Jumaat, 8 Julai 2011

Interview : Awan Fantasia Part 1

1- Bila Kumpulan Ini Mula Ditubuhkan?

Kumpulan ini ditubuhkan pada November 2009. Saya baru sahaja membubarkan band "TuLanG" ketika itu kerana lebih mudah bergerak solo, kerana saya seorang yang cerewet dan keras kepala, khasnya dalam berkarya. TuLanG punyai 3 kepala, sedangkan Sajakiri hanya saya seorang. Senanglah nak uruskan.


2- Apakah Genre Lagu Yang Dibawa Dalam Lagu2 Kumpulan Ini?

Genre lagu. Oleh kerana saya meminati 2 band ini secara khusus : Metallica & Dewa19, lagu-lagu saya banyak dalam elemen-elemen band tersebut. Sebagai contoh; Jihad & Bila Merdeka bergenre metal, Pelangi & Tinggal Rangka adalah Pop Rock, dan Surihani bergenre balada ala Anuar Zain. Jadi, kami sangat diverse.


3- Kumpulan Ini Terdiri Daripada............?(Nama dan posisi)

Dari segi produksi lagu:-
  • Saya, Zainal Zulia : memainkan semua alat muzik, arenjer dan komposer
  • Muhsin : vokalis rasmi
Dari segi persembahan live, kami masih mencari pemuzik tetap untuk Sajakiri. Tengah audition sana-sini.


4-Ada Album Terbaru Yang Bakal Dikeluarkan?Jika Ada,Sila Terang Mengenai Album Tersebut...

Album terbaru memuatkan 5 lagu
  • Tinggal Rangka (siap)
  • Sesuatu (siap)
  • Surihani (siap)
  • Bidadari (on the way)
  • Pelangi (on the way)
Album ini semuanya dinyanyikan oleh Muhsin (baru berusia 19 tahun), dan dicipta oleh saya. Lagu-lagu dalam album ini adalah mengenai hidup saya secara random.

Tiada ulasan: