Khamis, 3 Januari 2013

94 - Sajakiri Lelong?

Saya mendapat idea ini diatas 2 sebab:

i - teringin masuk studio sebulan sekali
ii - tidak mahu hadkan pendapatan


Untuk bulan Januari ini, saya mulakan bidaan dengan harga terendah RM200. Namun saya punyai 2 pilihan :
i - seperti sebelum ini, naik RM100 setiap bulan, 3 bulan turun jika tiada klien.
ii - naik RM50 sahaja setiap bulan, untuk memberi lebih banyak peluang kepada lebih ramai orang, tapi tiada penurunan langsung.


Mana yang lebih baik?



Takpe, itu boleh kita tentukan kemudian. Mari fikirkan pro dan kontranya.
Pro : 
Lebih besar kemungkinan mendapat projek setiap bulan.
Lebih banyak lagu saya yang tersebar.

Kon
Saya terlalu sibuk untuk menyiapkan arejmen.
Kemungkinan klien membida dengan harga rendah.




Wah, nampaknya pronya melebihi kontranya. Kerana:
i - saya tetap boleh membuat demo pendek.
ii - pendapatan boleh lebih tinggi daripada dijangka.


Jadi, implemen? Semudah itu? Ada apa2 isu lagi? Format 2 minggu lelong. 2 minggu rehat? Tapi bagaimana jika penyanyi tidak bagus sangat? Perlukah saya terima? - boleh buat syarat, kita mempunyai hak unutk membatalkan jika penyanyi tidak dapat menyanyi dengan baik.


Bagaimana jika tiada lelong? Konsep 'siapa cepat dia dapat'? Bagaimana? Tiada had masa. Tapi susun jadual juga. Tapi yang tak bestnya, tiada konsep abundance di situ. Sekali lagi, lelong masih sukar digugat.


Adakah saya akan menggunakan cara ini? Kita lihat bagaimana saya rasa dalam masa 24 jam. 

Entahlah, konsep 25% producer fee juga bagus.

Tiada ulasan: