjer juga, dimana mereka boleh makan kedua2 pendapatan, komisen dan upah menyusun lagu.

Banyak lagi yang harus saya fikirkan, terutamanya dari segi kos dan peraturannya. Saya tidak pasti akan sambutannya. Saya akui saya agak 'takut' untuk caj mahal sangat. Pakej ini pun harus saya rombak, dan tangguhkan perlaksanaannya.

80 - Fokus Pada Dalaman : Strategi Saya

Jika anda baca entri saya dari awal, anda akan nampak saya sebagai seorang yang mudah menukar fikiran.  Saya setuju. Pada masa yang sama, saya harapkan anda nampak juga yang saya selalu cuba untuk 'meringkaskan keadaan' (simplifying things). Termasuk yang ini.

Strategi saya mudah. Saya akan pos entri terbaru setiap 2 minggu. Tidak kiralah berapa kerap saya menulis, saya akan jadualkan menjadi 2 minggu juga. Juga saya cadangkan, walau apapun pos yang tidak melibatkan projek atau temuramah, letak link demo di bawahnya.

Demo : Saya berasa lega kerana ada masa 2 minggu untuk menyiapkannya. Terpulang pada saya untuk menggunakan SongFactory atau tidak,

Temuramah : juga tiada obligasi di sini. Terpulang. Asalkan rasa terpanggil, buat. Jika tidak, rilek saja.

Fb Post : untuk yang heavy punya, cukup seminggu sekali pada hari Sabtu. Yang kecil2an, hari2 pun bole.

FB Ads : saya bercadang untuk memperuntukkan USD1 saja setiap hari. Jadi bulanan adalah kurang daripada RM100. Oklah tu.


Yang bestnya tentang ini, sebenarnya saya boleh menulis apa pun, dan letak saja link demo tajaan di bawahnya. Mungkin saya boleh letakkan di dalam plugin 'every-bottom' itu.

Entahlah, boring juga ya jika terlalu fokus pada dalaman. Teringin juga untuk menulis, takkan nak menulis tentang diri sendiri saja kan.

Saya berasa kunci utama adalah demo baru setiap 2 minggu. Itu saja.

Selasa, 25 Disember 2012

79 - Fokus Pada Dalaman?

Pada pemikiran kedua, saya mempunyai idea yang lebih ringkas daripada itu : fokus pada dalaman sahaja. Apa maksudnya itu?

Ia bermaksud blog pos saya hanya menjurus kepada 2 bahagian utama; projek dan pembangunan demo sahaja. Dan berita atau pengumuman yang fokus kepada internal, berbanding luaran/eksternal.

Jadi, tiada tips, isu dan temuramah. Walaupun saya sangat sayang pada semua ini, bebanan kerja yang banyak menyukarkan fokus saya pada projek.

Tapi bagaimana dengan visi saya yang mahu menjadikan sajakiri.com sebagai hab informasi tentang ilmu muzik? Sebagai seorang guru, hati saya selalu ingin berkongsi. Tapi saya harus menerima fakta sebenar. Iaitu saya ingin menjana pendapatan melalui penerbitan muzik.


Tapi, bukankah jika berkongsi ilmu, secara tidak langsung ia akan mempromosikan Sajakiri Music? 

Saya sangat bersetuju dengan penyataan ini. Inilah niat saya terdahulu. Tapi memandangkan Sajakiri Music masih baru, pelawat 'tidak sedar' yang aktiviti kami adalah penerbitan muzik, bukan sekadar majalah online semata. Mungkin jika nama kami sudah terkenal, barulah sesuai untuk menjadi hab yang informatif, seperti mana niat saya awal tadi.


Tapi tidakkah bosan hanya fokus pada diri sendiri?
Bosan juga. Saya anggaplah inilah 'bayaran' saya untuk menjadi lebih fokus.

Apa yang saya rasa? 
Saya berasa lega, bebanan diangkat dari dada saya.

78 - Format Untuk Blog

Ketika ini saya masih bingungkan format blog untuk sajakiri.com 2013. Memandangkan prioriti saya adalah melahirkan demo baru setiap minggu, semacam ada rasa bebanan untuk menulis blog pula. Bagaimana ya?

Idea saya : tulis dengan santai dan jujur. Daripada Zainal Zulia. Tidak payah tunjuk pandai dan menjadi orang lain. Bagaimana itu? Kongsikan apa saja yang saya fikirkan sesuai. Tidak perlu menulis tips yang gempak sangat. Stay humble.

Berapa kerap? Bagaimana dengan seminggu sekali? Bagus juga. Temuramah? Sebulan sekali? Bagaimana jika hanya 2 minggu sekali? Bagus juga itu.

Tapi promosi di FB 2 kali seminggu.


Setelah hampir satu jam berfikir, ini konklusi saya :

  1. kemaskini blog hanya 2 minggu sekali. Sebab utama kerana mahu menumpukan perhatian kepada projek muzik.
  2. pos pada fb 2 kali seminggu, pada hari Selasa dan Sabtu. "Dont give a fuck". Presence dan fokus itu lebih penting dari sekadar kemas kini.
  3. Temuramah sekali sebulan.
  4. Penulisan adalah bebas, samada mengenai projek, tips atau isu.
  5. Prioriti adalah penghasilan demo. Seminggu satu.


Idea terbaru lagi : Istiqamah. Baru baca balik buku Great By Choice.
  • Minggu 1 : Prepare Demo, Post Blog
  • Minggu 2 : Post Demo, Prepare Blog

Temuramah sekali dalam masa 2 bulan / 3 minggu. Pos di FB juga cukup sekali seminggu. Saya suka dengan cara begini kerana ia lebih menenangkan. Tapi, tidakkah  ia terlalu perlahan? Betul saya setuju. Tapi ia lebih berkualiti dan lebih besar kemungkinan yang saya akan displin melakukannya, insyallah.

Isnin, 24 Disember 2012

77 - Servis, servis, servis, servis.

Saya ada terfikir untuk menulis blog hanya tentang aktiviti projek saya. Tidak kiralah tentang demo baru, atau projek baru. Hanya mengenai ini.

Tujuannya agar ia selari dengan kerja muzik saya, jadi saya tidak perlulah membuat kerja lebihan, seperti merayau di internet mencari ilham tips, isu dan berita semasa. Ia semacam pandang ke 'dalam'.

Adakah ini cadangan yang baik? Entahlah. Saya pun tidak pasti. Apa yang saya tahu, ia meringankan beban saya. Selain itu, ia membuatkan fokus saya semakin tajam. Dan harapannya, saya akan menjadi lebih efektif.

Persoalannya sekarang, adakah ia BAIK untuk pelawat baru?

Saya bercadang untuk memperuntukkan 4 jam sehari bekerja dengan Sajakiri Music. 10-12 dan 1-3. Takkanlah tiada masa langsung untuk mencari informasi, bagaimana?

Terasa seperti kosong pula, jika sekadar menulis tentang servis. Bukankah begitu?

Atau, bagaimana jika tidak perlu temuramah langsung, hanya fokus kepada 'content marketing'. Ini idea yang baik yang saya terlepas pandang. 

Bagaimana?

Bagus juga, saya boleh fokus untuk menghasilkan pos yang berkualiti. Mungkin boleh menyamar guna profile orang lain.

Tapi takde temuramah? Tak rugi ka? Mungkin boleh buat temuramah online saja ke. Lebih menjimatkan masa. Wow, idea yang menarik.

Contoh

  • M1 : Berita Sajakiri
  • M2 : Tips
  • Projek (jika tiada isu)
  • Featured Artist
Bagaimana, OK ke?

Atau bayangkan jika hanya Sajakiri Interview dan servis sahaja. Cuma kupasan lebih mendalam.

76 - Pemikiran Binari

Saya akui saya berfikir secara binari. Hitam atau putih. All or nothing. Kerana itulah saya bersetuju jika servis saya RM100 atau RM2,579. Tidak mahu tengah2.

Tapi semalam saya punyai idea untuk menaikkan harga minima menjadi RM500, saya menjadi bingung. Tiba-tiba saya terfikir, alang2 RM500, baik RM2,000 dan seterusnya. Bagaimana ya?

Baiklah. Balik kepada niat asal saya. Manakah yang lebih penting:


  1. harus segera meraih pendapatan 5 angka untuk membeli rumah ini, atau
  2. berkolaborasi bersama penyanyi berbakat dan lagu saya dinyanyikan di sana-sini.
Saya sedar saya mahu kedua2nya sekali. Bagaimana ya?


Ini idea saya semasa mandi tadi.

  1. 2 perkara saja yang penting. Cerita mengenai projek dan temuramah.
  2. Jika cerita mengenai projek berkurangan, barulah bercerita mengenai tips.
  3. Hanya perlu kemaskini sebulan sekali. Hanya perlu pos 1 artikel sebulan sekali (tak termasuk temuramah). Tapi jika cerita mengenai projek, kemas kinilah seminggu sekali, jika ada.
  4. Promosi melalui FB ads adalah kepastian. Link terus pada servis.

Pada pemikiran kedua, saya ingin jarakkan pos menjadi sekali seminggu, atau 2 kali dalam 2 minggu. Ini kerana saya harus lebih fokus kepada projek. Bagaimana itu?

Saya sukakan idea seminggu sekali ini. Tapi kemaskini hanya sekali dalam 2 minggu. Bagaimana itu?

Istiqamah. Baiklah, saya cuba implemenkan.

Ahad, 23 Disember 2012

75 - Update Terbaru

Setelah 2 hari bertungkus lumus mengemaskini Landing Page di sajakiri.com, kini ia sudah hampir 70% siap. Saya begitu teruja untuk menyiapkannya dengan kadar segera. Love it!

Perubahan besar : Harga minima untuk Sajakiri Elit saya naikkan ke RM 500 (sebelum ini hanya RM 100).


Saya tidak pasti kenapa. Kemungkinan besar saya 'agak yakin' dengan kemampuan laman ini menarik minat orang ramai, tidak perlu bertaruh dengan 'harga murah' semata.

Semestinya, saya lebih bermotivasi. Dan kenaikkan RM100 selepas satu projek masih ada.

Oleh itu, saya lebih teruja untuk membuat pos 'content marketing', samada pos tips yang berguna, dan temuramah bersama tokoh muzik.

Saya tidak pasti sekerap mana. Bagaimana jika seminggu sekali?


Soalan2 saya.


Apa harapan saya? Saya tetap merasakan jalannya tidak mudah. Saya harus menetapkan matlamat yang spesifik.

Bagaimana jika saya temuramah tokoh setiap bulan? Atau saya ubah format temuramah menjadi 2 bahagian?

Berapa kerapkah blog pos saya?  Cukupkah jika tangkap email dalam bentuk tawaran servis semata? Bagaimana jika pelawat hanya ingin melanggan?

Bagaimana harus saya promosi? Cukupkah dengan FB ads?

Apa yang harus saya tulis dalam blog pos saya? Bagaimana perlu saya fokus pada penulisan? Siapakah prospek saya? Bagaimana mahu memikat mereka?

Saya baru sedar prospek saya bukanlah komposer atau pemuzik. Tapi penyanyi dan produser muzik.

Sejak saya mahu menukar harga minimum RM500, saya merasakan USP saya menurun. Bagaimana ya?

Jumaat, 21 Disember 2012

74 - Bagaimana Jika Saya Teruskan Jua?

Sukar untuk saya gambarkan perasaan ini. Adakah kerana saya terlalu berhati-hati?

Atau pun kurang keyakinan diri?

Eksklusif dan Dunia ini Luas?

Atau mungkin saya takut dengan bayang sendiri?

Jika saya teruskan juga, apa risikonya pada saya?

Saya berhajat untuk menerbitkan sehingga 1,000 buah lagu. Tapi takkanlah caj lagu saya yang ke-1,000 adalah RM100,000? Tidak masuk akal. Saya berasakan perlunya ada mekanisme penurunan. Bagaimana?


Saya baru selesai perkiraan ini, iaitu penambahan RM50 (sebelum ini RM100). Hasilnya, ia lebih logikal. Contoh, selepas 100 buah lagu, caj saya adalah RM5,050 (sebelum ini RM10,000). Walaupun kenaikkannya jauh lebih perlahan (separuh daripada sebelum ini), saya merasakan 'lebih tenang' kerana gembira kerana boleh mencipta lagu lebih banyak dengan harga yang berpatutan.


Tapi pada pemikiran kedua, selang 3 jam dari tadi, tiba2 jelas.

Bagus juga jika saya mengambil +100. Mengapa ya?


  • Kerana ianya lebih abundance. Saya berasa malas untuk berfikir jauh sangat. Buat dulu idea ini, tengok apa yang jadi.
  • Ekpetasi tinggi adalah lebih baik daripada ekspetasi yang rendah.
  • Lebih mudah dikira, sebagai contoh projek yang ke 17 adalah bernilai RM1700.
  • Saya boleh beri yang terbaik untuk klien; mixing bersama JD, dan video.
  • Saya jauh lebih bersemangat dan bermotivasi tinggi.
  • Saya boleh membentuk kelab eksklusif/elit.
  • Boleh memikirkan tentang kemungkinan antrabangsa, kerana satu hari nanti harga saya akan menjadi sangat tinggi, insyallah.


"Rock N Roll is all about possibilities", Lars Ulrich