Selasa, 18 Disember 2012

68 - Fikir Besar, kata Donald Trump

Terimakasih kepada artikel ini. Penemuannya tepat di masa saya perlukannya.

Niat saya sebelum ini hanya menawarkan satu servis (kerana konon memudahkan pelanggan membuat pilihan), tapi kajian dalam artikel ini tersebut mencadangkan maksimum 3 pilihan. Mengapa?

Kerana menurutnya, akan ada orang yang AKAN membeli pada harga yang maksimum. Sila baca untuk lebih terperinci.


Apa maksudnya untuk saya?


Saya masih tidak pasti dengan harganya, tapi membuat pakej adalah pasti.


  • Pakej 1 : RM3,000
  • Pakej 2 : RM5,000
  • Pakej 3 : RM7,000
Ini sebagai contoh saja.


Apa impak untuk saya?

  1. Saya lebih berkeyakinan. Seolah-olah lebih menghormati diri-sendiri. Lebih berani untuk menemuramah tokoh muzik tempatan.
  2. Saya tidak gentar menerima kekalahan (memikirkan tiada siapa yang mahu), kerana fokus saya adalah 'siapa yang mahu'. Fokus kepada kemenangan adalah lebih besar.
  3. Saya lebih bersemangat untuk menyediakan Landing Page terbaik, iaitu lebih bersemangat untuk menyambut kemenangan.
  4. Saya merasakan saya adalah komposer profesional.
  5. Ia semeestinya lebih menyeronokkan!
Saya akui saya perlukan sedikit masa untuk menelan semua ini. Sebahagian daripada mindset saya masih sukar terima.

Yang peliknya, ketakutan untuk kalah tadi masih ada, tapi makin mengecil kerana ruang untuk menang adalah lebih besar. Alhamdulillah, saya tahu perjalanan masih jauh, tapi saya bersyukur atas idea ini.

Bolehlah menjemput penyanyi upahan seperti Muhsin untuk menyampaikan demo.



67 - Pengstrukturan Semula

Portfolio
Hanya tonjolkan kerja siap sahaja. Arranged Demo tidak perlu. Sama seperti di Soundcloud, Finalised dan Arranged Demo saja dipablikkan. Selainnya, adalah privacy setting.


Soundcloud
Buat Set :  Finalied, Arranged Demo, Interview sahaja dipablikkan. Rough Demo dan selebihnya diprivatekan. Privacy di sini hanya untuk mereka yang mendaftarkan email saja. Dan segala minus one tidak perlu dimuat-naik lagi. Hanya jika dipinta sahaja.



Blog
Hanya kemaskini sekali dalam masa 2 minggu. Satu untuk SajakirInterview, dan satu lagi bebas, diantara tips dan berita.



Stop Doing List

  • Sajakiri Vokal diberhentikan untuk sementara
  • TIDAK prodius lagu ciptaan orang lain (syorkan kepada produser lain jika perlu)
  • Tidak perlu buat arenjem demo yang komplikated


Idea Untuk Landing Page
  1. Grafik yang menarik
  2. 3 pilihan
  3. Tangkap email
  4. flow yang menarik
  5. mungkin upah copywriter

Apa matlamat saya?

"Mendapat SATU projek setiap bulan".

Itu saja.


Setahun dari sekarang. Bayangkan.

12 temuramah. 80 buah demo. Adakah ini yang saya mahukan? Bagaimana jika saya tidak mencapai matlamat saya?

Untuk kaunter itu, bagaimana jika saya naikkan harga membuat pakej RM3,000, RM5,000 dan RM7,000? Yelah, alang2 takut tiada orang yang nak, baik caj sebegini. Ada berani?

Ini merangsangkan saya supaya lebih berdisplin dan lebih berkeyakinan. Saya masih memerlukan masa untuk memikirkannya.

Ke entri berikutnya.

Isnin, 17 Disember 2012

66 - Mengapa Simplify

Syarikat seperti Twitter, Youtube dan Instagram dibeli dengan harga berbilion dolar kerana servis mereka yang sangat ringkas dan fokus. Dari sinilah saya mendapat idea ini.


Perancangan saya


Terimakasih kepada Songfactory, kini saya boleh membuat demo dengan cara mudah dan efektif. Hanya sejam diperlukan untuk menyusun secara asas, dan sejam lagi untuk rakaman melodi vokal. Secara teknikalnya saya boleh siapkan demo dalam masa 2 jam sahaja.

Tapi saya tidak mahu terlalu gopoh. Gol saya adalah SEBUAH demo setiap minggu.

Ini akan memberi saya ruang untuk melakukan Sajakiri Interview (mengambil masa sehari untuk menemuramah) dan melakukan edit (untuk beberapa jam). Secara teknikalnya, saya boleh melakukan temuramah 2 kali sebulan. 

Tapi saya tidak mahu terlalu gopoh. Cukup dengan hanya SATU sebulan.

Masa selebihnya?

Entahlah. Saya belum fikirkan lagi. Mungkin mendengar kaset lama yang menyimpan puluhan lagu ciptaan saya sejak remaja lagi, atau mungkin berusaha mencipta lagu baru. Atau mungkin memasarkan laman saya di sana sini.

2 aktiviti ini, cukupkah?


Perkara yang harus saya lakukan:


  1. Landing Page yang kelihatan profesional dan meyakinkan. Dari sini saya harus mengumpul email sebanyak mungkin.
  2. mengambil storej premium dalam Soundcloud untuk 12 jam, kerana mahu masukkan segala temuramah, demo serta kerja siap di dalamnya. Semua didalamnya. Organised.


Mengapa saya suka idea ini.


Kerana ianya ringkas, dan saya dapat menonjolkan kepada dunia luar yang saya ini komposer, dan suka berkongsi ilmu. Insyallah.



65 - Simplify

Seharian ini saya berfikir bagaimana untuk mempermudahkan aktiviti Sajakiri Music supaya lebih fokus dan efektif. Ini idea saya. Fokus kepada 2 aktiviti ini:

  1. menerbitkan lagu ciptaan saya SAHAJA
  2. Sajakiri Interview sebulan sekali

Saya tidak pasti adakah ini benar-benar efektif. Bayangkan. Di laman sajakiri.com, saya hanya letakkan temuramah saya bersama tokoh muzik tempatan, dan pada masa yang sama, jemputan untuk merakamkan lagu ciptaan saya kepada pelawat. Adakah ini satu idea yang baik?

Atau, soalan yang lebih penting ; dapatkah saya mendapat projek muzik, dan seterusnya menjana pendapatan (dari penerbitan muzik) dari laman ini. Ini soalan sebenar.

Ini sukar dijawap dari perspektif sekarang. Saya sekadar mendapat 'clarity' sebegini selepas pembelian perisian Songfactory, dan 5 mengapa dari entri sebelum ini.

  1. SajakirInterview :
    - dapat menjalin hubungan sebenar (bukan sekadar online) dengan menemuramah mereka.
    - dapat belajar dan menerima panduan mereka secara langsung.
    - membina kredibiliti Sajakiri Music sebagai platform pembelajaran.
    Dari sini, saya boleh memandu/menarik pelawat ke servis penerbitan muzik saya.

  2. Hanya lagu ciptaan saya saja
    - berharga RM2,579.
    - ratusan demo (kerana kerja saya dipermudahkan oleh Songfactory). Jadi mereka boleh memilih lagu dengan serius.
    - kemudahan ansuran : deposit RM500, bulanan serendah RM250.


Hanya akitiviti ini saja. Entahlah. Sukar saya meramalkan keberkesanannya.

It's just feel right.

Ahad, 16 Disember 2012

64 - Baiklah, saya sudah memiliki Songfactory, sekarang apa?

Saya mengalami anjakan paradigma sekarang. Saya meneliti kembali prioriti saya. Apa yang benar-benar saya mahukan?

Songfactory adalah perisian muzik yang sangat berguna untuk pencipta lagu yang malas semacam saya. Malas di sini bermaksud malas menyusun lagu. Hanya masukkan beberapa kords, tentukan temponya, dan rakam melodi/suara. Itu saja. Mudah dan ringkas. Satu lagu boleh siap dalam beberapa jam saja, versi previu demo lah.

Jadi ke mana saya selepas ini? Saya sendiri kurang pasti. Ada beberapa kemungkinan yang masih lagi saya fikir kan :

  1. bubarkan Sajakiri Vokal, atau kurangkan kekerapannya dalam masa setahun.
  2. upah penyanyi lain menyanyikan demo tersebut, supaya tetap kedengaran profesional dan sedap walaupun ringkas.
  3. membina Landing Page yang nampak profesional.
  4. mensasarkan ratusan lagu demo dalam Sajakiri Music Library.
  5. teruskan Sajakiri Interview tokoh muzik tempatan, untuk membina rangkaian, kredibiliti dan jenama Sajakiri Music


5 Mengapa


Apa yang saya mahukan?

Saya mahu kontribut karya seni saya dan berkongsi pengetahuan kepada masyarakat di luar sana.

Mengapa?

Kerana penciptaan muzik adalah bakat dan minat saya yang mendalam.

Mengapa?

Supaya saya bisa berkarya sepenuh masa, dan menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM20,000 sebulan.

Mengapa?

Supaya saya bergembira kerana dapat berkarya, kontribut dan pada masa yang sama dapat meluangkan lebih masa bersama famili.

Mengapa?

Saya percaya saya seorang yang kreatif dan berkebolehan.

Mengapa?

Kerana saya mahu 'life live to the fullest' dengan memaksimukan potensi saya, insyallah.

Sabtu, 15 Disember 2012

63 - Fokus pada penciptaan lagu

Dalam kesibukkan sebegini, saya biasanya mengambil masa sehingga 3 minggu untuk menyiapkan sebuah lagu. Minda sebelah kiri sebenarnya agak 'penat' memikirkan susunan lagu dan instrumentasi yang sesuai.


SongFactory


Saya mengidamkan waktu ketika saya menyusun lagu menggunakan keybord Yamaha ketika dulu. Sungguh mudah apabila menggunakan 'accompanied chords' pada latar belakang lagu.  Jadi saya boleh fokus pada perkara yang lebih penting - penciptaan melodi. Inilah kekuatan saya sebenar.

Saya terjumpa perisian ini, SongFactory dan berharga agak murah, USD59.99 sahaja. Berkemungkinan besar saya akan belinya. 'Sound'nya bukanlah yang terbaik, tapi 'simplicity' dan penggunaan yang 'intuitive' menarik minat saya.

Dari sini saya boleh bayangkan saya boleh menyiapkan sebuah demo dalam masa seminggu saja.


Fokus pada demo


Saya ada terfikir untuk menghentikan saja Sajakiri Vokal, dan fokus pada penghasilan demo saja. Bayangkan, beratus lagu ciptaan saya dalam soundcloud Sajakiri Music Library, hanya boleh didengari oleh mereka yang serius saja.


1,000 buah lagu


Saya mensasarkan terus untuk membuat demo sebanyak 1,000 buah lagu. Saya tidak perlu risau tentang susunan lagu. Hanya apabila ada mereka yang berminat, barulah saya serahkan pada arenjer untuk menyusun lagu. Inilah yang patut saya lakukan dari dulu. Mudah bukan?


Upah penyanyi lain


Bukan itu saja, malah saya berniat untuk mengupah penyanyi lain untuk menyanyikan demo saya. Baru kedengaran demo yang profesional.

Saya begitu teruja!






62 - Alokasi penulis jemputan : RM100 sebulan

Hasil dari entri sebelum ini, ia mengilhamkan saya untuk memperuntukkan sekurang-kurangnya RM100 sebulan untuk penulis jemputan. Tapi, perlukah? Untuk apa?


Penjenamaan.


Bayangkan jika laman sajakiri.com ditulis oleh mereka yang berpengaruh. Menarik, bukan?


Analisis. Pro dan kontra.

Pro

  • melonjakkan jenama Sajakiri Music - niat saya untuk mewujudkan majalah online yang informatif akan terlaksana.
  • boleh mewujudkan komuniti muzik yang sihat.
  • berpeluang mendapat projek muzik yang bagus.
  • jenama Sajakiri Music adalah jenama yang dihormati

Kontra
  • melibatkan tunai. Sekarang pun saya sudah menggunakan duit dari poket sendiri untuk SV. Tanggungan agak banyak.
  • tidak pasti adakah cara ini akan berjaya, kerana horizon masanya yang panjang.
  • mungkin ada cara lain yang lebih menjimatkan.

Nampak gayanya pronya melebihi kontranya. Insyallah saya akan mula implemen strategi ini bulan depan. Wah, sungguh teruja!



2013 dan seterusnya


Bermakna ada 3 projek besar untuk Sajakiri Music.
  • penganjuran Sajakiri Vokal
  • Penulis jemputan
  • fokus pada penerbitan muzik



Apa yang saya harapkan?


Seperti biasa, perasaan teruja saya melebihi segalanya. Sepertimana yang saya tulis tadi, saya ingin jadikan Sajakiri Music sebagai platform muzik yang informatif dan berguna kepada penggiat dan penggemar muzik di luar sana.

Memetik tulisan Jim Collins, "Siapa itu lebih penting dari Apa".


Email List

Atas dasar ini, baru jelas tujuan email list ini. Baru saya faham kepentingannya. Titik kabur sebelum ini telah bercantum.

Khamis, 13 Disember 2012

61 - Tanggungjawab sebagai komposer

Saya ketika ini belum lagi seorang komposer ternama. Walau itulah destinasi saya. Banyak lagi harus saya pelajari. Saya masih lagi mencuba untuk membuka Cubase SX setiap hari, walau sesibuk mana pun saya.

Nasib baik juga ada pertandingan Sajakiri - Vokal, memaksa saya untuk menyiapkan beberapa buah lagu baru sepanjang 3 bulan.

Saya sebenarnya seronok, atau lebih tepat syok sendiri dalam mencipta dan menyusun lagu sendiri.

Displin adalah sukar.

Mengekalkan displin adalah sukar, tidak semudah yang diperkatakan. Ramai orang cakap dia boleh buat sekali-sekala, tapi mereka yang membuat setiap hari adalah maestro sebenar.

Saya ingin menjadi komposer yang terkemuka dan berpengaruh bukan kerana imej dan nama semata, tapi kerana saya tahu saya boleh.

Tapi jauh di sudut hati saya, saya mahu melakukan lebih dari sekadar berkarya. Saya ingin mewujudkan institusi muzik. Buat permulaan, saya ingin mewujudkan majalah muzik secara online. Isu saya sekarang, bagaimana untuk mengupah penulis yang berkaliber.

Bagaimana untuk memujuk mereka untuk menulis di sajakiri.com? Bagaimana caranya?


Apa yang saya cari? Saya ingin mewujudkan majalah online muzik yang informatif, bukan sekadar hiburan semata. Sekurang-kurangnya satu pos baru setiap minggu.

Bagaimana ya? Bagaimana untuk menarik minat mereka menulis di sajakiri.com. Inilah soalan sebenar.






Isnin, 10 Disember 2012

60 - Tapi, bagaimana dengan produksi?

Dari segi jadual, pertandingan Sajakiri Vokal tidak mengganggu apa-apa dari segi produksi. Tapi untuk tahun 2013, saya ingin menawarkan setiap produksi pada harga istimewa, iaitu RM2,000 sebuah lagu.


Ada aktiviti lain, selain Sajakiri Vokal?

Rasa macam seronok pula menganjurkan, rasa macam nak buat sesuatu lagi. Apa yang orang mahu ya? - Sajakiri Bank?

Saya sukakan idea ini. Ini untuk memudahkan para klien meneliti penyata mereka secara online. Soalannya, bagaimana perlu saya buat, dan adakah ia perlu?


Sajakiri Interview : saya ingin teruskan yang ini.


Perubahan mindset

Saya mengalami anjakan paradigma sejak keluar dari wad, setelah ditahan 4 hari di situ. Di situ saya mengesan kesilapan saya, mindset yang salah kerana kurang pandai mengintrepetasi daripada mindset abah saya.

Abah saya seorang ahli korporat yang ekstrovert, yang pernah mendapat jutaan ringgit (dululah) dengan usaha yang bijak dan minima. Tiada apa salah di sini, melainkan cara saya memahaminya salah ;  saya tidak percaya pada delayed gratification, keuntungan harus datang cepat dan banyak, dan apa-apa selain ini adalah satu kekalahan.


Silap besar.


Mindset sebegini telah menyebabkan saya berasa rendah diri dan tidak berkebolehan.

Sekarang tidak lagi.

Displin dan bina jenama dahulu. Melalui pembacaan saya tentang entreprenuership, inilah fokus mereka.


Fikiran saya telah lama mengerti perkara ini, cuma sekarang hati saya memahaminya. Dunia ini luas. Segala jawapan ada di dalamnya, insyallah.

Ahad, 9 Disember 2012

59 - Sajakiri - Vokal Musim Kedua

Ketika ini saya sedang bersiap-siap untuk mengemaskini laman web Sajakiri - Vokal untuk musim kedua yang dijadualkan bermula 31 Disember ini. Ada 2 perubahan besar yang saya lakukan :

  1. bilangan lagu bertambah kali ini, sebanyak 19 buah lagu (sebelum ini hanya 8).
  2. hadiah saguhati untuk finalis dari tempat kedua hingga kelima dalam bentuk 'potongan' istimewa. Contoh, tempat kedua : single bernilai RM500, tempat ketiga : bernilai RM750, dan seterusnya.

Apa objektif saya kali ini?

Sepertimana musim pertama, saya tidak tahu apa jangkaan saya. Tapi saya begitu gembira kerana menemui penyanyi berbakat seperti Mamat untuk menyanyikan lagu ciptaan saya, Kau Tak Pernah Tahu.


Saya ingin terus berkarya

Untuk pertandingan ini, saya akan terus mahu berkarya sebaik mungkin untuk menarik minat peserta menyertainya. Seolah-olah saya membina sendiri dunia muzik saya. Kan cantik begitu.


Fokus pada penjenamaan

Kini nama Sajakiri Music telah sebanyak sedikit naik. Terimakasih pada pertandingan ini. Fokus pada jenama menyebabkan saya tidak tamak dan tidak kisah pada keuntungan, asalkan ia memberi kesan baik untuk jenama. Lebih mudah menerima 'rejection' gitu.


Pengalaman mengajar

Almaklumlah kali pertama menganjurkan, banyak kesilapan yang saya pelajari. Kini saya memperolehi keyakinan untuk menghadapi situasi tegang dengan tenang. Saya perlu lebih tegas.


2014 - Bagaimana?


Saya tidak pasti. Sebanyak 4 musim dijadualkan dalam setahun. Saya harus berdisplin dalam penghasilan muzik. Saya tidak pasti apa yang akan berlaku.


Adakah Sajakiri - Vokal ini akan menjadi agenda utama untuk Sajakiri Music?